Alya tiba-tiba duduk melutut di hadapan Hariz. Hariz yang melihat tingkah laku Alya terkejut segera bangun dan menyuruhnya untuk bangun. "Apa ni Ya?"
"Duduk sini." Alya menepuk lantai di sebelahnya menyuruh Hariz untuk duduk menghadapnya. Hariz menutup muka dah mula stress Alya nak provoke dia. Dia bukan minat borak-borak pasal duit ni. "Cepat."
Hariz duduk di hadapannya memandang Alya sambil berkeluh. "Abang cakap dengan Ya."
"Cakap apa Ya?"
"Ya ni siapa?"
"Nur Fara Alya lah."
"Ya ni siapa di sisi abang?"
Hariz melepaskan keluhan sekali lagi. Dia memandang ke arah lain lama lalu memandang Alya kembali. "Sayang. Kenapa ni? Abang dah cakap kan. Abang tak suka kita borak pasal duit. Abang tak nak kita akan gaduh nanti pasal duit. Kita baru je baik Ya." suara Hariz sudah makin keras. Dia tahu isi pertanyaan Alya, itu pasal awal-awal dia dah bagi penerangan bahawa dia tak nak borak tentang itu.
"Tapi Ya isteri abang kan. Kenapa abang tak nak share dengan Ya."
Hariz sudah makin tak keruan, "tapi abang nak share apa? Abang baik baik saja." Alya merapatkan tangannya dengan tangan Hariz. Diusap lembut tangan Hariz. "Kita pernah janji kan nak hidup susah senang sama-sama. Apa guna Ya ada dekat sini kalau Ya tak tolong abang."
"Ya tolong abang jaga..."Alya terus menutup mulut Hariz dari terus berkata-kata dengan tangannya. Langkah tangan Alya yang seterusnya membuatkan dada Hariz berombak turun naik. "Sayang Ya tak?" Mata Hariz pandang setiap pergerakan tangan itu.
Hariz mengangguk dah macam kena pukau dengan Alya ketika itu. Perasaannya jangan kata lah, turun naik dadanya berombak. Ada lah tu yang membuatkan dia jadi begitu ketika itu. "Selalu bagi ummi berapa ringgit?"
"150" Jawab Hariz terus tanpa ragu-ragu. Alya membuka ikatan rambutnya. Sengaja dia menguraikan rambutnya membolehkan Hariz dapat bau haruman rambutnya. Hariz pandang Alya tak berkelip. "Janji dengan Alya, mulai hari ini. Jangan sorok apa apa dari Ya walaupun pasal duit."
"Janji."
"Kalau tak?"
"Ya murka."
"Kalau murka?"
"Hariz takkan dapat apa-apa."
Alya menganggukkan kepalanya memberi thumbs up pada Hariz. Betul-betul terpukau mamat ni dengan Alya. Alya ni pandai tau, rahsia terbesar isteri itu je. Usik batin suami habis lemah lutut. Nak jadi garang automatik lembik macam takde daya dah. "Janji?"
"Janji."
Alya melepaskan tangan yang memegang Hariz di tepi. Dia terus bangun hendak ke meja belajar kembali sambung assignment terus meninggalkan Hariz sendiri. Tak lama kemudian, Hariz pandang Alya dengan wajah serious. "Wah senang buat kerja. Dah buat tinggal." wajah Hariz serious saja saat berkata begitu. Alya ketawa memandang Hariz dan menghadiahkan satu kelipan mata saja.
"Ni lah perempuan. Dah pandai buat tak pandai habiskan."
"Alaaaa halal je."
"Takde halal. Kalau halal sini. Abang boleh habiskan."
"Yaa banyak kerja lah. Kena habis malam ni juga. Esok nak balik."
"Ahh takde takde. Sini cepat."
"Abang tak cakap pun Ya cantik ke tak harini?"
"Hah?" Hariz diam seketika. Dia berfikir sejenak dan terfikir akan maksud Alya. Haah lah betul lah. Dia belum comment apa apa lagi pasal penghijrahan Alya. "Nak abang comment apa?"
YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
RandomSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...