"Kau pergi mana tadi Dani ? Aku call tak angkat. Menyusahkan orang betul" Tersentak Dani dibuatnya. Baru je niat nak minum air. Disergahnya macam tu.
"Bodoh la kau ni Izz. Terkejut aku. Ish !" Izz membulatkan matanya. Selamba betul eh ?
"Apa ? Ulang lagi sekali. Aku ke kau yang bodoh ?" Dani merenung Izz lama sebelum buat-buat ketawa.
"Halah abang aku ni. Tu pun nak koyak ke" Izz menjeling geram.
"Tadi aku jumpa Ryan. Lepak-lepak" Ujar Dani.
"Ryan ?"
"Haah Ryan yang datang haritu. Takkan kau tak ingat. Makan semut banyak sangat kau ni" Dani tergelak kecil. Namun cepat-cepat dia menutup mulut bila Izz memandangnya tajam.
"Aku ingat la bodoh" Dani tercengang. Oh kalau aku cakap kau bodoh, pandai pulak nak marah. Habis tu aku ? Suka hati mak bapak kau je. Mentang-mentang abang.
"Hm apa-apa je la. Ha kau nak apa call aku tadi ?"
"Aku ingat nak ajak kau teman aku pergi mall" Dani mengangkat kening.
"Nak buat apa pergi mall ? Tadi aku pergi mall, kenapa tak bagitahu je ?"
"Aku nak beli hadiah la. Next week birthday kawan aku. Aku ingat nak beli awal-awal sebab next week aku busy tapi aku tak tahu nak beli apa" Dani menghentak gelas di atas meja dengan kasar.
"Sejak bila kau jenis bagi hadiah ni Izz ? Or birthday perempuan tu ? Ha kau jangan nak mengelak eh. Bagitahu aku, birthday siapa ?"
"Hm birthday dia"
"Aku dah agak dah ! So kau nak beli apa ?" Tanya Dani. Senyuman diukir.
"Mana la aku tahu. Sebab tu aku nak ajak kau. Aku tak pernah la bagi hadiah dekat perempuan"
"Izz, kau jangan jadi bengap boleh tak ? Tanya la dia, dia suka apa ? Tu pun nak aku ajar ke ? Susah betul dapat abang tak pernah couple ni" Kutuk Dani selamba di akhir ayat.
"Macam mana aku nak tanya kalau dia tak reply chat aku ? Call pun tak angkat. Stress la aku macam ni" Luah Izz penat.
"Kau gaduh dengan dia ke apa ni ?" Izz mengangkat bahu sebagai jawapan.
"Aku tak tahu la. Nak cakap gaduh, tak gaduh pun tapi dia dingin dengan aku. Tak sure la"
"Oh yang ni aku tak pandai. Try la ajak adik. Perempuan tu kan kawan dia. Confirm adik tahu nak beli apa" Izz terdiam.
"Ha ni lagi satu hal. Kau ada problem ke dengan Hara ? Aku tengok korang macam ada something je. Jangan cakap kau gaduh dengan adik pulak" Izz tersenyum sedikit.
"Mana ada la. Aku okay je dengan Hara" Izz berdehem kecil. Dia bukan marahkan Hara tapi terasa bila Hara sembunyikan semuanya ni. Dia terasa bila Hara tipu tentang Faiq. Dia terasa bila Hara tak terus terang.
"Okay then, aku naik atas dulu lah. Nak mandi" Izz hanya mengangguk. Phone di sisinya dicapai. Keluhan dilepaskan. Nak call ke tak ? Kalau dia tak angkat macam mana ?
Kepala digelengkan beberapa kali. Haih, kenapa dengan aku ni ? Buat apa nak risau bagai. Call je la. Lantak dia la nak angkat ke tak nak.
Cubaan pertama, gagal.
Cubaan kedua, gagal.
Cubaan ketiga, gagal."Haih perempuan ni. Susah sangat ke nak angkat call ha ? Stress betul aku" Gumam Izz geram. Jarinya tidak henti menghubungi Aina. Izz menahan sabar.
Dia tersentak bila panggilannya dijawab. Tak lama lepas tu, dahinya berkerut. Kenapa diam je ? Skrin phone dipandang sekilas. Eh ?
"Helo ?"
Diam.
"Aina"
Diam.
"Haih kau ni kenapa sebenarnya ? Merajuk tak tentu pasal. Macam budak-budak la. Aku tak tahu mana salah aku. Kalau ya pun nak merajuk, at least bagitahu aku. Bukannya diam je. Aku chat bukannya nak reply. Call pun lagi lah tak angkat. Apa masalah kau sebenarnya ?"
Dada turun naik. Puas bila melepaskan semuanya. Perempuan kalau merajuk memang macam ni eh ? Kalau macam ni, sampai ke tua la aku tak kahwin.
Izz terdiam. Eh ni macam-
"Aina, aku- aku tak sengaja. Eh aku tak ada niat nak marah kau" Mati Izz, mati ! Kaki dah tak boleh duduk diam. Gelabah punya pasal. Aku sedar aku kasar sikit tadi tapi betul la kan ?
"Kenapa you selalu marah I ? I tahu you tak suka I Izz. I tahu you annoying dengan I tapi I-" Tangisan kedengaran makin kuat dan jelas.
"Aina, jangan la nangis macam ni" Jujur, ni kali pertama aku dengar Aina menangis macam ni. Bukannya dia tak pernah menangis selama ni tapi kali ni macam lain sikit.
"I suka you Izz. Takkan you tak nampak semua tu ? I suka you, I sayang you Izz. Susah sangat ke nak faham ?" Izz terkaku. Jantungnya berdegup pantas. Laju.
"Aina aku-"
"I tahu you tak suka I. That's why i try move on. I ignore you berhari-hari. Tapi tak boleh. Hati I sakit sangat Izz. Kenapa macam ni ?" Izz hanya diam.
"Send location kau. Aku pergi sana" Ujar Izz berani. Dia dah tak boleh dengar Aina nangis lagi. Sumpah tak boleh.
"I tak nak jumpa you" Izz mengeluh.
"Habis tu kau nak apa ? Call tak nak, chat tak nak, nak ajak jumpa lagi la kau tak nak" Keluh Izz geram.
"I nak you jadi boyfriend I" Izz tersengih.
"Kau mabuk ke Aina ? Send location sekarang. Makin lama makin risau aku dengan kau"
"Izz, I serius" Kata Aina sebelum tangisan makin menjadi-jadi.
"Tak payah bukan-bukan la Aina. Kita kan kawan je" Uji Izz. Sejujurnya, dia ingin tahu perasaan Aina dengan lebih dalam lagi.
Aina ketawa lemah.
"Okay, I faham. It's okay la. I nak rehat. Bye" Baru sahaja Izz ingin membalas, terus sahaja panggilan dimatikan.
"Haih, boleh gila aku macam ni"
YOU ARE READING
AMORE VELENOSO
Short StoryGENRE : ROMANCE START : PKP "Tolong la bertanggungjawab, Faiq. Anak kita tak ada salah apa-apa pun. Tolong, saya merayu kat awak. Kalau awak suruh saya cium tapak kaki awak, saya sunggup asalkan awak nak bertanggungjawab" "Budak tu bukan anak aku...