Ain kini rancak berdosah. Habis kelas atau apa saja waktu akan dihabiskan dengan 'tahu tahu hilang' biasalah tahu tahu hilang dia tu ke mana kalau tak ke bilik Encik Asyraf. Ain ni sungguh tak menakut.
Ain mengetuk pintu bilik Encik Asyraf. "Assalammualaikum." lembut Ain menyapa dari luar. Bila pintu terbuka alangkah terkejutnya Ain apabila terlihat seorang pensyarah perempuan di hadapan pintu dan dia yang membukakan pintu.
Alamakkk aduh. Ain malu semacam barangkali pensyarah perempuan itu dengar suara gedik Ain memberi salam tadi. "Eh puan." Ain memberi laluan untuk perempuan itu keluar dari situ.
"Eh ain ye saya?" Encik Asyraf sudah berdebar takut terkantoi dia cuba kawal situasi walau dia pun masa tu tak tahu macam mana nak kawal. Encik Asyraf memberi isyarat supaya keluarkan sesuatu dari beg-nya. Konon nak bagi sesuatu lah untuk jumpa Encik Asyraf tu. Mata Ain yang terpandang Encik Asyraf dengan pandangan minta pertolongan membuatkan pensyarah itu musykil lalu toleh ke arah Encik Asyraf.
Serta-merta itu Encik Asyraf pura pura memandang ke laptop tidak mahu nampak obvious bahawa dia sedang membuat isyarat dengan Ain. "Awak ni course apa ye?" soal Pensyarah itu sambil memakai kasut.
"Sarjana Muda Sastera Pendidikan." Pensyarah itu menganggukkan kepalanya faham. "oh so awak bukan dari fakulti sini eh? Atas urusan apa ye ke sini?" celah Encik Asyraf cuba menyelamatkan Ain dari kemusykilan pensyarah perempuan tersebut.
"Ah ni Sir pasal laporan bola tampar." Teka Ain entah mana idea dia dapat terfikir pula tentang penglibatannya dengan pensyarah fakulti lain adalah kerana kokurikulum. "Ohh lupa pulak saya awak ajk kelab." Encik Asyraf menambah untuk menarikkan penceritaan pembohongan mereka berdua. Pensyarah itu tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Sejurus memakai kasut lantas dia terus berlalu pergi.
Ain terus masuk ke dalam bilik Encik Asyraf lalu menutup pintu itu rapat dan mereka berdua pun menghelakan nafas lega. "Macam nak kena tarik nyawa tadi saya nak jawab."
"Habis saya. Awak tak bagitahu ada orang lain dalam tu." Ain mula menyalahkan Encik Asyraf dalam hal sedemikian. "Awak yang datang tak bagitahu. Mana saya nak tahu."
Ain membuat muka marah lantar memeluk tubuh berdiri tegak disitu. Muka main peranan penting tunjukkan kemarahan. Comel sungguh perempuan kasar bila marah. Encik Asyraf melihat Ain berdiri sambil muka jelas terpancar kemarahannya. "Sini meh." panggil Encik Asyraf lembut sahaja bunyinya untuk memujuk. Ain menjeling lantas memuncungkan bibirnya seperti minta digunting. Encik Asyraf tatap Ain lama, dia tersengih sendiri melihat tingkah laku gadis itu.
Dia lalu membuka telefon entah buat apa. Tak lama selepas itu, telefon Ain berbunyi, Ain pun lantas buka chat sebaik terlihat mesej dari Encik Asyraf.
Wajah Ain serta-merta berubah bila dia melihat attachment yang diforward Encik Asyraf kepadanya. Muka dia mula mengukirkan senyuman. "Seriously?" Ain pandang Encik Asyraf tidak percaya. Lantas Encik Asyraf pun menganggukkan kepalanya. "Tapi sorry jauh sikit lah takpe kan."
Ain lantas menggeleng, "kalau sayang nak bawak pergi Kedah pun saya ikut tau. Hihi thank you!" Ain pandang lagi sekali attachment doc yang di-forward Encik Asyraf, "saya nak balik cari baju."
"Saranghae oppa." sempat lagi Ain memberikan mini love dan terus berlari keluar dari bilik Encik Asyraf. Encik Asyraf menggeleng kepala saja melihat tingkah laku Ain. Senang je nak pujuk Ain ni. Umpan apa apa yang menarik seperti tiket konsert ke, tiket wayang ke mesti dia nak punya lah.
*****
Alya sedang menghayati makanan sendirian di dapur. Dia makan dulu dari kawan-kawannya kerana sangat lapar. Dia sedang cuba menganalisis kenapa dengan Wildan. Kata-kata pharmacist tempoh hari betul betul membuatkan dia terfikir-fikir apa masalah mereka. "Warda!" jerit Alya memanggil.
YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
RandomSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...