Situasi dramatik antara anak dan ibu itu membuatkan Hariz yang memandang Adam kegembiraan berpelukan dengan Alya. Dia memandang ke siling menghalang airmatanya dari mengalir. Puan Mariam nampak akan tingkah laku Hariz hanya mampu tersenyum saja.
"Ibuu." berkali-kali Adam memanggil Alya sehingga tak terlarat Alya nak menjawab 'iye' untuk setiap panggilan itu. "Adam rindu ibu." sambil dia memeluk kaki Alya pula. Terlalu gembira dengan kehadiran ibunya disitu.
"Baba tak rindu ke?"
Adam toleh memandang Hariz, "baba ni, hm yelaa. Adam rindu baba." Adam terus berlari ke arah Hariz dan terus memeluknya. Hariz mengangkat Adam terus mencium anaknya kalau boleh satu muka. Alya tersenyum melihat gelagat Adam begitu. Begitu juga Puan Mariam.
"Ya okay?" sapa Puan Mariam malu-malu. Terasa takut nak cakap lebih-lebih. Almaklum menantu dia ni dah berani asal cakap lebih-lebih merajuk. Ni yang kena hati-hati. Alya pandang Puan Mariam terus menyalam Puan Mariam dan memeluknya erat. "Ya minta maaf, sebelum Ya banyak susahkan ummi jaga anak-anak Ya. Allah je tahu betapa beruntungnya Ya dapat ummi." bisik Alya dalam tangisannya. Puan Mariam menepuk belakang badan Alya perlahan cuba untuk memujuknya.
"Takpe Ya. Ummi faham. Takpe." kemain in character ye Puan Mariam pada hari ini. Hahahaha
"Ibu nangis, rindu nenek juga ke?" bisik Adam di telinga Hariz. Hariz ketawa mendengar cara penyampaian Adam kepadanya dan berkata, "nenek pun rindu ibu. Bukan Adam je. Baba jangan kata, haih rindunya."
*****
Usai makan malam, Adam sudah terlena di dalam dakapan Alya macam biasa dan selalunya, agak sukar untuk Alya makan tapi tak mengapalah. Dah biasa lagipun.
"Sayang okay tak? Meh abang angkat Adam." Hariz ingin menghulurkan tangan untuk menyambut Adam tetapi Alya pulak menolak, "takpe. Abang makan lah. Ya boleh ni."
Hariz mengangguk saja dan teruskan makan sehingga bertambah pulak ye. "Tengok kau makan ni macam dah seminggu tak makan Riz. Makan slow slow."
"Isteri ada sebelah, mana selera tak naik." Hariz berjenaka sungguh tak kelakar lalu tangannya dicuit Alya, "awak tu main bola. Jaga stamina."
"takpe nanti kejap lagi awak kuatkan stamina abang." Kata-kata Hariz itu sungguh random dan membuatkan Alya dan Puan Mariam saling memandang satu sama lain, Puan Mariam terus mencapai bekas tisu terus mengetuk kepala Hariz. "Kau ni apahal over sangat Riz?" geram Puan Mariam dibuatnya.
Hariz mengaduh sakit memegang kepalanya, "itu lah. Asyik ituu je dia fikir." marah Alya pulak menambah konon mempersetujui kata-kata Puan Mariam. Hariz memandang Puan Mariam lepastu pada Alya pulak.
"Hariz cakap pasal tolong urut kuatkan balik stamina. Ummi dengan Ya fikir apa ni?" Hariz dengan muka polos memandang keduanya. Dia diam sebentar cuba memproses maksud Alya dan Puan Mariam dan selepas itu...
"Ohhhhh yang tu. Apa fikir Riz ni mat gian ke? Alya tengah cuti lagipun kan." Hariz memandang Alya mengangkat-angkat kening. Haa kalini baru mood otak kotor dia sampai bila dia dah buat muka begitu.
Telinga Hariz langsung dipiyak, "ahhhh ahhh ahh sakit sakit." walaupun tangan yang digunakan merupakan tangan yang sama sedang mendakap Adam, Alya masih punyai kekuatan untuk memulas telinga Hariz. "Haa padan muka kau."
"Dah lah ummi nak naik, layan kau ni. Sampai esok aku tak tidur." Puan Mariam meminta diri dan terus berlalu pergi meninggalkan Hariz,Alya dan Adam. Alya pandang kepergian Puan Mariam sehingga hilang dari pandangan, "langsung dia pun."
"Eyyy dia ni itu pun nak cakap ke Ya cuti ke tak?"
"Kenapa?" Hariz memegang telinganya sakit selepas dipulas dan mempersoalkan begitu.
"Tak nak! Abang tak ingat ke kes haritu?"
"Alahhh yelaa yelaaa. Semua nak ugut itu je." Hariz pasrah memandang ke pinggannya. Dia diam dan terus sambung makan. Pasrah kena reject dengan Alya. Hahahaha
******
Alya memandang ke bawah katil memerhati Hariz yang sedang lena tidur sejurus mereka naik ke bilik. Hari yang memenatkan tetapi cukup bermakna untuk Hariz. Alya terus turun ke bawah join di sebelah Hariz.
Tangan dan kaki Alya memeluk badan Hariz erat. Hariz yang sedang terlena pun terjaga, dia menoleh kepala dan memandang Alya, "kenapa sayang?"
"Ya nak tidur dengan abang boleh?"
Hariz melepaskan keluhan dan tersenyum, dia yang membelakangi Alya tadi pun berpusing dan terus menarik Alya ke dalam pelukannya. Dikucup ubun rambut Alya lama, "pakai shampoo apa ni?"
"Kenapa? Wangi ke? Ya tak cuci rambut pun."
"Tak, bau masam." seloroh Hariz selamba. Sengaja dia eratkan lagi pelukannya. Dia tahu nanti Alya buat-buat merajuk bila dia kata begitu.
Walau bagaimanapun, Sangkaan dia betul, Alya yang mendengarkan komen selamba terus rasa ingin melepaskan pelukan Hariz. "Dah jangan nak jauh. Dah peluk kena sambung peluk. Masam pun takpelah. Abang tibai je. Asal nama dia Alya."
"Kan?"
"Hah?" Alya pelik memandang Hariz.
"Nama awak Nur Fara Alya kan?"
"Tak lah nama saya Ayuni" Alya ketawa kecil selepas berkata begitu. Hariz faham akan maksud Alya terus kembali menutup mata dan tidak mahu berdebat lagi dengan Alya. Dia tahu dia bakal ada pergaduhan kalau dia mention pihak Alya pulak nanti. Diam saja lah boss!
"Abang.." panggil Alya lembut lagi cuba menarik perhatian Hariz. Hariz cuba membalas "hmm" menjawab. Dia tak larat nak buka mata apatah lagi membuka mulut, dia sangat mengantuk.
"Abang mengantuk ke?"
"Tak." tipu Hariz lagi.
"Tipu je tak tapi mata pejam."
"Mata abang masuk sampah, tu yang tak boleh buka tu." gurau Hariz hambar. Alya ketawa kecil mendengar penjelasan Hariz. Merepek saja lah mamat ni malam-malam ini. "Good Night abang. I love you so much." sempat dia memicit pipi Hariz geram. Terlebih obses dengan suami sendiri terkadang itu.
"Esok Ya sambung picit lagi okay." Hariz menghadiahkan satu ciuman di pipi Alya. Pelukan mereka semakin erat dan masing-masing pun terlena dalam keheningan malam yang penuh kasih sayang.
*****
"Yaa jangan lambat Yaa." Sebut Hariz kuat selepas melihat Alya berlari mendaki anak tangga naik ke atas tergesa-gesa.
Tak lama kemudian, Alya turun dengan sesuatu yang mengejutkan Hariz, Adam dan Idris yang menunggunya.
"Ya?"
"Ibu?"
*bersambung...
YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
RandomSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...