"kau layan jelah weh. Kesian kadang kadang aku tengok si Saiful tu." cadang Alya semasa masing-masing sedang kutuk Wildan yang sepanjang tempoh mereka di Langkawi. Sudah terang lagi bersuluh yang sebenarnya Wildan tu sukakan Warda tapi dia pergi bagi pada kawannya, Saiful. Lelaki jenis apa macam tu. Orang patut fight for your love.
"Eyyy." pendek saja tanda protes Warda untuk tidak mendekati Saiful. Saiful tu bukannya tak handsome, manis tu ada walaupun anak mami tapi hati dia tetap NO!! Soal hati mana boleh dipaksa kan?
"kau tak kesian ke tengok dia? Masa dekat Langkawi. Aku boleh nampak yang dia jenis hormat kau." celah si Alina pula untuk menyokong cadangan Alya.
"lepastu dia tu macam something. Aku nampak tau dia macam tak terlalu push kau untuk suka dia." tambah Alina. Sememangnya dia memang si stalker dalam segala aspek.
Alina dan Alya mengangguk sambil sempat kenyitkan mata mereka. Warda diam saja dan Ain pula dari tadi dah badmood. Badmood bukan sebab apa tapi sebab dia dapat panggilan dari Encik Asyraf.
"nanti lah aku try baik baik." Warda mengalah dengan pujukan kawan-kawannya suruh dia layan juga si Saiful. Kalau diikutkan betul juga kan.
Suara berdehem dibawa oleh seorang lelaki dibelakang mereka. Mereka semua menoleh pandang pada suara itu. Terlihat Encik Asyraf kini sedang berdiri di hadapan mereka. Ain sudah mahu naik marah.
"Nak app..." Ain terdiam bila Encik Asyraf tunjuk pada sekeliling ada ramai orang yang akan memerhati jika dia marah Encik Asyraf. Ain diam dan menjeling.
"saya nak pinjam kawan awak ni boleh?" tanya Encik Asyraf pandang sorang-sorang daripada mereka. Serentak mereka bertiga mengangguk. Encik Asyraf senyum manis dan mengucapkam terima kasih.
"Ain ikut saya!" tegas saja bunyi dari Encik Asyraf. Encik Asyraf pusing nak pergi tetapi sebaik terdengar Ain dengan selamba menjawab
"tak nak!"
Akhirnya Ain mengikut langkah Encik Asyraf bila saja dipujuk dan dipaksa kawannya suruh ikut. Dia pun akur jua mengikut langkah besar Encik Asyraf sehingga ke parking kereta.
"pergi makan dulu nak?" soal Encik Asuraf lembut saja. Konon nak pujuk lah tu tapi cara cara orang ego. "Sir nak apa baik cakap terus je. Saya tak suka kena sogok makanan atau apa. Saya tetap marah." Ain cakap straight forward saja. Tak perlu berlapik kerana itu lah Ain. Encik Asyraf melepaskan keluhan pantas mengelap peluhnya. Gempak betul budak Ain ni dapat teka plan dia.
"kalau macam tu ikut saya pergi bilik saya lah. Ada benda saya nak discuss dengan awak." Encik Asyraf berjalan pergi dan diikuti Ain yang sebenarnya tengah fikir nak pergi atau tidak. "saya tak nak pergi. " Ain berhenti berjalan dan dia masih dengan egonya.
Encik Asyraf malas nak dengar alasan alasan Ain untuk tidak bertemunya lalu terus sentap tangan Ain dibawa ke biliknya nasib parking lot tak jauh dengan bilik Encik Asyraf.
"Sir nak apa sebenarnya ni?" Ain cuba bercakap dengan tutur kata lembut bersalah lah juga bila haritu dia marah marah seorang lecturer walaupun lecturer sementara. Haha!
***
Alya sibuk mencari barangnya di dalam handbag dan tanpa dia sedar ada seseorang kini di hadapannya. "Hi." tegas pula bunyinya. Alya terkejut pandang Hariz dengan pandangan takut.
"Bye Alya. Jumpa nanti." sebut Warda tanda mereka akan pergi dan tinggalkan dia bersama Hariz.
"jaga kawan i ni. Lambat hantar dia siap kau." amaran Alina pada Hariz. Hariz mengangguk tetapi kalini expression Hariz tu biasa biasa je. Tak macam sebelum ni yang excited jumpa bini dia.
![](https://img.wattpad.com/cover/168404288-288-k780448.jpg)
YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
RandomSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...