Kini, 3 minggu telah berlalu sejak Faiq tinggalkan aku. Aku cuba jugak hubungi dia tapi nombor aku dah diblock. Aku hanya terima. Kini, aku sedikit bencikan dia tapi rasa sayang aku masih banyak. Perasaan rindu yang membuak-buak.
Terhegeh-hegeh ? Ya, betul. Bukan senang nak lupakan orang yang bahagiakan kau selama dua tahun.
Aku menggeleng kepala berkali-kali bagi menghilangkan bayangan tentang Faiq. Aku berjalan menuju ke bilik kuliah. Aku masih belajar di universi. Walaupun aku buruk, aku terlalu minat fesyen dan aku bercita-cita nak dirikan butik yang terkenal atas nama aku sendiri.
Seperti biasa, aku akan melalui tangga untuk ke bilik kuliah. Tanpa diduga, bahu aku dilanggar kasar.
"Auch !"
"Aww kesian gajah kita ni sakit. Kau la ni langgar dia kasar sangat" Naura, salah seorang budak paling hot kat universiti aku. Aku membuat muka menyampah. Kalau aku melawan, lagi teruk mereka kenakan aku.
"Apa yang korang nak ?" Aku menyoal mereka dengan tangan terketar-ketar. Aku bukan penakut dan mampu ditindas ! Tapi aku tak boleh melawan balik.
"Kau rasa apa yang kitorang nak ? Of course la aku nak kau siapkan task aku harini" Aku menunduk kesal. Lagi dan lagi. Aku kecewa dengan diri aku yang tak mampu melawan balik.
"Kenapa kau—" Belum sempat aku habiskan ayat aku, Alisya tarik rambut aku kuat. Aku mengadu sakit mohon dilepaskan tapi kata-kata aku seperti angin yang berlalu.
"Siapa kau nak tanya kitorang kenapa ? Bila aku suruh kau buat, kau buat je la ! Sejak bila kau pandai tanya ni, Hara ?" Aku mengangguk. Setuju untuk siapkan task mereka.
Alisya memandang aku dengan muka menyampah. Aku takut. Aku paling takut dengan Alisya Adriana kerana antara dia dan Naura, dia paling banyak membuli aku. Dia paling banyak ganggu aku. Aku lemah dan tak mampu melawan.
Alisya cantik dan kesayangan semua orang. Alisya ialah malaikat di mata student. Aku ? Aku hanya sampah. Aku terkenal kerana kebijakan aku dan kehodohan aku.
"Daripada aku pandang muka kau, baik aku blah. Dah la gemuk pastu hodoh !" Aku memejam mata. Dah bosan bila semua orang hina aku. Aku tak kisah, tak peduli sebab aku pun benci diri aku sendiri.
Sampai di bilik kuliah, Hani melambai ke arah aku. Aku cuba mengukir senyuma. walaupun masih sakit hati dengan Alisya dan Naura.
"Hara, kau pergi mana ? Dari tadi aku tunggu tau tak ?" Hani memuncungkan bibir. Acah merajuk.
"Aku terserempak dengan bidadari tu" Aku perlahankan suara.
"Siapa ? Alisya Adriana ? Jangan cakap yang kau setuju nak buat task dia" Aku hanya mampu mengangguk dan mengangkat bahu.
"Jangan la jadi baik sangat, Hara. Perempuan tu memang nak kena la !" Aku tergelak kecil.
"Sabar la, Hani. Biarkan je. Aku tak kisah"
"Tengok ! Kau ni kan haih" Aku tersenyum. Apa lagi aku mampu buat ?
"Jangan la cakap kuat sangat. Nanti fans dia dengar. Naya je kau" Aku menahan tawa.
"Lantak dia la dengan fans tak guna dia tu. Apa dia ingat dia cantik sangat ke ? Akhlak kelaut !" Aku tergelak. Lucu pulak Hani ni.
"Dah la. Over sangat kau ni"
"Aku geram je" Aku tergelak tengok dia tahan marah.
"Hara, jom keluar lepas kelas" Aku mengangkat kening.
"Tiba-tiba je. Nak pergi mana ?"
"Ala dah lama kan tak keluar sama-sama. Jom la Hara. Tengok movie, makan-makan" Aku mengangguk laju. Dah lama jugak tak keluar ngan Hani.
"Nak join !" Terkejut aku dan Hani. Aku mengeluh bila tahu siapa yang menyampuk.
"Sampai dah lalat ni" Hani membuat muka menyampah.
"Lalat ?! Oh my god ! Aku yang cantik ni kau samakan dengan lalat ? Apa kau ingat kat perfect sangat ke ? Dah la pakai spek. Elok-elok Allah bagi dua mata. Nak jugak tambah dua mata. Kau pulak, gemuk pastu pendek" Aku menahan sabar. Aku yang diam pun kena jugak eh.
"Eh kau ni asal ? Nak gaduh ke ?" Nampak sangat Hani dah hilang sabar dengan perangai Aina ni. Ye la kena hina kot.
Aina ni pun satu, suka sangat buat orang sakit hati. Bukan tak suka tapi aku dan Hani tak suka dengan sikap dia. Suka sangat hina orang. Dah la face to face. Tapi yang aku tak faham, dalam banyak- banyak orang kat U ni, kenapa dia gedik sangat nak kawan ngan aku dan Hani.
"Ala Hani, jangan la marah. Aku gurau je. Hara, tolong la aku" Aku memandang Hani dengan senyuman hambar. Hani menjeling Aina geram.
"Yeay ! Thank you Hara" Aku hanya angguk perlahan. Memang aku la yang selalu halang Hani nak gaduh ngan Aina. Marah memang marah tapi Aina ni pelik. Perangai tak menentu.
"So, boleh tak nak join sekali ?" Belum sempat Hani nak perli Aina, aku menepuk perlahan lengan Hani.
"Ha ikut je la" Kata aku pasrah.
"Seriously ? Sayang Hara !" Lengan aku dipeluk Aina. Kan dah cakap perangai dia tak menentu. Kejap jahat, Kejap baik, Kejap manja, Kejap annoying tahap babi.
"Pukul berapa dan kat mana ?" Aku menggeleng kecil melayankan sahaja perangai Aina yang sedikit menyampah.
"Tunggu aku kat parking je la. Nanti aku ambik kau sekali. Kita pergi sama" Jawab Hani ringkas. Aku mengangguk setuju.
"Ok. Jangaj tinggal aku tau, Hani" Hani menjeling Aina.
"Ya, aku tak tinggal kau. Aku tunggu je kat situ sampai kau datang dan masuk dalam kereta aku. Lepas tu, baru aku gerak. Puas hati kau ?" Tawa dihamburkan. Lawak tengok Hani lembutkan suara melayan Aina.
"Assalamualaikum" Laju aku fokus ke depan bila Madam Fatty melangkah masuk.

ANDA SEDANG MEMBACA
AMORE VELENOSO
Short StoryGENRE : ROMANCE START : PKP "Tolong la bertanggungjawab, Faiq. Anak kita tak ada salah apa-apa pun. Tolong, saya merayu kat awak. Kalau awak suruh saya cium tapak kaki awak, saya sunggup asalkan awak nak bertanggungjawab" "Budak tu bukan anak aku...