Harini sudah masuk hari ketiga sejak Alya keluar rumah dan langsung tak call anak-anak. Menurut pengintip sejati, Puan Mariam. Dah lah mesej Hariz pun tidak, call tanya khabar anak anak pun tidak ni. Apa nak jadi mak dara sorang tu.
Dada Hariz terasa sesak menyimpan masalah dan cara untuk menyelesaikan masalah. Toleh ke kiri toleh ke kanan masalah takkan habis. Lagi tambah berat bila kena pikul sorang.
Nak fikir belanja bagi dekat ummi buat back up beli pampers Adam Idris. Susu lagi. Dia tahu jumlah yang dia bagi tak cukup, tapi kalau dia pentingkan diri bagi semua duit, habis dia nak makan apa. Ni pun duit tenggelam timbul saja dalam poketnya.
Hariz memandang laptopnya lama, cuba hadam soalan dari assignment-nya berkali-kali. End up dia stress dia menggaru kepalanya sampai boleh gugur lah kelemumur. "Ahh sial aku nak buat kerja macam macam pulak nak kena fikir."
Fitri cekak pinggang di pintu, "oiii kalau stress jangan belajar. Tu pergi sana. Tengok laut ke jalan jalan ke. Kau duduk situ sampai lusa pun tak habis cerita." halau Fitri memberi idea bernas yang baru untuk Hariz lari dari masalah dan realiti seketika. Dia ikut kata Fitri. "Nak pergi mana?"
"Pergi tu haa jauh juga lah. Dalam sejam setengah. Pi ipoh tu pi tanjung rambutan. Baru hilang stress." kata Fitri diikuti dengan gelak kecil tak nak kantoi. Hariz diam cuba loading 'tanjung rambutan'.
"Tanjung rambutan? Lancau tanjung rambutan." Hariz turut tergelak terdengar lawak slow Fitri. Dia punya lawak serba tak jadi sebenarnya. "Mana mana yang hati kau nak bawak kau. Situ lah kau patut pergi." Ghani entah dari mana muncul di sebalik lengan Fitri.
******
Alya terasa kasihan melihat Wildan, tidak makan tidak minum. Wildan masih diselubungi rasa salah yang mendalam. Salah tidak mengikut Yasir seperti yang dimahukan Yasir tempoh hari.
Dia pun search google, cara memujuk orang sedih...
Alya scroll lagi dan lagi untuk mencari jawapan yang perlu dan cukup memuaskan hatinya. "Bagi coklat? Relevant ke?" sangka Alya sendiri.
"Takpelah try dulu."
*****
"Ya kau dah...." Warda berhenti berkata sebaik terlihat Alya tergopoh-gapah menutup handphonenya sebaik dia masuk ke bilik untuk berborak dengannya. "Haa apa?" Alya toleh pandang Warda dengan muka takut-takut macam orang buat salah.
Hilang kata-kata Warda lihat tingkah laku lain macam Alya, dia menggaru kepala cuba mengingat kembali apa yang patut dia cakap. "Kau dah siap..assignment ke?"
"Haa dah. Nak ke? Tu ambik lah atas meja tu." balas Alya cepat dan ringkas tanpa ragu-ragu. Kalau tak sebelum ni tak bagi, ada je suruh Warda belajar sendiri lah apa lah. Warda tanpa banyak fikir terus mencapai buku nota latihan Alya.
Matanya tertangkap kepada satu nota bertulis,
jangan sedih. You're a good boy Wildan.
"Wildan?" Warda menoleh memandang Alya sambil menunjukkan nota di tangannya. Terbeliak mata Alya terkejut. Alya bingkas bangun dan merampas nota itu dari tangan Warda.
Warda terkelu melihat tindakan pantas Alya, "ni takde apa pun. Aku macam kesian tengok Wildan. Dia paling sedih antara semua. Tapi macam takde guna je." Alya terus menggumpal kertas itu dan buang ke dalam tong sampah bilik.
Warda pandang Alya atas bawah, "Wildan kau kesah? Tu kawan kau dalam bilik sebelah berkurung dari kelmarin. Takde pulak kau nak pujuk." Warda pandang Alya dengan pandangan menyampah. Dia langsung keluar dari bilik tanpa ambil pun buku yang sepatutnya dipinjam kan kepadanya.
YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
DiversosSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...