Bab 10

1.7K 97 8
                                    

Hariz menutup enjin kereta.  Dia pandang pada sis kerusi disebelahnya...

kosong!

Hariz mendengus kasar tetapi sebaik terdengar suara Adam kuat memanggil namanya.  Dia terus kuatkan diri dan berdepan anaknya yang akan tanya. "mana ibu?"

Hariz keluar dari kereta terlihat Adam dan Idris melompat girang bila dia balik.  "Yayy baba dah balik." jerit Adam melompat-lompat sementara Idris sudah diangkat Hariz. Adam secara tiba-tiba menangis. 

"adam nak juga." Adam hulurkan tangan nak suruh babanya angkat.  Mana nak larat angkat dua oi!!

Hariz pun angkat Adam letak di belakangnya dan Idris dikendongnya.  " ibu mana?" bisik Adam selepas girang betul dia di angkat babanya.  "Ibu sibuk banyak kerja. Nanti ibu balik okay?"

Adam dan Idris diam saja. "hai Riz balik sorang je. Alya mana?" soal Puan Mariam keluar dari dapur. Hariz pantas turunkan anak-anaknya dan menyalam Puan Mariam. 

"Adam main dengan adik dekat sana.  Nanti baba main juga okay." suruh Hariz lalu diikuti Adam dan Idris berlari tinggalkan Hariz dan Puan Mariam.  Puan Mariam kenal sangat anaknya pasti ada yang tak kena ni.  "Alya tak balik ke?" Puan Mariam mengambil tempat duduk alang-alang mereka di meja makan. Walaupun makanan takde tapi duduk borak je.  Lagipun biasalah umur dah separuh abad biasalah kaki sakit sakit tu sangat lah biasa. 

"dia tak balik mi.  Dia kata dia kena buat last minute assignment dekat sana.  Jadi tak dapat balik." cerita Hariz yang sebenarnya jauh dalam lubuk hatinya dia terkesan kerana Alya sendiri berjanji nak balik bersama-sama last last dia yang kena balik sorang.

"Takpelah.  Kau balik pun dah kira untung.  Dia ada kerja dia biar dia buat.  Ummi tak nak kau halang dia." sebut Puan Mariam.  Hariz mengangguk senyum kelat.  Dia bangun dari kerusi itu dan beredar ke ruang tamu bersama anak-anaknya. 

"Lego nenek beli.  Adam yang buat." Adam tunjuk binaan lego dia yang luar biasa untuk budak usia macam dia. Okay lah tu untuk budak seusia dia. Satu pencapaian tu kalau dipuji lagi gembira tu. Bukan lego worldcraft atau apa.

"fuyoo.  Pandainya anak baba.  Cium sikit." Hariz menepuk tangan lalu mencium pipi Adam. Kesan Jambang Hariz yang dicukur itu dilalukan pada leher Adam seperti menggeleteknya. Terkekek Adam ketawa tak tahan digeletek babanya. Adam girang saja muka dia.  Idris datang tolak Adam ke tepi sikit "pii." marah Idris lalu membuka tangan dan berharap untuk didakap Hariz.  "adik pun juga." Hariz terus kiss pipi Idris dan mula menggeletek Idris jua.

*****

"kenapa si Saiful tu bawak lagi tiga monyet?" bisik Ain di telinga Alya kerana Alya di sebelahnya. Antara semua dia yang paling tak berlapik kalau bercakap.  Tapi kesah apa perasaan orang. 

"bongok lah tiga monyet." tergelak Alya dan perkataan tiga monyet pun dia sebut kuat.  Semua dalam van yang mereka naiki itu pandang Alya. Ain dah pandang luar buat buat innocent.  Alya senyum malu dan terus tunduk. 

"terima kasih tau sebab setuju nak vacay dengan saya." Saiful berada di seat paling belakang bersama Warda. Warda tak nak pun sebenarnya tapi si gila kawan-kawannya suruh dia duduk sana. Jadi dia terpaksa akur memandangkan vacation dorang akan di-support oleh Saiful 80%.

Saiful merapatkan sedikit badannya ke sebelah Warda.  Warda serious annoying mamat yang terlalu tergopoh untuk nak dia.  Tahu lah suka tapi jangan lah tergopoh macam orang desperate.  Sangkaan Warda dengan semua jenis lelaki.

Eleh kau,  sebab ni je peluang aku dapat holiday dengan kawan-kawan aku.  Bukan aku nak holiday dengan kau pun.  Perasan! Warda bermonolog sendirian.  Dia mengengsotkan dirinya jauh dari Saiful.  Bila Saiful nampak Warda seperti tidak selesa segera dia tidak make a move dah. 

Wildan sedang memandu terpandang cermin pandang belakang ternampak pula episode engsot engsot bisik membisik antara dua pasangan baru nak bercinta itu.  Pedih hati tapi apakan daya.  Wildan redha dan teruskan pemanduan. 

*****

Turun saja dari feri di jeti Pulau Langkawi.  Mereka semua berlari terutama si perempuan berlari tinggalkan beg ke dataran Pulau Langkawi.  ((.alah yang ada helang besar tu.))

"Kau tengok kawan kawan awek kau ni.  Beg pi tinggal." keluh Yasir sambil mengangkat mengangkat beg Ain yang sangat berat. Saiful senyum saja bila kawannya keluh begitu. Sambil mereka yang melanda kes kena pegang.  "nasib semua comel. Kalau tak aku buang je dalam laut ni." omel Wan pula, salah seorang kawan rapat Saiful yang turut serta. 

"jap jap go pro." Alina terus mengeluarkan go-pronya dan mereka berempat.  "okay satu dua tiga.."

"We're at Langkawi!!!Wooo" jerit mereka berempat macam orang gila saja kerana first time vacation sama-sama.  Berpusing-pusing mereka di tugu helang itu. 

"Oii dah lah tu menggediknya.  Jom!" panggil Yasir.  Kuat mengeluh mamat ni. Dia anti betul dengan perempuan perempuan yang menggedik padahal dorang tak menggedik pun firasat Yasir je over sangat. 

"eleh kau. Siapa yang menggedik. Ni nak?" marah Ain siap tunjuk penumbuk pada Yasir.  Yasir pun nak tunjuk hebat dia juga.  Dah dua harimau mengamuk. 

"dah dah jom jom." Warda, Alya dan Alina segera menolak Ain duduk segera sementara Yasir ditempatkan di seat paling depan bersama Wildan.  Yang penatnya mereka jenis tak tahu nak berhenti. 

"tangkap gambar please!" suruh Wan.  Lalu semua tunjuk peace sementara yang pegang tu Yasir.  Sempat Yasir tolak sikit phone jadi Ain tak masuk gambar.  Segera kepalanya ditolak Ain.  "kurang ajar lah dia ni." marah Ain emosi.  Yasir tergelak lalu kembali fokuskan muka semua ada.  Dia senyum tidak terlepas juga Alya.

***

Hariz sedang baring di sofa menonton kartun. Kartun pun dah jadi kegemaran Hariz bila dia harus mengalah dengan anak-anak untuk selalu tengok kartun lama-lama dia pun minat cerita kartun. 

Kebetulan Hani balik di rumah bersama suaminya,  Faiz dan anak perempuan mereka, Anisha.  Anisha muda setahun dari Idris.  Faiz meletakkan anaknya yang tadi diangkat dan duduk di hadapan Idris yang sedang memunggah barang permainan. 

"Nisha.  Sayang baba." Hariz bangun terus memanggil anak buahnya lalu berlari Nisha ke arahnya dan memeluk Hariz.

"bini kau mana Riz." soal kaklong datang dari arah dapur melihat kelibat Alya takde. 

"dia tak balik.  Katanya ada assignment dengan lecturer." jawab Hariz acuh tak acuh sambil meletakkan Nisha di ribanya.

"assignment?  Cuti perayaan macam ni pun lecturer dia tak bagi balik.  Melampau nya zaman sekarang." keluh kaklong seperti tidak suka. "habis aku dah beli tiket ni." tambah kaklong pandang Hariz. 

"kau simpan jelah kak.  Atau pun kau pergi dengan Nisha." jawab Hariz terdengar punya alunannya yang sedikit sedih. 

"alolo siannya adik aku." Kaklong pun memeluk Hariz dari belakang.  Faiz pula sedang layan dua lagi hero itu bermain.  Hal macam ni dia tak campur.

Hariz tersengih sendiri.  "aku okay je lah lagipun dia kan belajar." kata kata Hariz berbaur dengan aura positif tidak sehingga telefonnya berbunyi notification.  Hariz lihat dari instagram Alya.  Jadi dia tak kacau tetapi bila nampak perkataan

@wantusom were mentioned you in their story.  Rasa musykil mula menebal lalu Hariz pun tap pada notification itu. Terlihat Alya ada bersama kawan-kawannya sedang bergambar.  Lagi buat Hariz seperti marah bila caption itu tertulis.

Short Vacay

Hariz tersengih marah sebenarnya. Dia tengok lagi instagram story yang previous punya.  Wan merakam gambar sebelum mereka naik feri.  Lihat gelagat Ain yang bergaduh dengan Yasir tak kesudah.  Lepastu Alya tergelak gembira disitu. Hariz senyum senget macam mana tak sedih, baru bersangka yang baik baik, datang pulak kebenaran yang sakit.

"baba." panggil Adam. Lalu Hariz terus off telefon dan segera pergi ke arah anaknya.

*to be continued...

Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita Where stories live. Discover now