"Hara pergi mana tadi ? Merata abang cari" Pantas Abang Izz bersuara bila aku sampai di meja makan yang disediakan khas untuk aku.
"Hara pergi jumpa kawan tadi. Ha mummy pergi mana ? Tadi ada je kat sini" Aku mengambil tempat disebelah Abang Izz. Matanya masih mencari mummy yang menghilang.
" Macam la Hara tak tahu. Mummy tu kalau jumpa kawan dia, memang dia takkan ingat dah dekat kita" Aku tergelak lalu memukul perlahan lengan Abang Dani yang menyampuk.
"Selamba kau je kan Dani ? Kalau aku bagitahu mummy ni, siap kau !" Dani membuat muka walaupun dalam hatinya sedikit risau. Kalau mummy tahu, mesti merajuk ! Orang perempuan sekarang susah nak dipujuk.
"Abang Izz, ni Hara punya ke ?" Mata aku tertumpu pada kek yang dihias elok atas pinggan.
"Haah, kek birthday Hara la tu. Suka tak ?" Aku mengangguk laju. Mesti la suka ! Chocolate cheese cake ni favourite aku kot !
"Thank you abang"
"Kat sana banyak lagi makanan. Semua makanan yang Hara suka. Pergi je ambik" Aku hanya mengangguk sahaja.
"Thank you dekat Izz je ke ? Abang Dani tak nak ke ?" Dani membuat muka kesian. Aku tergelak.
"Lupa pulak. By the way, thank you Abang Dani yang handsome lagi bergaya" Dani tersengih sebelum mengusap rambut aku berkali-kali.
"Adik, Ryan tak datang ke ? Abang tak nampak pulak batang hidung dia" Aku mengangkat bahu.
"Tadi kawan adik cakap dia datang lambat sikit. Adik pun tak tahu apa masalah dia" Dani mengangguk faham.
"Adik tengok Abang Dani ni dah macam gay ! Selalu tanya pasal Ryan. Kan abang ?" Izz tersenyum senget memandang Dani.
"Betul la tu. Hara tak tahu ke Dani ni gay ?" Aku tergelak kuat. Dani memasamkan muka.
"Sampai hati adik cakap abang macam tu. Ryan tu kan kawan abang. Dah la lama tak jumpa. Nak jugak sesekali sakitkan hati dia" Ujar Dani mendatar.
"Ye la abang" Izz masih lagi menghantar pandangan mengejek. Aku menggeleng. Apa nak jadi dengan diorang ni ? Kalau tak gaduh memang tak sah !
"Izz, sorry aku lambat" Izz berpaling laju bila seseorang menegur dari belakang.
"Weh bro. Aku tak tahu pulak kau datang. Biasanya jarang kau datang majlis macam ni" Ujar Abang Izz gembira. Aku hanya makan makanan aku. Malas nak ambil tahu.
"Hm" Aku melihat Abang Dani sekilas. Macam biasa, sibuk dengan phone di tangan.
"Oh by the way, ni Hara. Tuan punya majlis" Aku tercengang seketika bila terdengar nama aku disebut. Perlahan-lahan aku berpusing ke arah Abang Izz dengan kawannya.
Aku terdiam. Mata aku masih tertumpu pada dia. Betul ke apa aku nampak ? Dia ? Kenapa kau muncul tepat pada hari bahagia aku ? Tubir mata aku sedikit panas. Amarah membara-bara tapi aku cuba sabarkan hati.
"Hara ?" Aku tersedar lalu bila suara Abang Izz menegur aku. Hati aku sakit. Kenapa aku jumpa lelaki tak guna ni lagi ? Kenapa ?
Apa-apa pun, aku tak boleh tunjuk sangat. Aku tak nak sesiapa tahu pasal ni. Aku tak nak. Aku cuba menatap dia sekali lagi lalu tersenyum.
"Ni kawan abang, Faiq" Hati aku bagai disiat-siat bila Abang Izz menyebut nama lelaki tak guna ni !
Sebagai balasan aku hanya mengangguk sahaja lalu menyuap baki kek ke dalam mulut. Aku memejam mata sekejap. Cuba berlagak tenang.
"Eh kau datang sorang ? Tunang kau mana ?" Suara Izz sekali lagi kedengaran. Aku memasang telingan mendengar perbualan mereka. Aku tersenyum sedikit. Tunang ?
"Entah" Izz tergelak mendengar jawapan Faiq. Ada-ada je kau ni, haih !
"Weh duduk la dulu. Makan la apa yang ada kat meja ni. Tak cukup boleh ambik kat sana" Faiq mengangguk faham. Matanya masih tertumpu pada orang yang membelakanginya. Betul ke tu dia ?
Aku mengetap bibir geram bila Faiq duduk betul-betul di hadapan aku. Aku tahu dia perhatikan aku. Kenapa ? Dia menyampah ? Heh.
Apa yang aku rasa sekarang, sumpah aku tak selesa bila dia pandang aku. Geram, marah, kecewa semua la bercampur baur.
"Yow Faiq. Lama tak nampak kau" Abang Dani menyapa Faiq. Aku tak percaya diorang kenal Faiq.
"Hm busy" Jawabnya sepatah.
Aku menyentuh lengan Abang Dani perlahan.
"Yes princess ?"
"Adik nak pergi ambil makanan kejap eh" Aku saja mencipta alasan untuk lari dari sini. Jangan harap aku boleh duduk kat sini macam tak ada apa yang berlaku Hati aku ni sakit sangat.
"Oh pergi la. Nanti datang sini balik" Aku tersenyum sahaja. Tak nak dan tak akan. Baru saja aku nak melangkah pergi, Abang Izz menegur aku.
"Hara nak pergi mana ?" Aku terdiam seketika.
"Hara nak pergi ambil makanan" Jawab aku perlahan.
"Oh makanan kat sini tak cukup ke ? Abang tengok banyak je. Hara nak apa ? Abang tolong ambilkan" Aku menghela nafas. Potong la Abang Izz ni ! Hish
"Eh tak apa la abang. Hara dah tak nak" Aku duduk semula di tempat aku tadi. Aku sambung menyuap kek. Sumpah kek aku dah rasa macam pasir.
"Sayang ! Oh my god ! You tinggal i sorang-sorang kat belakang ?" Aku mengerutkan dahi. Siapa pulak yang gedik sangat ni ?
Aku terlopong. Alisya Adriana ! Wow, what a surprise. Jadi dia la perempuan malang yang jadi tunang lelaki tak guna tu ? Hm, perfect couple. Dua-dua perangai macam binatang. Ha elok sangat !
Dengan selamba dia mengambil tempat di tepi Faiq. Aku membuat muka menyampah. Kau jangan ingat aku dah lupa macam mana kau buli aku, kau malukan aku masa universi dulu.
"Eh ? La, perempuan ni buat apa kat sini ?" Dani menyoal dengan selamba. Sumpah, dia tak suka perempuan berlagak bagus ni ! Satu-satu dia hadam apa yang berlaku dekat universiti dulu.
pap !
"Aduh" Dani menggosok lengannya.
"Sakit la" Katanya. Aku mencebik.
"Kalau tak suka pun jangan la tunjuk sangat" Bisik aku lalu Abang Dani tergelak.
"Hara dah lupa ke apa dia buat kat hara ?" Aku tersenyum tawar. Takkan la lupa macam tu je ?
"Alisya, ni adik aku Hara. Kau sama uni dengan dia kan dulu ?" Sekali aku aku tak percaya. Kenapa Abang Izz cakap macam tu ?
"Haah, sama uni dengan aku jugak" Abang Dani bersuara. Aku tahu dia nak cover aku.
"Eh Dani. You apa khabar ? Sihat ?" Aku pandang Abang Dani sebelum mengangkat kening.
"Alhamdulillah sihat"
"Erm Hara, congrats and happy birthday" Aku hanya mengangguk.
"You look different" Aku sedar Faiq mengukir senyuman sinis. Apa lagi kau tak puas dengan aku ni Faiq ? Cukup la kau seksa aku bertahun-tahun.
"Hara okay ? Diam je" Tegur Abang Izz.
"Okay je. Hara nampak macam tak okay ke ?" Alisya memandang Hara lama. Ok, sumpah dia cantik.
"Hara !" Aku terkejut bila Aina memeluk aku kuat. Dia menangis dalam pelukan aku. Gelabah aku dibuatnya.
"Eh Aina ?"
"Kenapa kau tak bagitahu aku kau balik ? Kau tahu kan aku rindu kau ? Aku dm kau tak reply. Aku call kau tak angkat. Sampai hati kau Hara. Aku benci kau" Aku tersenyum memandang Abang Dani dan Abang Izz ? Dia kelihatan takut-takut. Malas layan, aku menarik Aina ke belakang sikit daripada meja. Takut abang terdengar.
"Chill la kau dah jumpa aku kan ?"
"But still i hate you" Dia merengek. Aku hanya melayan.
"Mana Hani ?" Dia menggeleng sambil mengesat air mata yang mengalir.
"Aku datang dengan sepupu aku" Aku mengangguk faham. Takkan Hani tak datang kot.
"Hai birthday girl !" Aku tercengang. Ryan ? Dengan Aina ?!
ANDA SEDANG MEMBACA
AMORE VELENOSO
Cerita PendekGENRE : ROMANCE START : PKP "Tolong la bertanggungjawab, Faiq. Anak kita tak ada salah apa-apa pun. Tolong, saya merayu kat awak. Kalau awak suruh saya cium tapak kaki awak, saya sunggup asalkan awak nak bertanggungjawab" "Budak tu bukan anak aku...
