38

2.3K 90 3
                                    

"Izz ! Oo Izz !" Laung Rafiq setelah turun dari kereta. Pintu rumah diredah selamba.

"Izz !" Rafiq menghela nafas. Mana dia ni ? Lambat betul la.

"Kau ni tak ada adab ke ha ? Menjerit macam orang gila" Kutuk Izz sinis.

"Ish suka hati la kau nak cakap apa. Sekarang ni cepat. Aku risau la Faiq tu buat hal lagi" Izz mengangguk faham.

"Assalamualaikum" Aku melangkah laju masuk ke dalam rumah. Sekarang ni, aku betul-betul tak ada mood. Tapi langkah aku terhenti bila melihat Abang Izz yang tergesa-gesa.

Aku lihat ada seorang lelaki. Aku hanya biarkan sahaja. Malas la nak ambil tahu. Terus sahaja aku larikan pandangan bila pandangan Abang Izz tertancap pada aku.

"Eh Hara pergi mana ?" Aku tersenyum nipis. Selesai berdehem kecil, aku pandang Abang Izz.

"Hara pergi jumpa kawan tadi" Aku terdiam bila Abang Izz menghampiri aku.

"Are you crying ?" Aku tersentak. La, nampak sangat ke ? Aku meraba wajah aku sebelum aku gelak. Entah la nampak ke tak yang aku buat-buat ketawa.

"Biasa la abang. Lama tak jumpa kawan. Mesti la rindu. Sampai nangis tadi" Izz menggeleng kecil. Ada-ada je hm.

"Siapa ni, Izz ? Bini kau eh ?" Tanya Rafiq blur.

Aku memandang kawan Abang Izz. Wajahnya aku perhati lama. Ada iras-iras Faiq. Aku menggeleng kecil. Takkan la Faiq ada adik. Tak pernah pula tahu pasal adik beradik dia.

Pernah dulu aku tanya dia tapi dia seperti mengelak. Jadi aku biarkan. Tapi sekarang aku sedar, aku tak perlu lagi ambil tahu hal dia. Dia nak mati sekalipun, aku dah tak kisah.

"Adik aku" Perkataan adik ditekan Izz. Rafiq dipandang tajam.

"Oh ye eh ? Sorry la" Dia tergelak kecil.

"Hai, aku Rafiq" Aku hanya mengangguk.

"Hara"

Pap !

Belakang Rafiq dihentak sedikit kuat.

"Sempat lagi eh kau ? Cepat la ! Tadi tak menyabar sangat nak cari abang kau" Izz mendengus geram. Abang Izz ni dari dulu sama je. Tak boleh langsung kalau ada lelaki tegur aku. Ish !

"Ye nak pergi la ni"

"Eh abang nak pergi mana ? Nanti kalau mummy tanya, Hara nak jawab apa ?" Tanya aku sekadar mengambil tahu.

"Abang nak cari kawan abang ni. Hara bagitahu je apa-apa" Aku mengerutkan dahi.

"Kawan ?" Balas aku dengan nada tertanya-tanya. Masih lagi tak faham.

"Haah kawan abang yang haritu. Dia ada datang masa majlis Hara. Tak ingat ?" Aku tersentak. Faiq ke ? Tapi kenapa perlu cari ?

"Kenapa tak call je terus ?"

"Huh, dia takkan angkat" Keluh Rafiq. Aku mengerutkan dahi. Kenapa ? Aku nak tahu apa yang jadi sebenarnya.

"Sorry but why ?"

"Aku tak tahu apa yang jadi dekat dia. Tapi tadi masa aku call abang aku, dia bad mood. Lepas tu aku call dia, dia dah tak angkat. Tu yang aku risau. He lost control. Aku tak nak dia sakitkan diri dia lagi" Luah Rafiq.

Aku terkejut. Sangat terkejut. Takkan sampai macam tu sekali. Kenapa sebenarnya ? Kalau betul la orang yang dia cakap tu Faiq, takkan la dia jadi macam tu sebab tadi ?

"kitorang pergi dulu tau" Aku mengangguk perlahan.

Aku memanggil Abang Izz sebelum dia berpaling ke arah aku semula.

"Er tadi Hara rasa, Hara ada nampak kawan abang tu. Dia dekat kubur" Selesai itu, aku meninggalkan Abang Izz dan Rafiq di situ. Aku takut kalau diorang tanya aku macam-macam.

"Kubur ?" Rafiq memandang Izz dengan dahi berkerut.



"Bodoh ! Bodoh ! Bodoh !" Dinding di bangunan terbiar itu ditumbuk kuat. Ditumbuknya tampa henti.

"Kau bodoh Faiq ! Kau bodoh ! Argh !!" Sesekali kepalanya dihantuk ke dinding. Lama kelamaan, pergerakannya semakin perlahan. Lututnya terasa lemah. Terus dia jatuh terduduk di situ.

Air mata mula mengalir. Tak dapat lupakan apa yang jadi. Semuanya muncul di fikiran. Macam mana dia hina dan kutuk anak yang dikandung Hara.

Macam mana dia sepak Hara yang sedang mengandungkan anaknya. Bahu terhinjut-hinjut dek kerana menangis. Wajahnya diraup perlahan. Lepas apa yang aku buat dekat Hara 5 tahun lepas, tak pernah sekali pun aku lupa.

Macam mana dia berlutut depan aku, aku tak pernah lupa semua tu. Bunyi langkah kaki di belakang membuatkan Faiq bangun berdiri. Dia memandang Izz dan Rafiq sekilas sebelum melangkah pergi dari situ.

"Faiq. Kau kenapa ni ?" Faiq merengus geram bila Rafiq bersuara.

"Aku dah cakap dekat kau, jangan masuk campur hal aku ! Kau memang nak mati ke ?!" Jerkah Faiq bergema.

"Aku—" Belum sempat Rafiq menghabiskan ayat, laju penumbuk melayang ke mukanya.

Buk !

"Aku dah cakap jangan jumpa aku lagi"

Buk !

"Tapi kau degil"

Buk !

"Aku tak suka kau masuk campur hal aku ! Bodoh !" Izz mengeluh.

"Faiq, dah la !" Izz tarik Faiq kebelakang dengan kuat. Segera Rafiq bangun sambil mengesat darah di pipinya.

"Aku dah cakap dengan kau Faiq. Kalau ada masalah, bagitahu aku ! Kau degil, suka berahsia" Marah Izz. Tapi dalam masa yang sama, dia risau. Lagi-lagi melihat Izz yang menangis tadi. Selama ni, walaupun dia marah, tak pernah sekali dia mengalirkan air mata.

"Kau nak aku bagitahu kau apa hah ? Kau tak boleh tolong aku, Izz. Tak boleh !" Rafiq hanya diam memerhati.

"Bagitahu aku semua masalah kau ! Masalah apa sampai kau jadi gila macam ni ?!" Faiq tersenyum senget.

"Habis tu ? Kau nak aku bagitahu kau macam mana aku hancurkan hidup adik kau ? Kau nak aku bagitahu macam mana aku bunuh anak aku ?!" Izz terkejut hebat. Dia memandang Faiq tajam.

"Kau ulang sekali lagi" Katanya geram.

"Aku yang hancurkan hidup adik kau ! Aku yang bunuh anak aku ! Aku yang buat Hara jadi macam tu ! And yes, aku lelaki tak guna tu !" 

Buk !

"Kau memang tak guna Faiq. Kau memang tak guna. Bertahun-tahun aku cari siapa lelaki tak guna tu ! Tapi rupa-rupanya, kau ? Kau ?! Aku bunuh kau Faiq !" Faiq yang masih berbaring di lantai, ditumbuk dan ditendang tanpa henti.

"Izz ! Cukup !"

"Kau jangan halang aku !"

"Izz, aku merayu. Tolong jangan" Rayu Rafiq. Izz merengus geram. Tangan yang ditahan Rafiq ditarik kasar.

"Pukul aku lagi, Izz. Aku memang patut mati" Kata Faiq lemah. Izz tersenyum sinis sebelum memukul Faiq lagi dan lagi. Selagi rasa sakit hatinya tak hilang, selagi tu la dia takkan berhenti.

AMORE VELENOSO Where stories live. Discover now