Hariz sudah tamat final exam. Dan kini dia pulang ke pangkuan keluarga. Walaupun tempoh berjumpa dengan Alya tak lama. Tak mengapa yang penting kena enjoy setiap masa bersama. Itu paling penting!
"Sayang dah jumpa ke rumah sewa sem 3 nanti?" Hariz pandang Alya sekilas sambil mata kembali pada Idris. Hariz sedang baring menongkat kepala sambil tepuk punggung anak untuk melelapkannya. Alya pula sedang mengemas bilik dengan barang barang mainan Adam dan Idris yang bersepah.
"Dah." jawab Alya singkat masih fokus mengemas bilik. "Jauh ke dari u."
"Tak jauh sangat dalam 2 ke 3 km macam tu je."
"Jauh tu habis nak pergi sana naik apa tu?" Hariz bertanya lagi dan kalini dia pandang pada Alya. Masih di posisi sama cuma mata memandang dan terus fokus pada Alya.
"Alah takpe. Bas banyak. Atau grab. Atau dorang bawak kereta kot."
"Siapa?"
"Alina ke atau Ain atau Warda."
"Confirm?"
Alya pandang Hariz lalu menggelengkan kepalanya tidak tahu. Hariz mencium ubun-ubun kepala Idris bila dia pasti bahawasanya Idris sudah 100% lelap. Dia bangun dan turun dari katil.
"Kalau susah sangat bawak lah myvi tu balik Penang." Cadang Hariz membuka membuka baju lalu disangkut di ampaian. "Maksud abang?"
Alya yang tadi mendongak memandang Hariz berjalan sehingga Hariz duduk di hadapannya. "Bawak lah myvi tu."
"Habis abang?"
"Alaa takpe. Motor nouvo abang tu elok lagi."
"Serious ke ni?"
"Lagi pun Ya dah ada lesen. Apa guna ada lesen kalau tak praktik. Bawak lah nanti senang nak pergi kelas. Abang ada motor pun okay je." jelas Hariz lagi. Dia baring di tilam bawah yang telah disediakan Alya. Mula menyesuaikan bantal untuk posisi tidur yang betul dan selesa. "Serious ke ni?" Wajah Alya sudah mulai mengukir senyuman yang gembira.
"Iye." Jawab Hariz turut tersenyum melihat wajah gembira Alya. "Yayyyyyy." Alya melompat gembira dapat approval dari Hariz untuk membawa kereta.
"Shh anak tidur tu." tegur Hariz menyuruh Alya untuk diam. Alya kembali duduk di hadapan Hariz terus mengucup pipi Hariz yang sedang bermain telefon. "You're the best husband in the whole world." bisik Alya gembira. Hariz mengukir senyuman malu. Nak admit yang dia terasa bangga bila Alya panggil dia begitu tapi takpelah, cukup lah express dengan senyuman.
"Okay Ya lapar. Nak turun makan maggie lah. Abang nak?"
"Jangan makan maggie banyak sangat sayang. Benak otak nanti." suara Hariz sedikit kuat menyebut bila Alya sudah keluar dari bilik. "Tak lah Ya jarang makan lah." jawab Alya dari luar.
Hariz menggeleng kepala saja mendengar suara manja isterinya itu. Isteri happy suami lagi bertambah happy betul tak?
*****
Hariz ketawa terbahak sejak tadi pabila menonton tiktok sendirian. Deringan call terpampang dari Alya di screen telefonnya mematikan lawak Hariz yang tidak berkesudahan.
Belum Hariz cakap apa-apa lagi. "Turun cepat, Ya masak maggie untuk abang juga ni. Banyak." Tiada angin tiada ribut Hariz membalas dengan membuat suara mengada. "Bila abang cakap abang nak." Rengek Hariz menghentak-hentakkan kakinya tanda protes.
"Jangan nak mengada. Turun cepat!!" arah Alya tegas saja bunyinya di gagang telefon. "Eyyy orang nak tidur lah. Orang dah gosok gigi saya.." belum sempat Hariz ingin menghabiskan ayatnya, Alya sudah end call terlebih dahulu. Sesungguhnya dia takde mood nak makan sekarang ni. Dia hanya nak tidur saja. Pehe dok.
YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
RandomSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...