33

2.3K 94 5
                                    

Aku memandang Ryan dan Aina bersilih ganti. Aina tersengih. Mungkin dia tahu aku tertanya-tanya tentang dia dan Ryan.

"Kau dengan Ryan ada apa-apa ke ?"  Tanya aku lambat-lambat.

"Oh ni sepupu aku" Aku membulatkan mata. Sumpah tak percaya ! Kebetulankah ?

"By the way, korang macam kenal je. Ryan, mana kau kenal kawan aku ni ?" Aku memandang Ryan yang masih merenung aku. Aku mengangkat kening. Dia tersenyum sedikit.

"Kau cantik malam ni" Aku terdiam. Ryan dipandang lama. Suara dia ikhlas sangat.

"Er thanks. You pun handsome la jugak malam ni" Aku membuat muka.

"Wait— wait. Apa ni ? Hara, kau dengan Ryan ada something ke ?" Aku tergelak.

"Dia kawan aku la"

"Since when ? Kenapa aku tak tahu langsung ? Benci kau !" Aina menghentak kaki geram.

"Jangan nak buat perangai tak cukup umur kau. Orang pandang lah" Bentak Ryan. Aina ni memang tak tahu malu ke ?

"Hara, kau tengok dia marah aku" Adu Aina. Aku tersenyum sahaja. Perangai kau ni langsung tak berubah Aina. Sama je macam dulu.

"Mengada. Kau lempang je minah gila ni"

"Ryan, dah la" Aku menghantar pandangan maut ke arah Ryan.

"Hara, mana mummy kau ? A— abang kau ?" Gagap Aina bertanya. Matanya liar mencari orang tersebut. Mood merajuk masih ada jadi jangan harap la nak tergedik-gedik pergi tegur.

"Mummy pergi borak dengan kawan dia. Abang aku kat meja belakang ni" Aku pusing memandang meja yang aku duduk tadi.

Aku terus melarikan pandangan aku bila mata Faiq bertembung dengan aku. Aku berdebar-debar. Kenapa dia pandang aku macam tu ?

"Tak ada pun" Ujar Aina perlahan. Dekat meja tu memang ada abang Hara. Tapi ada Dani seorang je. Mana Izz ?

"Ha tak ada apa ?" Aina tersengih. Takkan nak tanya 'Mana Izz ?' kantoi la nanti.

"Kau cari siapa Aina ?" Aina cepat menggeleng laju. Tak ada siapa !

"Tak ada siapa pun ! Aku cari— Ha ! Aku cari Hani !" Aku pandang Aina lama. Nampak sangat menipu tu.

"Betul ke cari Hani ? Ke kau cari aku ?" Aina terkejut lalu terpaku di tempat dia berdiri. Aku juga memandang Abang Izz. Kenapa dengan semua orang malam ni ? Banyak sangat kejutan ! Ni apa pulak kali ni ?

"Abang ?" Izz tersenyum sebelum menarik lengan Aina pergi dari situ. Aku tercengang. Sekarang aku faham, Abang Izz dengan Aina hm. Tapi aku terkejut kenapa Aina ? Malangnya Abang Izz. Ouch.

"Eh apa ni Izz ?"

"Marah aku lagi ?" Aina menjeling geram.

"Merajuk eh ? Hm aku tak pandai nak pujuk kau tapi aku mintak maaf okay ?" Aina mencebik geram.

"Ala jangan la diam je"

"I benci you, Izz. Dah la jahat lepas tu tak sweet" Izz menghela nafas. Kalau nak hadap Aina memang kena banyakkan bersabar.

"Ye Aina. Sorry again. Nanti aku belanja kau makan. Nak ?" Aina terdiam. Tak pernah pulak Izz belanja makan. Selama ni kedekut nak mampus ! So tawaran kali ni boleh dikira limited jugak la kan ?

"Hm" Jawab Aina tanpa memandang Izz. Tak boleh pandang woi ! Handsome sangat malam ni !

"Okay jom aku belanja makan. Kau pergi ambil makanan kat situ. Semua free untuk kau" Lalu Izz ketawa kuat. Aina tercengang. Dia main-main ?

AMORE VELENOSO Where stories live. Discover now