6

2.3K 84 1
                                    

"Hara, jangan la macam ni. Makan la sikit" Pujuk Hani. Sejujurnya, dia tak sanggup melihat Hara seperti ini. Aku setia memandang perut aku.

"Kau tak rasa malu ke ada kawan macam aku ?" Hani tercengang mendengar soalan aku.

"Apa kau cakap ni ? Aku tak kisah langsung, Hara. Manusia memang pernah buat kesilapan. That's normal. Tapi janji kau tak buat lagi. Aku tak suka" Aku menangis mendengar jawapan Hani.

Semalam aku hilang arah tuju. Aku ada sepupu tapi tak rapat. Nama pun tak ingat. Takkan la nak pergi mengemis simpati.

Hanya kawan baik aku, Hani yang ada dalam fikiran aku. Aku kusut sampai aku tak mampu fikir. Selepas aku cerita semua benda kepada Hani, alhamdulillah dia terima aku dan tak marah langsung.

Aku tahu dia kecewa bila dapat tahu aku mengandungkan anak luar nikah tapi dia tak tunjuk depan aku. Dia selalu sokong aku dan tolong aku. Sekarang aku kat rumah Hani. Katanya nak tolong aku.

Keluarga Hani ? Tak ada. Hani cuma ada ibu dia sorang je. Tapi kat kampung jadi kat rumah Hani, hanya ada aku dan dia.

"Kau berangan apa ? Ni makan. Penat aku masak untuk kau"

"Aku tak ada selera, Hani" Balas aku perlahan.

"Aku tahu, Hara. Tapi boleh tak kau fikir pasal anak dalam perut kau tu ? Kesian dia lapar. Kalau kau tak lapar, aku tak kisah tau. Tapi tolong la kenyangkan anak kau tu" Aku menyentuh perut aku sayu.

"Apa yang akan jadi dekat aku lepas ni, Hani ?" Aku menahan tangisan.

"Macam mana aku nak hidup nanti ? Kalau anak aku tanya siapa ayah dia, aku nak jawab apa, Hani ? Mesti dia sedih dilahirkan sebagai anak luar nikah. Aku— aku kesiankan dia. Aku tak mampu, Hani. Aku tak kuat" Hani memeluk aku erat.

"Hara, jangan fikirkan semua tu. Kau ada aku. Aku akan tolong kau, okey ? Masalah kau masalah aku jugak. Yang penting sekarang ni, jaga kandungan kau. Lahirkan dia dalam keadaan sihat dan percayalah kau lah perempuan paling bahagia lepas lahirkan anak kau" Aku tersedu-sedu menangis

"Kau pergi jumpa lelaki tu. Minta dia bertanggungjawab. Kau mengandungkan anak dia, Hara" Aku teringatkan Faiq.

"Tak, dia takkan bertanggungjawab. Dia benci aku. Dia cuma mainkan aku, Hani" Aku dakpat rasakan Hani juga menangis di bahu aku.

"Kau cuba. Aku doakan dia terima kau dengan anak kau" Aku mengangguk lemah. Pelukan aku lepaskan.

"Nah, makan ni. Aku nak ke dapur. Ada apa-apa, panggil je aku" Aku membiarkan kata-kata itu berlalu.

Aku memandang makanan di hadapan mata. Seketika, aku memandang perut aku. Aku mengusap perlahan.

"Sayang, mama akan jaga sayang macam mama jaga nyawa mama. Walaupun semua orang buang mama, mama masih ada sayang dan kawan baik mama. Mama janji, mama akan lahirkan sayang. Sayang bertahan ye kat dalam sana" Dengan pantas, aku habiskan semua makanan di dalam pinggan.

Tanpa Hara sedar, Hani yang berada di pintu bilik teresak-esak menangis. Dia tak sanggup lagi tengok Hara sengsara.

"Aku akan selalu ada dengan kau, Hara. Aku janji" Air mata yang merembes keluar, dikesat laju.

***

Sudah 3 bulan aku tinggal di rumah Hani. Keadaan aku semakin baik tapi kandungan aku. Doktor cakap anak aku tak stabil dengan baik. Mungkin lepas lahir, dia akan cacat ataupun tak dapat lahirkan langsung.

Doktor bagi aku pilihan sama ada mahu gugurkan atau tak. Kata doktor, kalau aku berkeras nak terus kandungkan, mungkin nyawa aku juga tergadai.

Aku tak kisah dengan nyawa aku. Yang penting, nyawa dalam perut aku lagi penting. Aku hidup hanya satu tujuan. Anak aku. Ya, untuk anak aku.

Kalau dia tak dapat dilahirkan, untuk apa aku terus hidup ? Baik aku mati je. Apa-apa pun, Aku perlu jaga dia dengan baik. Aku tak boleh stress dan sedih kerana itu pun boleh jejaskan kesihatan kandungan aku.

Dan harini, aku beranikan diri nak jumpa Faiq. Aku takut dia akan halau aku dan anak aku. Bukan, anak kami.

Rumah agam di hadapan aku dipandang. Aku pegang perut aku. Aku tak sanggup lahirkan anak aku dengan status anak luar nikah. Sebab tu aku beranikan diri. Biar lah orang cakap aku terhegeh-hegeh. Aku tak kisah. Yang penting, maruah anak aku.

"Hara ? Buat apa kat sini ?" Aku tersentak bila ada orang tegur aku. Aku membalas senyum Mak Timah. Dia orang gaji kat rumah Faiq. Mungkin dari tadi dia nampak aku tercegat depan ni.

"Eh, Mak Timah. Maaf lah ganggu Mak Timah. Hara nak jumpa Faiq. Dia ada ?"

"Oh Faiq. Ada kat dalam la. Mungkin tak bangun tidur lagi" Aku tercengang. Dah pukul 1 masih tak bangun lagi ? Aku tersenyum nipis.

"Hara masuk la dulu. Mak Timah panggilkan Faiq" Aku mengangguk. Aku menuju ke arah bangku di luar rumah Faiq.

Sementara tunggu Faiq, aku pandang sekeliling. Dah beberapa bulan aku tak datangn sini. Masih sama lagi. Tak ada apa-apa yang berubah. Kat rumah ni lah, aku putus dengan Faiq. Kat rumah ni la, aku nampak perangai sebenar Faiq.

Faiq memang tinggal sorang tanpa keluarga. Katanya nak privasi. Takkan la dia berani bawak perempuan masuk dalam rumah kalau ada keluarga. Bukan rumah ya. Bilik. Dan aku salah sorang dari perempuan tu.

"Tak tau malu betul kau ni kan" Aku segera berdiri bila terdengar suara Faiq di belakang. Rambutnya yang serabai. Mungkin betul, baru bangun tidur.

"Abang Faiq" Kata aku perlahan.

"Siapa abang kau ?" Aku terdengar dia tergelak sinis. Aku hanya memendam rasa sedih.

"Apa tujuan kau datang sini ? Nak goda aku ke apa ? Atau nak kasih sayang dari aku ?"

"Abang, Hara datang sini nak bincang sesuatu. Tak perlu la sampai nak ejek Hara macam tu" Aku melembutkan suara. Kata orang, api dibalas air.

"Kau nak bincang apa lagi ? Aku tak nak ada kaitan langsung dengan perempuan hodoh macam kau. Geli aku" Aku tersenyum hambar.

"Tapi abang tetap ada kaitan dengan Hara sampai bila-bila"

"Apa kau merepek ni bodoh ? Boleh tak terus terang ? Aku tak ada masa la nak layan kau. Tahu tak jijik ?!" Aku mengangguk.

"Hara tahu Hara jijik. Ikutkan hati Hara, Hara tak nak tunjuk lagi muka hodoh Hara kat abang. Tapi Hara beranikan diri datang sini jumpa Abang sebab—"

"Apa ?! Boleh tak kau bagitahu je cepat ? Aku menyampah betul la dengan perempuan macam kau ! Kau ni memang kerja nak susahkan—"

"Hara mengandung"

AMORE VELENOSO Where stories live. Discover now