"ni Riz nak exam tak lama lagi. Riz tak boleh balik. Ummi tolong cakap dekat Alya yang Riz busy tak boleh balik sampai 6 haribulan tau. Tak sempat nak reply." pinta Hariz di gagang telefon semasa on the phone bersama Puan Mariam.
"Haa yelah nanti ummi bagitahu dia. Byee Assalammualaikum."
Hariz meletakkan telefonnya di atas meja. Dia bersandar pada kerusi seperti orang sedang dalam masalah. Zafri turut sedang study tapi tak tahu lah study apa. Study course dia atau study pubg di katil.
"Kau asal, Is?" soal Zafri teleng sikit pada Hariz yang seperti orang dalam masalah. "Jap jap kalau nak explain. Sabar jap. Haa yeah!! Chicken dinner! Woo!!" Zafri macam orang gila yang berkata sendiri padahal Hariz tak ucap apa apa pun. Hariz toleh pandang Zafri.
"chicken dinner tu hari hari kenyangkan aku. Kau baru harini dapat ke?" Hariz ubah topik. Dia tak nak Zafri ikut campur tetapi Zafri tak mudah terpengaruh. Itu yang bagus pada Zafri si roommate Hariz ni.
"Is, satu benda kau kena ingat. Aku tak bodoh lagi. Aku tahu kau ada masalah. Asal ni? Kau cerita perlahan-lahan." suruh Zafri pandang Hariz. Phone sudah diletaknya di tepi supaya dia boleh fokus pada Hariz. Hariz mengangkat bahu lalu menjuihkan bibir seperti tidak tahu.
"Kau gaduh dengan bini kau kan?"
"mana kau tahu?"
"yelah lately ni takde pun kau bergayut dengan dia. Sebelum ni naik bernanah telinga aku dengar kau tahu. Tapi sekarang telinga aku macam makin baik pulak eh." seloroh Zafri lagi menambahkan senyuman pada Hariz. Hariz menarik nafas dan menghembuskan keluhan. Hariz mula bercerita apa yang cerita pada dia dan Alya.
***
Alya memberikan susu dalam botol yang dibancuhnya tadi pada Adam dan Idris sebelum tidur. "tidur okay. Ibu tepuk." kata Alya pada kedua-dua hero itu. Lalu Alya pun menepuk punggung Adam dan Idris menyuruh mereka untuk tidur. Dalam termenung sambil menepuk, Alya teringat akan peristiwa sebentar tadi.
Airmata tak diduga mengalir di pipi mulus Alya tanpa diduga membasahi pipi menunjukkan reaksi bahawa si pemilik airmata sedang bersedih.
Ya Allah kuatkan lah hati aku
***
Zafri senyum sinis selepas Hariz tamat bercerita kepadanya. "Tapi kan aku nak tanya kau sesuatu lah." Zafri mula menyoal memandang Hariz dengan seribu satu persoalan.
"Tanya apa?"
"macam mana hidup kau dulu. Nak kerja lagi nak sekolah lagi nak jaga anak lagi. Champion lah Is."
Hariz tersengih mendengarkan itu. Dia terimbau saat-saat kesusahan di awal usia perkahwinan dia dan Alya. Dan saat itu Adam masih bayi. "Susah tu siapa tak rasa susah kan. Tapi okay lah." jawab Hariz singkat dan tersenyum senget lagi.
"Tapi bagus tau kau. Kau mampu bertahan. Kau siap boleh masuk kuliah lagi. Ini pencapaian yang tinggi." Hariz tidak menjawab sebaliknya hanya diam dan tersenyum saja. Terimbau semua detik-detik itu.
"aku takde apa pun. Cuma tumpang tuah Alya dengan anak aku je. sejak dorang datang dalam hidup aku. Banyak benda baik jadi."
"Maksud kau?"
"dapat anak. Dari tak pernah terlintas nak terfikir macam mana masa depan aku. Pap pap haa dia bagi aku anak. Dia bagi aku erti rumah, dia bagi aku pelajaran, dia ubah aku, dia buka mata aku untuk jadi manusia, dia bagi aku bahagia. Dia bagi aku erti bahagia bila balik awal. Nampak dia, anak. Bahagia tu orang lain takkan rasa." Hariz meluahkan isi hatinya tika itu dengan penuh rasa keikhlasan dari dalam sudut hatinya. Jujur dia sebak bila teringat kisah dulu. Tapi dia masih gagah untuk meluah. Zafri masih leka mendengar.

YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
RastgeleSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...