"nak pergi mana ni?"
"Kita pergi komtar nak?"
"ermm." Ain mula berkata. Semua pandang Ain. "tak boleh lah tu." sangka Alya dan seterusnya yang lain pun redha jelah.
"korang pergi jelah okay. Aku kena tolong dia lah. Kesian pulak dia. Thesis yang dia kena buat tu tebal gila." alasan je Ain ni tapi memang banyak pun.
Jadi Ain pun petang itu selepas habis kelas terus ke bilik Encik Asyraf. "Sir Asyraf?"
Encik Asyraf sedang fokus pada laptopnya. Nampak Ain segera dia tanggalkan spect dan menjemput Ain masuk ke dalam biliknya dan duduk. "dekan reject thesis saya. Baru introduction tapi kena panggil sampah" Encik Asyraf mencampak kertas kerjanya.
"hah?"
"Macam mana awak buat? Tengok tu banyak typo error." Nada Encik Asyraf masih average lagi tapi ada unsur nak mengamuk tu gamaknya. "Awak fikir thesis saya ni mainan awak ke?" bentak Encik Asyraf lagi. Dia betul betul tertekan tu. Ain tercengang seketika. Tak pernah pernah Encik Asyraf marah dia. Ain ni pula pantang kalau bukan salah dia tapi kena marah. Haa tunggu...
"ni siapa punya kerja? Bukan saya tau. Sir punya kerja. Sir minta tolong saya. Kira baik lah saya tolong. Lepastu kena reject kenapa nak letak blame dekat saya?" Encik Asyraf terdiam seketika. Giliran dia tercengang sekarang ni.
"dah seminggu tau saya tolong Sir buat. Sofea mana? Dia takde. Saya yang tolong Sir tau. Ke Sir ni memang jenis tak reti nak berterima kasih?" sindir pula si Ain ni. Encik Asyraf pandang Ain dengan pandangan kosong kerana terkejut. "kalau macam ni lah. Dari dulu lagi saya takkan datang tolong. Buat sendiri." Ain segera ambil beg dia dan beredar tetapi sempat tangannya dipaut Encik Asyraf.
"lepaslah. Buat sendiri." Ain tolak tangan Encik Asyraf lalu beredar pergi dari situ. Pintu bilik Encik Asyraf dihempas Ain. Ain ni baran silap lah dia nak lawan.
Tak reti bersyukur betul. Nasib lah kau tak ajar aku kalau tak naya je satu apa ilmu tak berkat sebab aku marah kau. Tapi salah dia juga. Padan muka. Ain bermonolog sendirian dah mula tu rasa bersalah dalam dirinya tapi dia kesah apa. Sempat dia menendang pintu bilik Encik Asyraf kerana kemarahan yang tidak terduga. Padan muka!!
***
Ain pulang ke biliknya dengan perasaan marah. Terlihat pula Alya dan Alina yang melepak dengan Warda. Dah cukup korum empat sekali untuk melepak. Kikiki
"Kau asal ni?" soal Warda lihat espresi marah Ain. Ain tersenyum kelat baring di katilnya yang mempunyai Alya yang sedang terbaring. "takde apa. Baru jumpa manusia gila." jelas Ain peluk Alya di sisinya.
"Asal siapa pulak manusia gilanya?"
"biarlah. By the way Warda tadi kan kau jumpa Wildan. Dia nak apa dengan kau?" soal Ain berusaha tukar topik jadi tumpuan semua orang pada Warda sekarang ni.
Warda terkejut sebelum bangun dan mencapai notebooknya. "dia suruh aku layan kawan dia, Saiful tak silap. Siap bagi nombor." Warda tunjukkan note nombor telefon yang diserahkan Wildan tadi. Alina terkejut terus terbangun. Biasalah antara semua, Alina paling stalkers dan dia tahu semua dia kenal semua bersama gossip gossip. "what? Saiful?"
"kenapa dengan dia?" Alya bertanya pada Alina. Alina masih ternganga terkejut. "korang tak tahu ke?"
"tahu apa?" Ain pula mencelah.
"Saiful tu anak mami tauke kedai emas." terang Alina. Semua turut terkejut tetapi tak sekejut Warda lah. "kau ingat tak masa dekat stadium haritu. Dia main rugby lepastu dia lambai dekat kita. Kita macam pahal mamat ni." tambah Alina lagi.
Alya bangun terus "ye! Ada ada. Aku ingat mamat badan besar tu." Alya mengingat support Alina.
"yang mana?" Warda dan Ain masih blur.
"Kau ingat tak haritu kan kita pergi tengok rugby kan." cerita Alina cuba mengingatkan kawan-kawannya.
"lepastu kan bola dia dapat sampai tepi. Dia lari pandang kita lirik dekat kita lepastu siap lambai lagi." Alya pula menambah. Ain dan Warda terdiam seketika sebelum Warda respon dahulu.
"yeeee aku ingat."
"jap jap.. Ohh yang gemuk tapi tak lah gemuk sangat macam biasa biasa je takdelah gemuk sangat." terang Ain sudah mengingat.
"seriouslah mamat tu." Alya seperti tak percaya budak Saiful tu rupanya syok dekat Warda.
"tapi kan okayy gila kalau kau chat dia. At least kau takdelah bankrap every sem. Dia ada boleh jadi atm kau." cadang Ain pada Warda dan dipersetujui oleh semua.
"whatsapp lah dia. " cadang Alina pula. "tak nak lah." Warda menolak.
"tapi korang tak perasan ke kebodohan Wildan." sangka Alya pula. Semua pandang Alya selepas kata-katanya terungkap. "maksud kau?"
"yelaa Warda suka dia kot. Tiba-tiba dia punya serah Warda dekat kawan dia. Apa dia fikir main tukar baju ke kalau tak nak bagi kawan." tambah Alya. Kini ayat Alya ada logiknya. "yee do. Wildan tu macam useless je."
Warda terdiam seketika. "biarlah. Malas nak fikir." Warda mengalah. Tetapi kawan-kawannya tidak mahu dia mengalah begitu saja lagi lagi jatuh dengan lelaki useless macam Wildan. "Aku rasa aku ada idea."
"Apa?"
"kita cabar ego Wildan."
"aku setuju!"
Ringtone Iphone berbunyi tiba-tiba. Semua terdiam seketika. "telefon siapa ni?" marah Alya bengang pulak kerana telefon itu berbunyi.
Mereka lihat telefon yang ber-charge di meja Alina adalah telefon Alya sendiri. "ehh hubsbaby kau yang call eh." marah Warda memandang telefon Alya berdering tak jauh darinya.
"ohh yeke." Alya malu lalu bangun dari katil dan berlari dapatkan telefonnya. "teruskan apa apa pun aku setuju je. Aku nak on call dengan hubsbaby aku jap." sebut Alya sempat kenyit mata pada kawan-kawannya.
"poda. Spender mak beli hubsbaby puii." seloroh Ain bergurau memang masuk dengan perangai masuk air Ain. Alya terus beredar ke biliknya untuk mengangkat call dari Hariz Iskandar.
***
"sayang dah makan ke?"
"dah makan dah tadi. Abang dah makan ke?" biasalah perbualan mereka biasa saja seperti pasangan bercinta lainnya. Cuma Hariz menyampaikan hasrat hati bahawa dia akan ambil Alya di Penang untuk balik ke Selangor bersama-sama pada hari Isnin akan datang kerana bercuti perayaan. ((.raya apa itu harus dirahsiakan.))
"Nanti abang call Ya. Ya keluarlah bawak barang apa semua. Abang tak payah masuk lah tau." sebut Alya tidak mahu menyusahkan Hariz.
"takdenya. Abang nak masuk juga. Penat je nak angkat beg sorang-sorang. Biar terus angkat bawa masuk kereta. "
*to be continued...
![](https://img.wattpad.com/cover/168404288-288-k780448.jpg)
YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
RandomSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...