1

4.2K 126 1
                                    

Air mata laju menurun membasahi pipi. Ya, aku lah perempuan malang itu. Hara Qashrina. Nama yang sangat indah, bukan ? Aku sangka hidup aku selama ni penuh dengan taman rama-rama tapi tidak.

Malam ini, aku sedar bahawa tiada seekor pun rama-rama indah yang pernah wujud dalam hidup aku. Lelaki yang aku sayang, cinta dengan sepenuh hati aku tiada lagi dengan aku. Sedih ?

Kenapa dia buat aku macam ni ? Apa salah aku ? Aku tahu aku tak cantik dan tak sempurna macam perempuan di atas katilnya tadi tapi aku korbankan segalanya-galanya untuk dia. Termasuk dara yang sepatutnya aku hadiahkan kepada suami aku.

Kejam, dia memang kejam. Aku terlalu bodoh kerana tak pernah sedar yang dia terpaksa layan aku. Kenapa dia tipu aku ? Kenapa dia mainkan perasaan aku ?

Aku terlalu naif ? Aku terlalu baik ? atau aku terlalu kolot dan gemuk di matanya ? Luahan sayang yang dia selalu luahkan semuanya palsu !

Ya, aku marahkan dia tetapi aku masih berharap dia akan datang kepada aku semula. Hidup bahagia dengan aku. Aku masih berharap kebahagiaan di penghujung novel yang aku ciptakan.

Dia cinta pertama dan terakhir aku. Walaupun itu semua hanya lakonan terhadap aku, aku masih sayangkan dia.

Ya Allah, kau lembutkanlah hati Faiq Rifqi. Kau permudahkanlah segala urusan kami berdua, Ya Allah.

"Ya Allah, Hara ! Apa dah jadi dengan anak mummy ni ?" Badan aku dipeluk erat oleh mummy kesayangan aku.

"Muka pucat tak bermaya. Hara okey ke sayang ? Apa yang dah jadi sebenarnya ? bagitahu mummy" Aku tersenyum nipis melihat mummy bersungguh. Selepas daddy meninggal, mummy tempat aku meluahkan segala masalah. Walaupun masalah sebesar kuman.

"Dia dah tinggalkan Hara, mummy" Aku tergelak ringkas apabila mengingatinya. Sedikit lawak kerana aku tak pernah rasa sesakit ni.

"Ya Allah. Hara ada masalah apa dengan dia sayang ? Kenapa Hara tak bincang elok-elok ?" Aku menggeleng. Bincanh dengan Faiq ? Mungkin Faiq yang bercinta dengan aku dulu boleh bawak bincang tapi Faiq yang sekarang ? Aku tak rasa dia boleh bawak bincang.

"Tak apa mummy. Hara tak kisah. Hara kan anak mummy mestilah Hara kuat" Mummy menyapu air mataku yang mengalir. Aku tersenyum hambar.

"Mummy tahu anak mummy kuat. Bercinta memang macam tu sayang. Sama ada kekal sampai pelamin atau putus. Anggap je tak ada jodoh antara Hara dan dia" Pujuk mummy buat sekalian kalinya.

Ya, mummy tak pernah tahu aku bercinta dengan siapa. Mummy cuma tahu aku bercinta. Penat juga mummy tanya aku siapa tapi aku cakap nak tunggu kahwin dulu. Oh, ya. Faiq pun tak kenal mummy. dan tak pernah jumpa.

Aku tak kisah kalau kami cuma bercinta normal macam orang lain. Aku akan cuba lupakan dia. Tapi kisah aku dengan Faiq lain sebab aku dah berikan segala-galanya kepada dia. Dia janji nak jaga aku dan nak bertanggungjawab. Betul la kata orang, lelaki memang tak boleh dipercayai.

"Ya mummy, Hara okey. Hara cuba lupakan dia, okey ?" Mummy tersenyum manis sebelum mengangguk berkali-kali.

"Ni baru betul anak mummy" Pipi aku dicubit lembut oleh mummy.

"Jom makan. Mummy masak banyak tu" Aku menggeleng.

"Maaf mummy, Hara kenyang lagi. Baru je Hara makan" Mummy tersenyum faham.

"Okey sayang. Nanti mummy makan dengan abang-abang Hara je la. Dah, pergi naik mandi" Pesan mummy sebelum kaki aku laju melangkah ke bilik aku.

Selesai mandi, terdengar bunyi bising di dapur menandakan abang-abang aku dah balik. Aku ada dua orang abang. Abang pertama, Izzraf Aqif. Abang kedua, Danial Amsyar. Aku paling rapat dengan Abang Dani berbanding Abang Izz.

Sejak daddy meninggal, Abang Izz banyak berubah. Boleh dikatakan semakin tegas. Katanya nak ambil alih tempat daddy jaga keluarga. Tapi dalam sikapnya yang tegas, dia selalu bergurau dengan aku dan Abang Dani.

Beza umur mereka hanya setahun jadi mereka memang rapat. Selalu lepak sama-sama. Abang Izz tak berminat dengan universiti malah dia hanya belajar dengan mummy selok belok syarikat.

Lain dengan Abang Dani yang merupakan tahun akhir di universiti. Abang-abang aku dah janji dengan mummy yang mereka ambil alih syarikat yang arwah daddy tinggalkan. Kini, syarikat tu dibawah jagaan mummy.

Antara mereka berdua, sikap Abang Dani lebih terbuka dan ramah manakala Abang Izz hanya ramah dengan orang dia kenal. Keluarga dan kawan-kawan.

Aku menggeleng kepala mendengar bunyi bising dari mereka berdua. Jarang tak kecoh kalau mereka berdua bergabung. Jauh sekali nak tengok mereka gaduh. Asyik berkepit.

Aku merebahkan badan di atas katil. Kipas yang berputar di atas kepala dipandang. Rasa sayu mula datang. Sedih tapi sukar untuk bencinya. Jika nak dikatakan sayang, perasaan benci menghalangnya. Buntu dengan perasaan sendiri.

Aku bangun dari katil lalu berdiri di depan cermin. Aku tergelak. Patut la dia tak nak kat aku. Tengok diri sendiri pun rasa nak hina. Apa lagi orang lain. Rambut yang sedikit kerinting aku pandang. Gemuk ? Ya, aku gemuk. 79 kg dengan ketinggian aku 157 cm. Muka berjerawat. Jauh sekali nak ada muka yang licin.

Aku tergelak lagi dan lagi. Faiq kacak, sado dan sempurna. Wajah yang kacak dan pasti dapat memikat semua perempuan. Macam mana aku boleh berangan nak berdamping dengannya. Aku melepaskan keluhan. Mesti dia malu berada dekat dengan aku selama ni.

Kenapa aku tak pernah sedar semua ni ? Adakah selama ini aku terlalu yakin dengan diri sendiri ? Air mata yang ingin jatuh, aku tahan. Aku tayang senyuman yang manis. Tetap buruk. Mulai hari ini, Aku bencikan hidup aku dan aku benci diri aku yang hodoh dan buruk.

AMORE VELENOSO Where stories live. Discover now