Selepas mengambil barangannya di rumah. Alya terus meminta diri untuk pulang. Tidak sempat dia berjumpa Ain dan Alina. Dia hanya terjumpa Warda yang di rumah.
Sepanjang perjalanan Hariz dan Alya diam. Alya pandang Hariz. "Abang." panggil Alya menggerakkan bahu Hariz. Hariz memandang Alya sekilas. "Kenapa?"
"Abang marah ke pasal tadi?"
"Bila abang marah?"
"Okay macam ni. Yang lelaki tu Ya kenal. Tapi sumpah wallahi Ya tak tahu pun pasal jumpa dekat cafe tu." Alya menjelaskan situasi supaya suami dia tidak mempunyai tanggapan buruk terhadapnya. Ain melepaskan nafasnya seketika. Hariz masih diam memandu dalam masa yang sama dia mendengar juga tu penjelasan Alya. Hariz ni lebih kepada menjadi Quiet Anger.
"Lepastu kawan Ya..." kata-kata Alya terhenti sebaik Hariz berhenti di stesen minyak. Hariz terus keluar dari kereta tanpa berbicara apa-apa dengan Alya. Alya pandang kepergian Hariz sambil senyum senget. "Pehhh ini dah melampau ni. Silent Treatment dia bagi aku ni."
Pabila Hariz selesai mengisi minyak. Hariz ingin masuk semula ke dalam kereta, Alya sudah punya idea yang jahat. Dia terus mengunci pintu kereta membuatkan Hariz terkunci dari luar. Perasan akan itu, Hariz mengetuk tingkap meminta Alya untuk buka. Alya tidak menjawab sebaliknya hanya menjelirkan lidah. "Padan muka!"
Alya menaip sesuatu di telefonnya menunjuk isyarat kepada Hariz. "Dia buat lawak pulak orang dah beratur dekat belakang tu." bengang Hariz terus hendak menelefon Alya. Tetapi mesej dari Alya masuk dahulu.
Alya Sayang :
Cakap I love you dulu.Hariz sekali lagi mengetuk tingkap. Dia macam dah hilang sabar ni. Ikutkan hati nak pecahkan tingkap dengan kemarahan yang dia simpan. Muka nya berubah menjadi lebih bengis memandang Alya lama. Mulutnya nampak berbunyi seperti "BUKA!" dibawa dengan muka bengis yang sangat serious. Okay yang ni kita patut takut.
Alya semakin takut lalu membuka kunci pintu itu akhirnya. Hariz terus masuk ke dalam kereta lalu menghempas pintu kereta.
Aduh macam makin teruk je ni. Sangka Alya sendiri. Fikir dapat berbaik tetapi nampaknya suami dia masih serious dan semakin marah kepadanya. Hariz mendengus kasar dan memulakan pemanduan. Sempat dia berkata, "jangan buat lawak macam tu lagi boleh tak? Dah besar kan?"
Kata-kata Hariz membuatkan Alya terdiam dan tersentuh. Sungguh deep ye! Alya terus pandang ke depan dan tidak toleh lagi pada Hariz atau mencuba berbual dengannya. Kemarahan Hariz semakin membuak-buak mungkin sekarang bukan masa yang sesuai.
Perjalanan pulang mereka sejak tadi hanya dihuni kesunyian sahaja. Hariz semakin mengantuk akibat memandu sendirian di malam-malam buta begini. Alya sudah lelapkan matanya sejak tadi. Hariz menguap untuk kesekian kalinya. "Ya Allah mengantuknya." sebut Hariz sendiri masih menguatkan mata dan diri untuk terus bangun.
"Tidur rnr jap lah." Hariz sudah tidak tahan. Matanya semakin layu. Rnr sudah 500m lagi di hadapan. Dia harus tidur untuk seketika.
Baru Hariz nak pejamkan mata, Dia pusing baringkan seat menghadap Alya yang sedang lelap. Dia menyelak sedikit rambut Alya yang menutup mata, "haih Ya Ya. Dari sakit hati terus hilang rasa tengok awak tidur." luah Hariz menatap wajah isterinya tidur.
Alya tiba-tiba menguap dan terjaga serta-merta. Mungkin refleks kepada sentuhan Hariz terhadapnya. Hariz pantas berpura-pura dengan menutup matanya serta-merta.
Alya bangun memandang Hariz yang sudah terlelap. "Eh..sian laki aku. Penat penat dia datang sini ambik aku. Haihh. Dah lah comel. Cubit nanti baru tahu." Giliran Alya pulak merenung Hariz tidur. Dia menongkat dagunya sambil melihat Hariz pura-pura. "Eh." Alya mula perasan kelopak mata Hariz bergerak seperti dia tak tidur.

YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
DiversosSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...