Alya memandang telefonnya sekilas tetapi notifications dari instagram Hariz membuatkan matanya berhenti dan memandang semula.
Follow request dari instagram Hariz menyakitkan matanya, "ni perempuan menggatal mana ni." Geram Alya meneliti ada 3 follow request dari sang gadis. Tapi hasrat nak stalk lebih lebih tertunda sebentar kerana mereka private. Alya senyum senget bila meneliti setiap gambar gadis gadis tersebut dari dp kecil instagram itu.
"Dasar budak budak. Menggatal nak follow laki aku. Tu laki aku tau. " Alya lantas delete ketiga-tiga gadis itu untuk follow request instagram Hariz.
******
Selepas dipujuk oleh Yasir baru lah dia berlembut hati untuk pulang malam itu dan ceritakan apa yang terjadi supaya kawan-kawannya tak susah hati. Ain memandang keluar pagar, Yasir sedang membuat pusingan U untuk pulang setelah dia melihat Ain betul-betul pulang baru dia balik dan tak lama kemudian motor Yasir hilang dari pandangan.
Siapa sangka lelaki annoying macam Yasir sebenarnya ada sisi baiknya dan agak understanding dalam keadaan begini. Kalau tak dengan ayatnya yang memujuk, mungkin Ain masih sedih. Tapi bila difikir semula bukan semata-mata effort Yasir. Ain tu yang sebenarnya perlukan teman untuk menceritakan isi hati. Kawan-kawannya pula terlalu takut untuk bertanya dan membiarkan saja dia begitu. Tapi bukan lah harus letak salah pada kawan-kawannya cuma..
"Ain kau dah balik?" Muka Alina tercongok di depan pintu dengan wajah yang sangat risau. Ain memandang Alina dengan senyuman kelat. Dia mengunci kereta lantas masuk ke dalam rumah, Warda dan Alya di ruang tamu juga turut memandangnya.
Ain membuka dompetnya dan mengeluarkan duit 50 ringgit, "order lah makan. Aku lapar lah. Order untuk korang sekali" pelawa Ain bercampur cuba cover egonya ketika itu. Sebenarnya tu tanda dia dah okay lah tu. "aku naik atas dulu." Kawan-kawannya yang pada mulanya terkejut, lantas mengukirkan senyuman. Ini tanda permintaan maaf Ain, dia pasti akan buat apa-apa yang mengharukan, dan ini salah satunya tanda love language dari Ain. Ain berlalu terus naik ke bilik meninggalkan mereka.
Alina berkaca matanya melihat Ain, "Ain!!" Alina berlari naik ke atas mengejar langkah Ain.
*****
"Seronok ke?"
"Seronok apa?" Soal Hariz lagi semasa dia dan Alya sedang call di telefon. "Bukan main menggedik lagi perempuan tu follow abang."
"Perempuan?"
"Ada tiga orang follow abang. Tengok story ada sorang perempuan tu dia ada bergambar dengan abang haih seronoknya dia bergambar dengan perempuan."
Mendengarkan bebelan Alya membuatkan Hariz ketawa terkekek. "Apa pulak tak seronok, Ya ada peminat takkan abang takde pulak." perli Hariz semula membuatkan Alya terdiam seketika. Hariz dah mula ni nak membakar Alya, Alya yang pantang mengalah pun. Pandai dah mereka main cucuk dan saling cucuk.
"Takpelah ada peminat tapi saya tak bergambar."
"Takpelah tapi abang tak keluar date dekat cafe."
*****
Hariz berjalan bersama Ghani dan Fitri menuju ke kelas mereka. "Petang ni jom pergi wayang. Tengok cerita batman baru keluar jom." Fitri mulakan cerita. Lantas Ghani bersetuju, "jom aku pun nak tengok ni. Trailer macam baek."
Hariz tanpa berfikir panjang, "aku ada bola petang ni. Malam ada meeting MPP."
"Kau ni aku dah kata jangan tamak sangat semua nak masuk. Kan masa nak enjoy dah kurang." kata Fitri menunjukkan muka tidak gemar dengan alasan alasan yang disebut Hariz. Hariz menggeleng lagi, "duit tarak."
Hariz laju berjalan meninggalkan kawan-kawannya, malas nak dengar pujukan mereka. Nanti mula lah iman dia goyah, dia harus simpan duit dan dia juga harus training petang ni. Langkah terhenti sebaik 2 orang pelajar perempuan berhenti di hadapannya.
Langkah Hariz terhenti terkejut, dia memandang kedua-dua pelajar perempuan itu dengan tanda tanya, "ye?"
"Kawan saya minta ig abang boleh tak?"
"Ig?" Hariz menggaru kepalanya lagi. Ghani dan Fitri yang musykil pun melajukan langkah mereka terus pergi ke Hariz. "Apasal ni?"
Budak itu menghulurkan telefon mereka kepada Hariz. Hariz terasa serba salah pula. Hariz pun menaip username instagramnya kepada pelajar itu. "Fuhyo mana kenal abang ni. Abang punya ig nak?" Tegur Fitri niat nak tayang diri tapi pelajar itu tidak berminat pula nak mengenalinya. Muncul lagi seorang pelajar lelaki yang bersama geng perempuan itu berkata, "takpelah abang. Abang kena jadi bilal dulu baru ada peminat."
Ghani dan Fitri saling berpandangan. "bilal?"
"Sign abang tak nak?" pelawa Hariz bergurau konon tengah melayani fans lah tu. Aku lah ada yang kena kang!
*****
Ain kebelakangan ini banyak diam dari berkata tapi emosinya semakin stabil dan dia okay okay saja. Kebetulan kelas hari itu, dia bersama Alya dan Warda. Alina sendirian kerana menghadiri kelas paper ulangan. "Eh asal takde orang ni?" Mereka memandang bilik kuliah dari jauh takde orang. Sepatutnya lagi 5 minit nak mula kelas, pasti kawan kelas mereka dah berkumpul disitu.
"Kelas cancel ke?" Warda terus meneliti telefonnya untuk melihat whatsapp group tetapi tiada pula sebarang mesej dari pensyarah mereka. "Peliknya." Mereka memandang sekeliling kot kot ada muka yang mereka kenal baru tiba ke tetapi memang tiada.
Alya terlihat satu nota di papan buletin di muka pintu bilik kuliah. Dia pun datang dekat untuk membaca nota itu,
All the class held here will be transferred to Lab F52 in SSP for the next 2 weeks until further information - Dean SOES
"Alamak kita dah lambat ni dia main transfer kelas pulak." seloroh Alya mencekak pinggang berkata kepada Ain dan Warda. Mereka semua mengeluh panjang.
"SSP?" Alya dan Warda memandang Ain yang sudah senyum senget. "Jom lah cepat. Kita dah lambat tak pasal pasal kena duduk luar kelas nanti." Ain pusing lantas pergi dari situ meninggalkan Alya dan terkejar-kejar dia.
*****
Hariz training petang itu seperti biasa seperti sem sem yang sebelum ini, entah mengapa feeling artis pulak harini kerana ramai yang menyaksikan di tepi padang. Pelajar yang baru pulang dari kelas mereka akan melalui padang dan disitu lah tempat team bola training jadi ada beberapa pelajar yang singgah dan terus duduk disitu.
"Iskandar, keluar ganti Yusri pulak!!" Jerit coach dari tepi padang seperti tidak berpuas hati dengan performance Hariz pada petang itu. Jelas di wajahnya nampak marah pada Hariz.
Coach sudah memanggilnya dari kejauhan. Hariz sudah pasrah pasti kena bebel sekejap lagi nanti. Tengoklah. Bila dia mendekati coachnya, kakinya langsung disepak coach itu. Hariz mengerang sakit, sudah lah coach dia pun pakai kasut bola, sakit oii!
"Kau mentang banyak awek lalu lalang. Kau sepak bola macam pondan. Cuba main macam jantan sikit."
"Main macam jantan lah tu coach."
"Menjawab!! menjawab!" marah Coach itu baru nak naik tangan. Hariz diam sahaja tidak menunjukkan reaksi takut dengan hayunan tangan coach. tak jadi coach itu nak teruskan hayun tangannya, dia sebaliknya memegang dadanya cuba untuk bersabar. "Kau pergi Loop padang 5 kali." lembut coach itu berkata barangkali penat nak marah Hariz. Hariz tidak menjawab dan terus mengikut arahan coach itu berlari pusing satu padang 5 kali. Pengsan yob!
*****
Alya tak senang duduk, dia terfikir sejak tadi bahkan semalam dan kelmarin lagi. Hatinya sudah risau tak tentu arah ni. Last time dia mengalami situasi begini semasa sekolah. Setelah itu tiada lagi dia hadapi situasi begini. Sulit untuk dia tafsir. Alya menggigit kukunya dalam dia berfikir bagaimana dan harus buat apa.
"Nak bagitahu Hariz tak eh?"
"Tak nak lah. Nanti dia mesti marah aku tak ikut cakap dia."
"Aduhh Alya kau pun satu."
*to be continued....
*maafkan tatabahasa saya yang sangat kelaut.

YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
DiversosSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...