17

2.2K 73 0
                                    

"Oh my god !  What a confident, huh ? I hope i'm dreaming" Aku terkedu seketika bila seorang wanita di hadapannya mula menghinanya. Salah ke aku datang interview nak jadi model ? Aku cuma cuba nasib. Mana tau ada rezeki.

Seketika aku termenung. Nombor yang tertera pada kertas dipandang lama. Tak layak ke aku berada disini ? Aku pandang sekeliling. Ramai yang memerhatikan aku seperti seorang penjenayah.

Tak lupa juga manusia yang berada disekeliling aku mempunyai penampilan yang mampu menggoda para lelaki di luar sana. Badan cun, muka cantik !

Aku sedar, aku seorang sahaja yang berbadan gemuk disini. Muka apatah lagi. Berjerawat ! Aku menghela nafas. Macam mana aku tersesat kat sini ? Aku dapat rasakan ada air mengalir di pipi aku.

Air mata.

Sakit hati dengan pandangan hina dari orang sekeliling aku, aku berlari anak keluar dari Zalexia Company. Syarikat ni merupakan syarikat yang berpengaruh. Syarikat yang terkenal dalam bidang fashion.

Sabrina yang lepak di bangku bawah pokok dituju. Langkah yang tadi laju kini perlahan. Aku mata tidak berhenti sejak di dalam lagi. Aku mengoyak nombor giliran aku pada kertas. Sakit hati.

Mungkin aku tak sesuai. Aku sedar siapa aku.

"Hara ? Cepatnya kau siap" Sabrina memandang aku lama sebelum mengeluh perlahan.

"Tell me why" Aku melabuhkan punggung di tepi Sabrina.

"Aku tak layak dalam semua benda ke Sabby ? Diorang kat dalam tak habis-habis hina aku. Diorang kata aku macam-macam. Aku cuma nak cuba je. Salah ke ?" Aku menangis semahu-mahunya di bahu Sabrina.

"Sejak bila kau cepat give up ni ? Hara yang aku kenal tak lemah macam ni. Lupakan apa yang diorang kata. Semua pilihan kau. Go ahead. Mana tau kau layak" Aku menggeleng laju. Mendengar kata-kata Sabrina buatkan aku jadi sedih dengan diri sendiri. Rasa terhina.

"Kau tak payah sedapkan hati aku, Sab. Semua orang kat dalam cantik, kurus. Aku ni apa ? Gajah ? Aku tahu kalau aku masuk ke dalam, aku takkan layak" Sabrina menepuk perlahan bahu aku.

"Kau memang tak nak ? Kau nak give up sampai sini ke ?" Aku terleka seketika.

"Aku nak sangat kerja ni, Sabby. Tapi aku tak layak. Tolong aku, Sab" Aku menangis teresak-esak. Semua benda yang aku buat, semua tak kena. Dari dulu sampai sekarang.

"Okay aku boleh tolong kau. But, kita kena start dari bawah ya ? Kau kena tukar penampilan kau dulu, boleh ? Jangan risau, aku selalu ada untuk support kau"

Aku mengangguk laju. Mungkin kali bukan rezeki aku. Apa yang aku boleh cakap, aku akan datang lagi sini untuk interview.

***

"Hara, Hara kat mana sayang ? Mummy rindu Hara. Hara balik la sayang. Mummy risaukan Hara" Datin Rina mengusap perlahan gambar anak perempuannya. Rindu yang menggunung di hati sangat menyeksa jiwanya sebagai seorang ibu.

"Maafkan mummy, Hara. Mummy gagal jadi ibu yang baik untuk anak mummy. Mummy tak sepatutnya halau Hara dari rumah ni. Hara pulang la, sayang" Rintih Datin Rina lagi. Siapa tak sayang anak sendiri ? Ibu mana yang tahan bila berjauhan dengan anaknya ?

"Mummy" Tegur Dani sepatah. Hatinya sakit melihat keadaan mummynya sekarang. Datin Rina yang dulu selalu jaga penampilannya menjadi tidak terurus. Nama adik perempuannya selalu menjadi zikir di mulut mummynya setiap hari.

"Hara bencikan mummy ke, Dani ? Mummy gagal jadi ibu yang baik. Mummy sepatutnya bimbing dia bukan halau dia. Mummy buat dia macam binatang. Mummy buang dia, Dani"

"Mummy, jangan salahkan diri mummy sampai macam ni sekali. Dani yakin Hara tak bencikan mummy. Jangan risau sangat mummy" Pujuk Dani lembut.

"Dekat mana Hara sekarang ? Mummy nak jumpa dia, Dani. Mummy nak minta ampun" Dani diam. Ikutkan hatinya, nak je dia bagitahu semuanya tentang apa yang berlaku pada Hara tapi disebabkan Izz halang, dia terpaksa diam diri dan buat-buat tak tahu.

"Dani cuba cari Adik tapi masih tak dapat" Tipu Dani. Maafkan Dani sebab tipu mummy.

"Ya Allah ! Selamatkan anak aku, Ya Allah !" Datin Rina menggeleng kepala bila terbayang nasib anaknya.

"Jangan risau, mummy. Adik okey je. Apa yang penting sekarang ni, mummy perlu jaga kesihatan mummy. Dani tak nak mummy sakit. Nanti siapa nak masak untuk Dani dan Izz ?"

"Mummy rindu Hara, Dani" Dani mengangguk faham.

"Dani pun rindu adik. Dah, jangan nangis lagi. Mummy pergi solat dan berdoa supaya dipertemukan dengan adik semula" Datin Rina mengangguk. Tak pernah putus doanya supaya Hara maafkan dirinya. Berdosanya dia sebagai ibu. Kalau suaminya ada, mesti dia kecewa.

"Dani turun bawah dulu. Nanti mummy turun makan, ya ? Izz pun macam dah balik tu. Dani dengan Izz tunggu mummy tau" Datin Rina mengukir senyuman nipis sebagai balasan manakala Dani pula membalas dengan senyuman manis sebelum dia melangkah pergi dari situ.

AMORE VELENOSO Where stories live. Discover now