"Aduh kaklong ni. Urgent ni dia boleh bantai tak nak angkat pulak." bengang Hariz cuba call berkali-kali langsung tak diangkat.
Dia hendak meminta tolong kaklong untuk tolong carikan mana-mana rumah lindungan kebajikan kanak-kanak untuk program Majlis Perwakilan Pelajar tak lama lagi. Nama dia pulak kena petik cari tempat, dan oleh sebab dia ni kurang arif bab-bab itu. Dia akan suruh yang lebih arif, seperti Alya. Tetapi Alya kini tidak bersamanya, mangsa baru dia kaklong lah.
"Hello bang? Kaklong ada?"
"Aik awal betul dia tidur."
"Okay takpelah. Esok suruh dia call Riz."
*****
Sejak kejadian semalam, Alya hanya mengurung dirinya di dalam bilik. Warda pulak memang tak sebilik dengan Alya sejak mereka bergaduh tempoh hari. Bila Warda masuk untuk mengambil pakaian, dia akan baring membelakangi Warda dan tutup mukanya dengan selimut. Dia hanya menatap gambar suami dan anak-anaknya saja. Itu saja penguatnya.
"Abang, Ya rindu abang. Ya rindu anak-anak. Macam mana nak balik? Ya malu. Harini Ya malu sangat. Semua orang tengok Ya jijik. Kaklong marah dengan Ya, tak pernah dia marah Ya macam tu. Abang...Ya nak abang sini." tangis Alya lagi dan lagi meluahkan segalanya sendiri. Tidak tahu hendak ke mana dan luah kepada siapa. Semua nya hampeh di tengah jalan.
Alya bangun hendak bersiap-siap ke kelas. Warda memang tidak sebilik dengannya sejak mereka bergaduh tempoh hari. Jadi dia tak tahu bila Warda bangun. Alya bersiap cepat tak mahu terserempak dengan kawan-kawannya tetapi langkahnya terhenti sebaik...
"Alya." Warda memanggil. Alya menoleh dan terlihat Warda sudah bersiap dan memandangnya dengan pandangan sayu dan penuh kerisauan. Dia membuka tangan seperti hendak mendakap Alya. Alya pandang Warda lama, matanya sudah sebak. Akhirnya dia terus berlari ke arah Warda dan terus memeluknya.
Warda memeluk Alya erat sambil mengusap belakang badannya memujuk, "aku tahu kau mesti sedih. Takpe. InshaAllah buat je macam biasa okay. Aku sebelah kau je tau."
"Warda aku malu. Orang pandang aku buruk."
"Takpe. Aku tak pandang kau buruk Ya. Kau kawan aku sampai bila-bila Ya. Takde orang boleh tukar hakikat itu."
"Bukan Warda je. Kitorang akan tetap ada untuk kau tau." Alina dan Ain muncul dari tangga terus datang dan memeluk mereka dari belakang. Sedikit sebanyak sakit dan malu dalam hatinya berkurang. Dengan adanya kawan-kawan yang sentiasa bersamanya.
"Walaupun kau hutang kitorang penjelasan. Tapi takpe. Kita lalui dulu sama-sama. Nanti kau kena janji kau kena explain dekat kitorang. Okay?" bisik Alina dan diikuti Ain turut mengangguk. Alya tersenyum terharu. Mereka terus sambung berpelukan bersama-sama.
Berkawan dengan kawan yang baik dan memahami itu satu rezeki ilahi.
*****
"Haa tengok. Takde yang pandang kau lain macam. Its okay." Ain menggosok bahu Alya dan tersenyum. Alya memandang mereka masih terharu dengan kebaikan yang dicurahkan kawan-kawannya.
"Eh Alya, you dah kahwin ke?" Si gedik puteri mula masuk jarum nak cari pasal. Ain dengan panasnya nak berkata-kata tetapi Warda langsung menyampuk, "haah dah kahwin kenapa? Kenapa? Jeles? Jeles sebab you ingat you sorang je hot. You hot pun takde yang nak kahwin dengan you. Sekadar teman bawak ke hulur hilir." tajam betul kata-kata Warda membuatkan Puteri tercengang.
"I tanya je. Why so bitter. Ergh." Puteri kembali toleh ke depan menyampah dengan kata-kata Warda. Tak nak berbalah lagi nanti dia kalah lagi.
"Aku sayang korang tau." Alya memegang setiap inci tangan kawan-kawannya. Terharu dengan pengorbanan mereka.
![](https://img.wattpad.com/cover/168404288-288-k780448.jpg)
YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
RandomSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...