8 jam sebelumnya...
Hariz sedang bersarapan bersama Puan Mariam, Adam dan Idris. Encik Abu takde kerana ada urusan diluar. Jadi mereka bersarapan berempat. Mood Idris tidak baik pagi itu. Dia tantrum sejak bangun tidur. Hariz yang amat penyabar pun melayan kerenah Idris.
"Adik nak ni?" Hariz menunjukkan coco crunch kepada Idris. Lantas Idris menggeleng dan menolak mangkuk terisi coco crunch itu sehingga berterabur di lantai. Hariz melepaskan keluhan. "Adik ni suka buat sepah." marah Adam sambil dalam mulut mengunyah coco crunch melihat adiknya menangis sejak tadi dan mencetuskan huru-hara.
"Dah lah Riz. Biar je. Nanti diam lah tu dia." Puan Mariam pula berkata begitu. Dia tengok Hariz dah macam hilang sabar. "nak tu." Idris menunjukkan mangkuk coco crunch Adam. Adam sedang makan makanan itu.
"Itu abang punya." tegah Hariz memberitahu Idris. Bila dimarah babanya, lantas Idris menjerit sungguh bengit. Masing-masing menutup telinga. "Okayy okayy." Hariz mengalah menyuruh Idris untuk diam.
"Abang bagi adik boleh?" pinta Hariz lembut meminta. Mata Adam sudah berkaca seperti tidak mahu melepaskan makanannya. "Adik ni suka ambik makanan owang." marah Adam menjeling Idris yang sedang tidak henti-henti menangis.
"Baba bagi abang coco crunch baru. Yang ni bagi adik okay?" Adam menggelengkan kepalanya. Dia memeluk tubuh mengerutkan dahi. Protes tanda kemarahan. Hariz pandang Puan Mariam meminta pertolongan. Puan Mariam sudah ketawa memandang Hariz hampir give up. "Saja ummi diam nak tengok kau handle anak."
Puan Mariam mendekati Adam. "Abang sayang adik tak?"
"Sayang." Perlahan saja suaranya menjawab seruan nenek. "Kalau sayang buat apa?"
"Bagi adik." jawab Adam rela tak rela. "Nah ambik lah." Adam menolak mangkuk coco crunch miliknya. Hariz lantas tersenyum memandang Adam dan mengambil huluran itu dan diberikan kepada Idris. Tangisan Idris terhenti secara tiba-tiba.
Dia tersenyum dan terus mengunyah makanan itu. Adam yang panas melihat adiknya yang dengki. Giliran Hariz pula bangun dan menuangkan coco crunch yang baru kepada Adam. Dia membisikkan sesuatu kepada Adam. "Adam abang yang baik. Nanti kalau Adam dah besar Adam minta adik belikan kereta besar tau." Adam mula mengukirkan senyuman dan tidak marah lagi.
Hariz berjaya memujuk kedua-dua anak beranak itu. walaupun dibantu sikit oleh Puan Mariam.
*****
"Warda aku keluar jap.." sebut Alya lantas keluar bersama keretanya dengan keadaan yang kelam kabut entah mengapa. "Haa okayy hati hati."
Alya berhenti di hadapan cafe tempat location yang di-share kepadanya. "Ain ni apa ni. Tadi call macam huru hara." Alya mendail nombor telefon Ain.
"Oii kau dekat mana?"
"Ha? Masuk je?"
"Okayy okayy."
Alya keluar dari kereta berjalan masuk ke dalam cafe tersebut. Dia memandang ke sekelilingnya tak nampak Ain disitu. "Mana perempuan ni." Bengang Alya membuka phone untuk mendail nombor Ain tetapi seseorang telah melanggar bahu Alya membuatkan Alya hampir terjatuh,
Tetapi sempat dipaut. Alya toleh pada tangan yang memaut lengannya. Dia pandang lelaki itu lagi kecil besar kecil besar matanya. Eh ni ni ni sangka Alya sudah cam ni siapa.
YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
RandomSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...