"Ya tak makan dah ke pil perancang tu?" tiba tiba Hariz bertanya soalan out of context memandang Alya sekilas semasa mereka di dalam kereta berangkat ke Penang bersama. "Tak dah."
"Asal tak makan?"
"Ya tak suka lah. Dia buat period Ya tak teratur tau."
Hariz mengeluh seketika lalu menjawab, "habis Ya tak nak makan. Kalau accident macam Idris dulu macam mana?"
"Bukan dulu abang cakap Adam nak adik banyak kali biar dia tak sorang lah apa lah. Sekarang twist cerita pulak. Pening ahh." Suara Alya sedikit bentak seperti hendak marah dengan ayat Hariz. Amboi macam tak undang kedatangan Idris pulak.
"Ya dengan abang jauh. Kalau accident lagi macam mana? Ya sanggup ke extend sem? Kita dah bincang dengan doktor kan pasal ni." Lembut saja suara Hariz cuba mengawal situasi. Alya ni sikit sikit nak marah. Cuba bawak bincang.
"Abang lah kena tahan."
"Eh apa abang pulak. Ohh hal hal macam ni cerita lain. Bila tutup lampu cerita dah berubah. Faham dah permainan dia ni. Faham dah." Hariz mengangguk-anggukkan kepalanya dan berkali-kali menyebut perkataan faham sehingga Alya sendiri naik annoying.
"Jangan cakap dengan Ya lagi. Abang suka malukan Ya macam ni." Alya memandang kedepan sambil menjuihkan bibir. Alya memeluk tubuh tanda protes dengan perkataan yang keluar dari mulut Hariz. Tak jaga hati langsung. "Faham. Abang faham."
"Shhh diam lah." tanpa berfikir panjang Alya terus menggigit tangan Hariz yang sedang memegang stereng kereta. "Ahhh ahhh ahhh." kereta hilang kawalan sebentar. Cepat cepat Hariz memegang stereng kereta itu kembali.
"Padan muka. Cakap lagi abang faham. Abang faham. Ya gigit lagi." ugut Alya senyum senget memandang Hariz. Konon dia berkuasa lah tu. Hariz memandang Alya sekilas dengan wajah yang terkejut dan takut. "Tengok mana abang tak suruh makan pil. Siang siang pun awak reti gigit."
"Abang!!!" Alya kalah. Dia terus pandang keluar tingkap tak mahu bercakap atau berdebat dengan Hariz lagi. Mamat ni banyak akalnya. Ada saja nak bahan Alya. Hariz tergelak sengaja gelaknya dikuatkan bagi menyakitkan lagi hati Alya. Alya tutup telinga tidak mahu dengar lagi.
*****
"Eh tu bukan kereta boyfriend kau ke?" tegur Ain setelah masuk ke dalam rumah sewa mereka. Ain tiba sedikit lambat dari mereka. "Haah." jawab Warda sambil makan keropok duduk di ruang tamu.
Alya mengangguk, "haah dia bagi pinjam."
"Gila kentang boyfriend kau bagi pinjam kereta. Lepastu dia?" soal Ain lagi sibuk bertanya macam macam padahal diri tu tengah struggle sendiri mengangkat beban yang berat di bahu dan lengan serta tangan. "Dia ada motor."
"Mak ayah dia pun okay je ke?" tambah Warda bertanya lagi. "Aku penat!!" Ain menghempas begnya dan segala beban di badannya ke lantai.
"Okay jelah."
"Alya." Alina memegang kedua-dua belah tangan Alya sambil memandang tepat kepadanya. "Boyfriend kau memang satu dalam seribu lah. Bagi pinjam kereta, rela redah highway jauh jauh semata nak jumpa kau. Untung siot kau."
"Gila tak untung. Ni kalau tak kahwin, aku tak percaya dah apa itu erti cinta" sambung Ain sambil baring sebentar di lantai penat. Mereka semua tidak langsung membantu Ain. Biarkan dia padan muka dia. Siapa suruh angkat barang sorang sorang banyak banyak.
Alya tersengih memandang kawan-kawannya. Mereka semua ditipu hidup-hidup tapi Alya tidak menipu cuma tidak bercakap perkara yang benar saja. "Kau tak angkut rumah sekali ke Ain?" Perli Alina melihat barang barang Ain yang sudah bersepah di lantai.
![](https://img.wattpad.com/cover/168404288-288-k780448.jpg)
YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
عشوائيSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...