"Abang ! Apa semua ni ?! Tergamak abang buat Hara macam ni" Tangan naik menepuk dada bagi menahan sebak. Mata berasa panas memberi isyarat bahawa air mata akan mengalir.
"Kenapa Hara boleh ada dekat sini ? Macam mana sayang masuk rumah ni ?" Terketar-ketar si jejaka mengaturkan soalan.
"Kenapa abang duakan Hara ? Siapa perempuan tu ? Sampai hati abang buat Hara macam ni" Semakin sayu suara itu kedengaran.
"Sayang, abang boleh jelaskan okey ? Tenang boleh ?"
"Abang nak jelaskan apa lagi ?! Hara dah nampak semuanya !" Jerit perempuan itu sekuatnya.
"Sayang, please. Kita bincang elok-elok. Abang tak nak gaduh macam ni. Abang-" Lelaki itu diam seketika sebelum tersenyum sinis. Lama kelamaan, gelak dihamburkan. Sepasang mata helang itu memandang perempuan di hadapannya tajam.
"Aku rasa dah cukup kut. Penat betul berlakon ni" Lelaki itu ketawa sinis.
"Apa yang abang cakap ni ? Hara tak faham"
"Kau tak faham sebab kau slow sangat. Look, selama dua tahun kau dengan aku, kau betul-betul cintakan aku ke ?" Perempuan itu laju mengangguk menjawab pertanyaan lelaki di hadapannya.
"Hara cintakan abang sepenuh hati Hara. Hara ikhlas cintakan abang tapi kenapa abang curang ?" Air mata mengalir dengan laju bagai tiada penghujung.
"Heh, bodoh. Aku tak sangka kau sebodoh ni Hara. Dulu kawan aku cakap kau ni budak bijak kat sekolah tapi apa yang aku nampak sekarang ni, kau lah orang yang paling bodoh pernah aku jumpa" Herdik lelaki itu.
"Apa maksud abang ? Apa salah saya ?!"
"Laa, kau tak faham lagi rupanya. Penat betul bercakap dengan orang bodoh macam kau. Ok, let me tell you sayang. First, aku langsung tak suka kau. Jauh sekali nak cintakan kau. Second, kau mainan aku je Hara atau lebih tepat lagi 'pemuas nafsu' aku. Third, semua ni hanya lakonan aku so kau jangan nak berharap lebih okay ? Do you get it ?"
Perempuan itu menggeleng kepala beberapa kali sebelum jatuh terduduk dihadapan pintu bilik. Sungguh tak sangka kenyataan yang baru keluar dari mulut lelaki yang dia cinta separuh mati.
"Dah, sekarang kau blah dari sini. Aku tak nak tengok lagi muka kau !" Herdik lelaki itu lagi dan lagi.
"Abang, jangan macam ni. Takpe, Hara maafkan abang. Kita buka buku baru. Abang, Hara cintakan abang" Rayu perempuan itu. Kaki si jejaka digenggam erat meminta simpati. Sesekali matanya pandang ke arah perempuan yang berada di atas katil tanpa seutas benang di badannya.
"Dah la Hara. Aku tak pernah cintakan kau lah. Apa yang susah sangat nak faham ? Blah la bodoh ! Kau nak aku heret kau keluar ke ?!"
"Jangan buang masa kau lah perempuan sundal. Pergi la binatang !" Badan perempuan itu disepak kejam sekaligus melepaskan pegangan di kaki lelaki tersebut.
Pintu bilik ditutup kasar.
"Sayang, sorry ada masalah sikit dengan pelacur murahan tu. Jom sambung hm ?" Kedengaran sayup-sayup suara lelaki itu di dalam bilik.
Langkah yang longlai diatur keluar dari neraka yang diciptakan lelaki yang paling dicintanya. Banyak kenangan terbayang di minda. Namun, semuanya hanya lakonan dan paling perit bila cinta yang dianggap bertepuk dua belah tangan tidak pernah berbunyi.
YOU ARE READING
AMORE VELENOSO
Short StoryGENRE : ROMANCE START : PKP "Tolong la bertanggungjawab, Faiq. Anak kita tak ada salah apa-apa pun. Tolong, saya merayu kat awak. Kalau awak suruh saya cium tapak kaki awak, saya sunggup asalkan awak nak bertanggungjawab" "Budak tu bukan anak aku...