Selepas mendapat text dari Warda, Saiful segera bersiap handsome handsome dengan harapan nak jumpa kekasih hati. Bukan selalu Warda ajak jumpa begini. Semua ikut mood Warda semata.
Dari kejauhan Saiful nampak Warda di bus stop sendirian sedang menggoyangkan badan. Barangkali joget dalam hati. Dia tersenyum melihat Warda disitu lantas berjalan ke arah Warda. "Assalammualaikum Cik." Saiful datang tunduk seperti sedang tunduk pada orang kenamaan, akibat tindakan refleks Warda yang laju, dia terkejut lantas bangun hendak tunduk juga. tetapi tiada sesiapa di depannya. Dia pandang pada Saiful yang sedang terbahak-bahak menggelakkannya.
"Suka lah tu kena kan saya." mata Warda merah berapi marah. Saiful pula geli hati seronok melihat Warda marah. Memang kebanyakan lelaki minat pada perempuan marah kot. "suka sikit." Saiful menunjukkan simbol kecil kepada Warda. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Warda.
"Kenapa nak jumpa ni?" soal Saiful memandang Warda.
Warda melepaskan keluhannya, dia mengambil sebuah kotak di sebelah kanannya lantas diberikan kepada Saiful. Saiful pelik menerima kotak itu tanpa mengerti apa-apa. Dia pandang Warda dengan tanda tanya, kerana belum sempat dia nak tanya, "Saya minta maaf, lama saya fikir. Saya cuba tapi saya tak boleh. Saya minta maaf Saiful."
Bila saja Warda berkata begitu, Saiful sudah boleh tangkap akan maksud tersirat Warda sebenarnya. Dia pandang kotak itu lama lantas tersenyum, lalu dibuka perlahan. Terlihat lah barang-barang yang pernah dia hadiahkan pada Warda seperti gelang, tudung, handsock, stokin kepada Warda. Plastik coklat juga turut diberikan walau dah takde coklat disitu. (comelnya bagi tudung handsock stokin. Nak macam ni juga pls)
"Coklat tu saya dah makan cuma plastik je saya boleh bagi." Warda tersengih malu. Mata Saiful masih memandang kotak itu dengan pandangan yang semakin sayu. Dia lama diam memandang kotak itu. Dia menutup kotak itu kembali dan tanpa ragu-ragu terus menghulurkan kembali kotak itu kepada Warda.
"Saya kagumi awak Warda. Sejak saya kenal awak, saya semakin senang semuanya tentang awak. Saya faham kalau awak tak boleh terima perasaan saya. Takpe. Anggap hadiah ni sebagai tanda betapa hebatnya awak di mata saya." kedengaran dari cara penyampaian Saiful itu terselit suara sedikit sebak. Tapi dia harus kuat kawal emosi dan perasaannya, lagi lagi depan Warda. Dia harus tunjuk macho.
"tapi saya tak nak saya terhutang.."
"tak..saya tak pernah anggap awak berhutang. Semua saya ikhlas. Dan..." Saiful diam untuk melepaskan nafasnya seketika. "kalau awak berat nak terima..anggap je bila awak pakai semua ni, pahala pun mengalir dekat saya okay?"
Warda tercengang dengan kata-kata hebat Saiful. Tak sangka mamat ni bercakap begini, tak tersangka lelaki yang dulu dia menyampah, buat hatinya tersentuh dengan kata-kata itu. Dia senyum pada Warda walau Warda tahu senyuman itu senyuman paksa tetapi Saiful masih senyum dan berusaha senyum dengan ikhlas.
"Saya nak tanya sesuatu boleh?"
"tanya apa?" Warda bertanya.
"awak ada orang lain yang awak suka ke?"
Warda terdiam sebentar mendengar soalan itu. Dia serba salah nak jawab tapi dalam hatinya, iye! ada! Kawan kau! Housemate kau! Wildan! Aku suka dia! Tapi sebab sayangnya dia dekat kau, dia buang aku macam tu je! hati Warda meronta-ronta seketika. Hanya dihati semata-mata. Tanpa dia sedar airmatanya mengalir tanpa dia rela. Barangkali kerana hatinya sakit, pantas info sampai ke otak sehingga mampu mengalirkan airmata dia.
"Warda.." Saiful lembut memanggil. "..Takpe. Saya faham. Terima kasih sebab jujur dengan saya. Saya hargai semua."
"maafkan saya Saiful."
![](https://img.wattpad.com/cover/168404288-288-k780448.jpg)
YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
RandomSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...