Bab 32

1.3K 75 3
                                    

Hariz baru selesai mandi untuk bersiap-siap kejap lagi nak buat grab. Telefon Hariz berbunyi dari luar bilik. "Adik ambik phone baba jap." Arah Hariz selepas melihat Idris ada di ruang tamu atas sedang bermain sendirian. Tak lama kemudian Idris masuk ke bilik dan memberikan telefon Hariz. "Terima kasih adik." Hariz mencium ubun-ubun kepala Idris.

"Ame."

Hariz terus mengangkat call itu, "haa asal?"

"Jap jap."

Hariz melihat mesej dari kawannya yang barusan menelefon dia. Terdapat beratus-ratus mesej dari group MPP. Mata Hariz tertumpu kepada ahli yang bertugas pada Minggu Suaikenal pelajar baharu.

"Muhammad Hariz Iskandar bin Abu Hurairah."

"Aduhh nama aku kena petik." Hariz menggaru kepala yang tidak gatal. Ini bererti dia harus pulang awal seminggu dari tarikh yang sepatutnya dia masuk sem baru. "Lancau siapa petik aku." Hariz terus mendail nombor telefon kawannya.

"Mi. Aku dah check. Siapa yang petik nama aku ni?"

"Memang orang baru kena petik ke? Pe lancau."

"Haaa okayy okayy. Jumpa nanti."

Hariz meletakkan telefonnya di tepi dan menggaru kepala yang tidak gatal. Dia malas nak pergi tapi sekarang ni dia kena pergi. Idris masuk ke dalam bilik mendongak memandang Hariz masih tidak berbaju. "Baba." Idris memanggil membuatkan Hariz menoleh memandang anaknya.

"ye anak baba." Hariz mencampakkan telefonnya ditepi. Hariz memandang Idris. "Jom main."

"Okay jom."

*****

"Haa yelah yelah nanti aku dengan Wildan pergi ambik." Yasir terus menutup call. Dia bermalasan di katil, malas nak bangun tapi terpaksa bangun. Yasir mengeliat sungguh kuat tanda dia malas.

"Dan teman aku jom." Yasir berdiri di hadapan pintu bilik Wildan. Wildan baru pulang dah kena ajak teman si Yasir pulak. "Pergi mana?"

"Ambik motor Epul jap. Dia tinggalkan motor dia dekat U." jelas Yasir menyarungkan baju t-shirt. Wildan mengeluh kasar. "Malas lah."

"Jom lah Dan. Siapa nak bawak balik motor nanti." pujuk Yasir memeluk lengan Wildan. Wildan menolak Yasir jangan mendekati dia. "Tepi. Geli."

"Dia dah tinggal motor dekat U lepastu kita nak kena angkut." Wildan kedengaran seperti tak puas hati. Jarang-jarang Wildan berkelakuan begini. Yasir diam tidak menjawab, dia masih memujuk dalam diam tanpa suara. Hanya reaksi muka memainkan peranan. "Dia pergi mana?" tanya Wildan mengenangkan kesian dengan Yasir disitu.

"Dia teman Warda pergi klinik tadi. Lepastu nanti dia nak hantar Warda balik. Gate U pukul 5 tutup dah." terang Yasir panjang lebar sebijik mengikut seperti apa yang disampaikan Saiful kepadanya. Wildan mendengus kasar. "Dah lah jom lah." Wildan akhirnya mengalah.

Ikutkan hati, buang masa saja lah dia nak pergi ambik motor Saiful tu, lagi buat hatinya geram yang Saiful tu berdating pulak dengan Warda. Mana tak panas hatinya. Yang penting kena kuat dan tabah!

Teringat peristiwa tadi di klinik, Wildan ke klinik juga lah akhirnya selepas di telefon ibunya berkali-kali menyuruh dia untuk pergi buat checkup. Mujurlah klinik itu rawatan seperti hospital. Jadi dia pergi situ jelah.

Baru nak melangkah masuk ke dalam klinik, dia terpandang kepada dua wajah yang dia cukup kenal. Saiful dan Warda. Wildan menoleh dan memulakan langkah untuk pergi. Sebaliknya dia berhenti.

Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita Where stories live. Discover now