Di lapangan terbang, Hani setia menemani aku. Dia sanggup ponteng kelas semata-mata nak hantar aku. Katanya, lepas ni susah nak jumpa aku. Aku cuma mampu tersenyum hambar.
Mungkin aku tak akan jejak kaki lagi kat sini, Hani. Aku takkan balik. Tapi aku hanya mampu ucapkan dalam hati. Cukuplah sekadar diri aku yang tahu niat aku.
"Tu pengumuman flight kau" Hani mengesat air matanya.
"Haah la" Aku memegang erat beg di tangan. Wajah Hani dipandang sayu. Aku faham dia bersedih.
"Hara, maafkan aku. Aku tak dapat ikut kau. Ibu aku tak benarkan" Aku menggeleng kecil. Hani memberitahu ibunya bahawa dia mahu ikut aku Amsterdam tapi ibunya menentang sekeras-kerasnya.
Aku tak kisah. Tak pernah sekali aku hasut Hani supaya ikut aku. Aku faham dia ada keluarga di kampungnya.
"Tak pe Hani. Aku tak pernah kisah. Aku pergi dulu, tau. Kau jaga diri baik-baik. Makan secukupnya. Tidur dengan lena, okay ?" Pesan aku seperti Hani masih budak kecil.
Baru sahaja Hani nak buka mulut, aku menyampuk.
"Aip, tak payah risaukan aku. Aku dah besar la. Aku bukan budak lagi" Hani mengangguk laju sejurus itu dia memeluk aku erat. Aku tersenyum manis dan membalas pelukannya.
"Kau jaga diri, Hara. Aku tahu kau boleh berjaya kat sana. All the best ! Nanti balik selalu" Aku tergelak sekadar menghilangkan rasa sedih.
"Bye Hani. Aku pergi dulu. Doakan aku selalu" Senyuman manis aku hadiahkan. Aku melangkah pergi dari situ dengan senyuman nipis di bibir. Ni pilihan aku sendiri. Aku yang nak tinggalkan Malaysia dan menetap di bumi Amsterdam.
Kenapa Amsterdam ? Tempat tu la aku pernah bercuti dengan mummy dan abang.
Oh bercakap tentang keluarga aku, aku nak sangat tengok wajah insan yang aku sayang buat kali terakhir sebelum aku pergi dari sini. Tapi aku tahu, mereka takkan jumpa aku. Malah, bayang-bayang aku pun diorang tak nak pandang.
Aku memandang ke luar tingkap. Indahnya ciptaan tuhan. Aku tersenyum. Tujuan aku hanya untuk merawat jiwa aku yang dirobek. Mulai sekarang, Aku seorang diri dan perlu berdikari.
Aku yakin, aku boleh lakukan semua ni. Dan dengan ini, bermula lah kisah Hara Qashrina yang baru. Hara yang keseorangan dan bersendiri.
Aku akan buktikan pada semua orang yang aku tak lemah. Aku janji aku akan berjaya.
***
"CEPAT DANI !" Izz melaung kuat. Hati dia resah. Dani berlari pecut ke arah kereta Izz dan masuk ke dalam kereta.
Seraya itu, Izz memecut keretanya laju ke lapangan terbang. Hanya satu di fikirannya sekarang. Adik tersayang.
30 minit lepas, orang yang diupahnya untuk mencari Hara menghubunginya dan memberitahu yang Hara mungkin akan pergi dari sini.
Laju saja dia memanggil Dani dan terus memecut ke sana. Pergi dengan harapan yang Hara masih berada disitu dan tidak berlepas lagi. Hatinya benar-benar gusar jika adiknya itu tinggalkannya.
"Cepat la Izz !" Desak Dani geram.
Sampai sahaja di lapangan terbang, Dani dan Izz berlari masuk dan mencari kelibat adik tersayang. Merata dicarinya.
"Lelaki tu ada bagitahu kau mana adik nak pergi ?" Izz menggeleng. Dia terus mencari. Mereka seperti orang tak betul. Dengan wajah gusar, mencari merata tempat.
"Dani, Hara takde" Dani mengeluh. Kalau nak kata tak sampai lagi, orang upahannya kata dia dah bertolak ke sini tadi.
Betulkah sangkaannya ? Adik kesayangannya dah pergi tinggalkannya ?
Kepala menggeleng. Tak sanggup !
bush !
"What the hell ? Boleh tak pandang depan ? Bodoh ke hah ?!" Lepas Izz geram. Dani menggeleng. Dia tahu Izz tengah bengang.
"Maaf, saya tak sengaja. Saya betul-betul mintak maaf" Perempuan itu masih menunduk. Dia betul-betul sedih sekarang. Air mata dari tadi tak berhenti.
Izz hanya merengus kasar. Dani merapatkan jarak ke arah Izz dan perempuan tu. Kalau dibiarkan Izz, memang sampai esok perempuan tu dimaki. Baran abang dia tak boleh dibuat main langsung.
"Dah la tu, Izz. Orang tengok la. Tak malu ke ?" Izz hanya menjeling.
"Hani !!" Dani melihat seorang gadis berlari ke arah perempuan yang melanggar Izz tadi. Mungkin kawan dia sebab macam sebaya.
Macam kenal tapi entah la. Tak cam.
"Kau buat apa kat sini ? Mana Hara, Hani ? Mana Hara ?" Dani berkerut. Hara ? Dia tak salah dengar kan. Dipandang Izz sekilas. Kelihatan lelaki itu juga seperti penuh tanda tanya di kepala.
"Hani, aku tanya kau ni ? Mana Hara ? Aku nak jumpa dia sebelum dia pergi" Gadis itu kelihatan seperti hendak menangis. Manakala perempuan yang bernama Hani itu hanya menunduk. Menangiskah dia ?
"Hara ?" Kedua-kedua perempuan tu memandang Dani serentak. Mereka kelihatan terkejut. Kenal sangat dengan lelaki ni. Abang Hara !
"Danial Amsyar. You abang Hara, right ?" Tanya Aina minta kepastian. Dani mengangguk laju.
"What ? How—"
"Hara dah pergi ke ?" Izz laju memotong percakapan Aina.
Hani terdiam kaku. Dia mengesat air mata perlahan sebelum mendongak wajah.
"Hani ?" Tegur Aina meminta Hani jelaskan. Dia baru saja tiba di sini.
"Hara dah pergi"
Dum !
Bagai petir menyambar. Dani tersentak hebat. Izz kelihatan tenang tapi Dani tahu, dia sakit. Ya, mereka tak sempat halang Hara dari pergi.
"Hara pergi mana ?" Hani menggeleng laju. Izz memandangnya tajam. Memberi isyarat supaya Hani bagitahu.
"Maaf, Hara minta saya rahsiakan" Seraya itu, Hani menarik Aina supaya pergi dari situ. Hara amanahkan dia supaya jangan bagitahu siapa-siapa. Tapi tak sampai satu jam Hara pergi, dia dah didatangi abang-abang Hara.
Baru sahaja ingin melangkah jauh, lengan Hani dicengkam kasar. Hani menoleh dengan kerutan sakit. Lelaki ni. Bukan Dani dapi Izz !
"Izz, kau dah kenapa bodoh ? Tak perlu la sampai kasar dengan dia" Izz langsung tak pedulikan Dani. Dia nak tahu mana adik dia pergi.
"Bagitahu aku apa yang kau tahu tentang Hara. Semuanya" Suara Izz dikeraskan. Dani mengeluh. Kalau Izz dah macam ni, memang susah nak lembutkan.
"Sakit la. Encik ni dah kenapa ?" Soal Hani geram. Dia tak kenal lelaki ni. Tak pernah jumpa. Hara tak pernah bagitahu dia ada abang lain selain danial Amsyar. Manakala Aina hanya diam membisu. Tak berani masuk campur.
"Maaf tapi boleh tak kalau awak bagitahu je kitorang ? Saya bukannya orang jahat. Abang kandung Hara jugak. Awak tak ada hak nak rahsiakan. Please" Hani diam dan mengeluh perlahan. Maafkan aku Hara. Aku tak dapat simpan rahsia ni.
YOU ARE READING
AMORE VELENOSO
Short StoryGENRE : ROMANCE START : PKP "Tolong la bertanggungjawab, Faiq. Anak kita tak ada salah apa-apa pun. Tolong, saya merayu kat awak. Kalau awak suruh saya cium tapak kaki awak, saya sunggup asalkan awak nak bertanggungjawab" "Budak tu bukan anak aku...