Mereka berempat sedang menghayati drama Scarlet Heart: Ryeo bersama-sama sambil makan di ruang tamu rumah sewa mereka. Part di mana Lady Myung Hee (isteri wang wook) mati. Masing masing mata sudah berkaca memandang laptop.
Bunyi ringtone telefon berbunyi membantutkan feeling yang sedang dirasai. Masing masing pandang sesama sendiri konon bertanya telefon siapa. Kedengaran suara Warda mengeluh memandang telefonnya. "Saiful call." Warda melirik memandang kawannya satu persatu.
"Pause jap." Suruh Alya kemahin dia mengajak gossip lah tu. "Betul betul dia call weii." Alina tergelak secara tiba-tiba. Alya dan Ain pandang Alina selepas itu pada Warda tidak faham.
"Kitorang jumpa Wan dengan Wildan waktu makan tadi. Lepastu Warda nak sakitkan hati Wildan, dia pesan dekat Wan suruh saiful call dia bila balik kelas. Konon nak sakitkan hati Wildan tapi..."
"Takpelah korang tengok lah. Aku nak angkat call dia jap."
"Susah betul jadi orang popular ni." tebak Alina menyampah bercambur cemburu lah kot.
*****
"Hello Assalammualaikum." tegur Saiful sebaik Warda mengangkat call tersebut. Kedengaran suara Warda mengeluh lalu menjawab, "waalaikumsalam."
"Dah makan ke?"
"Dah."
"Tengah buat apa?"
"Makan."
"Oh saya ganggu ke?"
"Tak"
Saiful diam sebentar barangkali terasa seperti Warda tidak menunggu callnya langsung seperti yang diberitahu Wan tadi. Masa Wan bagitahu dia punya excited mamat tu terus nak call, tapi dia tunggu juga malam baru dia nak call. Tapi nampaknya Warda seperti tidak berminat atau mungkin sedang marah dia. Fikiran Saiful positif memikirkannya.
"Awak marah saya ke?"
"Marah sebab?"
"Call awak lambat"
"takdelah."
"Erm okayy. Sorry kalau saya call lambat. Nak call siang tadi tapi takut ganggu awak. Saya fikir tunggu malam lah tapi Saya ganggu juga ke?" Lembut saja pertuturan Saiful cuba mengambil hati Warda. Walau menyakitkan segala yang keluar dari Warda. 1 tanya. 1 jawab.
"Saya tengah tengok drama tadi." Sinis saja ayat Warda memerli. Dia nak bagitahu tu, 'kau memang mengganggu aku'
"Ohh yeke. Saya call masa awak tengah tengok drama ke. Erm sorry saya tak tahu. Tapi kalau awak nak tengok drama tengok lah takpe. Dah dengar suara awak ni pun dah lega." ucap Saiful cuba positif dalam apa jua cara sekalipun bercampur ayat manis kot kot Warda tertawan tetapi sangkaannya meleset. Dia tahu hati Warda masih belum menerimanya. Jadi dia akan cuba dan cuba semahunya untuk Warda. "Okay. Good Night bye Assalammualaikum." Warda mengugut baru saja dia hendak end call tersebut. Dia dengar suara Saiful menjawab salam dengan nada yang sedikit hampa.
"Ehh awak awak." panggil Warda lagi. Mungkin terasa serba salah sedikit. "Iye?"
"awak dah makan?" soal Warda awkward semacam. Tapi cuba untuk jadi caring. Saiful diam sebentar sebelum menjawab, "belum." Kedengaran suara Saiful sedikit ceria berbanding mengucap salam tadi.
"Ahhh makan lah dulu. Jangan makan lambat lambat. Nanti sakit perut."
"Takdelah tak sakit, dah biasa"
"Nanti kalau sakit, siapa yang susah? Saya juga kan. Dah pergi makan. Nanti ada masa kita call lagi tau." Warda mengucap salam sebelum end call. Dia memang tak suka si Saiful ni tapi takde pula sebab untuk dia treat Saiful ni buruk sedangkan mamat tu takde salah dengan dia.
YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
CasualeSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...