Izzraf Aqif ! Nak je Aina jerit tapi ditahan-tahan. Biar perasaan yang membuak-buak pun. Takkan la nak fangirling depan crush. Aina tersenyum gedik. Tak sekarang ni siapa gedik ? Aina ke perempuan tu ?
Aina memandang perempuan di lantai sekilas.
'Dari tadi kau jatuh, tak reti-reti nak bangun ke ? Ke memang dah ada niat nak tidur kat situ malam ni ?' Umpat Aina geram.
"Baby, angkat i" Aina membulatkan mata. Dia memandang Izz sekilas.
"Bangun sendiri" Jawab Izz sepatah. Tak ada niat nak bantu langsung. Pandai bangun sendiri kan.
"Baby ! Help me !"
"Baby ? euw" Terkeluar jugak perasaan menjengkelkan dari tadi. Tak boleh tahan dah. Membuak-buak sangat. Melimpah.
Izz hanya memandang Aina tanpa perasaan. Baru sahaja Izz mahu menarik perempuan tu bangun, Aina menepis tangan Izz dari sentuh perempuan tu.
"Tak payah sentuh. Haram" Izz menaikkan kening bila aku menghalangnya. Ya Allah, main angkat kening pulak. gugur iman aku !
Aku memandang perempuan tu sekilas sebelum tarik dia bangun kasar. Padan muka.
"Sakit lah ! You ni dah kenapa ?"
"Padan lah dengan muka you tu. Duduk dekat situ macam nak bermalam kat sini. Tak malu ke orang tengok ?" Balas Aina laju. Suka hati la biadab ke tak. Asal aku puas.
"Baby, tengok dia ni"
"It's okay. Pergi balik" Arah Izz tanpa nada.
"Takkan i nak balik sorang ? Hantar la i"
"Balik" Perempuan tu papar wajau kecewa bila Izz keraskan nada suara. Aina tersenyum sinis. Tu la gedik sangat. Balik-balik je la kau perempuan. Bagi aku sewa boyfriend kau ni jap.
Aku menoleh ke arah Izz seketika selepas perempuan tu dah pergi dari situ. Aku tersenyum. Handsomenya !
"Ehem !" Tersentak Aina.
"Dari first kau jumpa aku sampai lah harini. Tak habis lagi eh usya muka aku ?" Sindir Izz dengan senyuman sinis. Dia kenal perempuan di depannya sekarang. Kawan kepada adik kesayangannya, Hara. Nama memang tak ingat langsung. Yang pasti dia jumpa perempuan ni 3 minggu lepas.
"Haah, tak puas lagi" Jawab Aina selamba.
"Gila" Tutur Izz sebelum dia melangkah pergi dari situ. Aina membulatkan mata. Seriously ? Gila ? Oh my god ! Tapi takpe, nasib baik sayang. auch.
"Hey, Izz ! Where are you going after calling me 'gila' ?" Aina mengejar langkah Izz.
"Sesuai sangat dengan kau. Erm wait" Izz pandang Aina tajam.
"Kau panggil aku apa ? Izz ? Sorry not sorry tapi family dengan kawan rapat aku je boleh panggil aku Izz. Kau siapa ? Kenal pun tak"
"Suka hati i la nak panggil you apa ? Kisah pulak i dengan rules you" Izz pandang Aina atas bawah. Annoying betul. Macam mana la Hara boleh berkawan dengan dia ni.
Izz menjeling lalu meninggalkan Aina.
"Izz, you nak pergi mana ?" Izz tahan sabar. Bala apa pulak ni ? Lepas sorang-sorang ganggu dia.
"Aku nak beli barang lah. Takkan nak beli kau" Aina tayang muka terkejut.
"You ada niat nak beli i ke Izz ? Oh my god ! Tapi i tak takut. Lagi suka ada la" Jawab Aina sebelum tersengih sendiri.
Izz menghela nafas. Dugaan berat ni. Aina ni memang paling degil antara perempuan yang dia jumpa. Selama ni kalau dia keraskan suara, semua takut. Tapi perempuan, haih. Susah !
"Yang kau ikut aku ni apa masalah ? Can you leave me alone ?"
"Tak nak, i nak teman you. Takut you tersesat pulak dalam mall ni. That's why i nak teman. Lagipun i nak beli barang jugak tapi tak tahu apa. Ingat nak beli baju, tapi kat sini semua style macam mak cik-mak cik. Dia ingat semua kat sini suka style tu. Apa salahnya kalau keluarkan style untuk orang muda macam i. Ni tak. Lepas i beli baju, i ingat nak beli kasut pulak. Tapi kasut—"
"Diam la !" Perempuan memang perangai macam ni ke ? Ya Allah ! Dia baru je jumpa dua kali. Kenapa dia buat macam kenal aku bertahun-tahun ?
"Kenapa marah ? I nak cerita je. Memang semua orang tak nak dengar i cerita ke ?" Tanya Aina sepatah.
"Orang takkan dengar la kalau kau punya gaya cerita macam tu. Rasa macam nak bagi penampar je" Balas Izz geram.
"Hm, Oh by the way, you nak pergi mana ni ? Nak beli apa ?"
"Boxer" Aina tercengang. Dia memandang Izz perlahan-lahan.
"Boxer yang lelaki pakai tu ?" Tanya Aina lurus.
"Tak lah, boxer yang kau pakai" Izz tersenyum sinis.
"Suka hati you la. Kat mana kedai ?" Izz tersentak. Perempuan ni biar betul ? Serious lah dia nak ikut aku sampai kedai boxer. Apa masalah dia ni, Ya Allah !
"Eh kau pergi balik lah. Aku—"
"Ha tu dia ! Jom !" Aina berjalan laju masuk ke dalam kedai. Izz menghentikan langkah. Biar betul perempuan ni ?
"Izz cepat lah ! Jom !" Laung Aina kuat dari kedai. Izz memandang kiri kanan. Malunya !
YOU ARE READING
AMORE VELENOSO
Short StoryGENRE : ROMANCE START : PKP "Tolong la bertanggungjawab, Faiq. Anak kita tak ada salah apa-apa pun. Tolong, saya merayu kat awak. Kalau awak suruh saya cium tapak kaki awak, saya sunggup asalkan awak nak bertanggungjawab" "Budak tu bukan anak aku...