Bab 11

1.5K 81 1
                                    

Malam itu semasa masing-masing penat. Alya pula dipaksa masak. Sementara yang lain di ruang tamu. Mereka bukan menetap di hotel tetapi di sebuah rumah apartment yang besar. Perempuan share bilik begitu juga lelaki. Pada mulanya semua macam bengang kenapa perlu satu rumah tetapi apakan daya Saiful hanya boleh book satu rumah saja under nama dia. Katanya nanti kantoi dengan mak ayah dia yang dia bawak anak dara orang bercuti.

Nak tak nak stay je lah. Lagipun tak buat apa pun. Alya mesej di whatsapp group trip Langkawi.

"aku nak masak maggie. Siapa nak turun lepastu letak sendiri maggie dia dalam periuk."

Sorang sorang turun untuk meletakkan sehingga Alya sedang main whatsapp gelak-gelak. "tepi sikit." bisik suara yang semestinya Wildan di telinga sangat rapat membuatkan Alya terkejut terus tersiku hidung Wildan.

"Wil sorry sorry. Aku tak sengaja." Terkejut Alya bila ada darah keluar dari hidung Wildan. Wildan pegang hidungnya. Alya pula dah gabrah. "ambil tisu." arah Wildan segera dilakukan Alya.

"weh sorry sorry." Alya terasa sebersalah. Wildan pun membasuh hidungnya sehingga selesai. "Takpe takpe. Memang hidung aku cepat berdarah kena langgar. Chill okay." Wildan okay saja.

Malam itu mereka makan dan menyanyi ramai-ramai. Alya pula sebersalah lihat Wildan yang tampal hidungnya. Wan bermain gitar sementara Yasir menyanyi. Acah sedap je suara padahal suara ke laut. "jangan nyanyi weh. Suruh orang lain nyanyi. Aku rasa nak hempas muka aku dekat batu bila dengar kau nyanyi." seloroh Ain yang lain turut sama fikir macam Ain tetapi Ain saja berani cakap.

"hempaslah tak kesah pun." balas Yasir yang memang tak puas hati dengan Ain. Ain nak bangun nak tibai dia pulak tak sedar yang dia tu perempuan ada hati nak tibai orang konon.
Yasir pun nak tibai tetapi dihalang kawan-kawannya. Panas baran betul dua-dua.

*****

Ketukan pintu berkali-kali memaksa diri Wildan bangun kerana bila tanya nak apa suara itu menjawab panggil Wildan.

"jap jap." jawab Wildan sarung kain pelikatnya. Dia dengan rambut serabainya.

Buka saja pintu segera daun sirih dihulur betul-betul di hadapan mukanya. "apa ni?" soal Wildan bila tengok yang itu sebenarnya Alya.

"ni daun sirih. Kalau hidung berdarah lagi pakai daun sirih letak dekat hidung." terang Alya. Rasanya masih dibelenggu rasa bersalah itu. Wildan mengambil daun sirih itu dan tersenyum. "terima kasih Alya." Amboii lembut je jawab terima kasih tu

"lagi satu ada darah tinggi ke?" soal Alya. Wildan pantas menggeleng kepala. Dia pelik juga apa kena mengena darah tinggi dengan hidungnya yang sering berdarah.

"atau ada ketumbuhan pada hidung sebab itu darah selalu keluar. Better check doktor." tambah Alya lagi full with details lalu dia pun pergi dari bilik Wildan. "thank you Alya."

Alya pusing membalas dengan senyuman lalu beredar pergi masuk biliknya kembali mengejutkan kawan-kawannya.

***

Pagi dimulai bila masing masing pergi island hopping. Warda tak senang duduk bila Saiful asyik nak mendekati dia. Tetapi yang baiknya pada Saiful ni bila Warda mula tak selesa, dia tak akan make a move lagi.

"Awak suka sini?" tegur Saiful jauh sejengkal dengan Warda. Warda pandang Saiful atas bawah, pandang mukanya sambil mengangguk acuh tak acuh.

"lain kali kalau awak nak pergi mana-mana vacation, awak bagitahu je saya. Pakcik saya ada travel agency. So apa apa saya boleh deal harga murah but saya kena ikut awak pergi vacation tu lah sebagai balasan." bisik Saiful takde lah kuat sangat cukup Warda sorang je dengar pun okay dah.

"Eyy tolong minta balasan. Tak ikhlas." seloroh Warda kepada Saiful. Dia bukannya suka pun si Saiful ni. Dia suka sebab kawan-kawan kata sebagai tanda balas dendam pada si gila Wildan.

"biarlah, saya minta balasan dari awak je. Orang lain tolong saya tak harap balasan pun." balas Saiful dan kembali pandang ke laut dikala boat sedang merentasi laut di Pulau Langkawi yang mencabar dek ombak balasan angin.

Warda pandang pada Wildan yang tak senang duduk. Seperti cacing kepanasan pun ada mungkin dia terlihat Saiful yang dari tadi berusaha berbual mesra dengan Warda. Warda suka padan muka si Wildan tu. Kerek lagi!!

Warda terus rapat pada Saiful yang sedang termenung. Warda pun buat-buat lah. "awak selalu ke pergi Pulau Langkawi ni?" Warda buat-buat tanya padahal who care berapa kali dia pergi pun.

Saiful terkejut pandang Warda. Warda tersenyum manis. Tadi tak suka sekarang suka. Ehh pelikk!!

"Warda kena sampuk ke?" bisik Alina pada Alya. Ain juga turut pandang pelik pada Warda. Warda kenyit mata pada mereka bertiga. Mereka seperti sudah dapat jangka bila lihat Wildan sudah tidak senang duduk. Rasanya kalau diberi kesempatan, Wildan mesti dah terjun laut gamaknya.

"selalu lah juga. Masa saya kecil dulu selalu juga lah pergi Langkawi ni." Saiful bersuara setelah lama terdiam tergamam bila Warda merapatkan sedikit tubuhnya kearahnya.

"Explore tentang mahsuri. Selalu pergi rumah mahsuri tu. Sampai dah tahu jalan cerita dia macam mana. Awak suka sejarah mahsuri?" tambah Saiful suka tetapi dia pandang expression Warda seperti tidak mahu tahu pun jadi Saiful kembali diam. Nampak kelakar tapi sebenarnya cute!

*****

"Korang tak nak beli coklat ke?" soal Saiful memandang mereka yang dibelakang dari cermin pandang belakang. "Taknak!" sebut Yasir dan Wan tidak mahu mungkin kerana mereka tak minat coklat atau tak cukup duit untuk shopping berlebihan. Nanti terlebih shopping jerut leher cukup bulan nak makan nasi bujang pun tak mampu kang.

Mata Saiful memandang kepada perempuan-perempuan pula mengharapkan jawapan. "Aku on je." Ain sememangnya on. Dia paling sultan antara dorang semua sebab tu on. Alina mencuit Warda, "eh dia tak belanja ke?"

"Apa kau fikir dia ATM ke semua dia nak bayar." marah Warda dengan nada yang perlahan sekaligus menolak kepala Alina yang bebal semacam. Naik lemak semua nak belanja.

"Tah kau ni." tambah Alya memarahi Alina. Alina diam lalu menjuihkan bibirnya. "Nak tak?"

"Takpelah. Kitorang tak minat coklat." Warda nak coverline tak nak lah nampak sengkek sangat depan lelaki. "Sejak bila korang tak suka coklat. Haritu Alya.." Mulut Ain terus ditutup Alya erat. Warda dan Alya tersengih sengih saja. Sempat Warda menepuk belakang badan Ain menunggu lemak Ain untuk pecah kot. Tak boleh pakai punya Ain.

"Eh tapi kalau korang nak pergi bagitahu tau. Jangan diam je."

*to be continued...

Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita Where stories live. Discover now