20

2.5K 79 0
                                    

Telefon yang berbunyi menandakan ada notification masuk segera diambil dan dibuka. Aku mengerutkan dahi seketika. Malam malam macam ni phone tak tenang.

Instagram.

Siapa pulak yang gatal nak dm aku malam malam ni ? Dah pukul 3 pagi kot. Aku lain la sebab aku memang biasa tidur lewat. Dengan laju, aku membuka aplikasi intagram.

Seketika itu, Aku terkedu. Dah 4 tahun tak berhubung dengan aku, tiba-tiba je dm aku. Aku teragak-agak nak tekan message dari Abang Dani.

Yup, Abang dani la yang dm aku tu. 4 tahun lalu Abang Dani ada dm aku minta aku balik semula. Tapi masa tu aku dah ada kat bumi Amsterdam. Mula-mula aku seen je message dari abang. Tapi, semakin aku seen dan ignore, semakin rimas aku bila Abang Dani dah mula voice call.

Aku tak boleh kata apa. Aku cuma mampu slow talk dengan Abang Dani tentang keinginan aku. Dan alhamdillah Abang Dani setuju dan benarkan aku. Lepas tu, aku terus delete account tu. Aku buat semula account instagram yang baru.

Kejam ? Entah la. Bukan aku kejam, aku cuma tak nak ada kaitan apa-apa.

Tapi sekarang ni, tiba-tiba Abang Dani dm aku. Tu yang buat aku tertanya-tanya. Nak tak nak, aku tekan jugak chat dari Abang Dani.

Damn, badan aku bagai mengeras.

DanialAmsyar

Assalamualaikum adik

Tolong balik sekarang, sayang.

Mummy accident. Langgar lari.

Kalau adik masih anggap mummy sebagai ibu yang lahirkan adik, balik sekarang. Mummy tak sedarkan diri, adik. She needs you.

Adik, tolong kesiankan mummy. Balik la sayang. Everything's gonna be alright. Abang dan mummy tunggu, okay. Kalau Hara sayang mummy, tolong balik sebelum semuanya terlambat.

Nafas aku bagai terhenti di kerongkong. Allah ! Aku memegang dada yang sesak. Mummy, kenapa sampai jadi macam ni ?

Air mata risau mengalir di pipi. Aku bangun segera mahu mengemas baju dan barang namun perbuatan aku terhenti. Apa yang jadi antara aku dan keluarga aku bagai ditayang semula di ingatan aku.

Air mata aku semakin lebat gugur. Aku risaukan mummy tapi pada masa yang sama, aku takut. Aku janji pada mummy dan abang yang aku takkan tunjuk lagi muka aku dihadapan diorang. Aku tak nak malukan mereka lagi. Cukup la sekali.

Ya Allah, tolong selamatkan mummy.

Aku bangun menuju ke arah telefon aku semula. Aku menghela nafas perlahan.

HaraQashrina

Maafkan adik, abang.

Hanya itu yang mampu aku balas. Tangan aku mula menggeletar. Mummy dah maafkan aku ke ? Mummy akan terima aku ke ? Mummy akan sayang aku lagi ke ? Aku menepuk dada yang perit.

Aku tak sanggup tinggikan ego aku bila ibu yang susah payah melahirkan aku dalam keadaan tak sedarkan diri. Ya Allah aku tak boleh bayangkan. Patut lah hati aku tak tenang sejak tadi.

Deringan telefon menyentakkan aku. Tangan aku masih terketar-ketar memikirkan segala kemungkinan yang mungkin berlaku pada mummy. Aku tak sanggup hilang mummy, ya Allah.

Skrin telefon aku pandang. Abang Dani yang call melalui intagram. Aku diam tak berkutik.

Memikirkan keadaan mummy sekarang, lambat-lambat aku mengangkat panggilan tersebut.

"Adik !" Aku diam.

"Adik balik please. Tolong kesiankan mummy. Tolong, sayang. Abang merayu dekat adik. Tolong. Mummy kritikal adik. Balik la adik. Tolong balik" Aku tak dapat tahan tangisan aku. Terus aku hamburkan

"Ma— macam mana mummy boleh accident ?" Aku menangis teresak-esak. Aku risaukan mummy.

"Abang tak tau, adik. Please balik"

"Mummy dah buang adik, abang. Adik tak nak malukan korang untuk kali kedua. Cukup la orang yang adik sayang kena hadap perangai tak senonoh adik 5 tahun lepas. Adik malu, abang. Adik malu"

"Adik, lupakan semua tu. Adik tahu tak selepas adik tinggalkan kami, mummy dah tak macam dulu. Setiap hari mummy berkurung dalam bilik, menangis. Makan pun tak nak. Adik, mummy rindu adik. Mummy menyesal adik"

Aku memejamkan mata. Betul ke apa yang aku dengar ni ? Doa aku dimakbulkan ? Kalau betul la apa yang aku dengar, aku bersyukur ya Allah. Tak pernah sekali pun aku tak berdoa kepada Allah supaya lembutkan hati mummy terima aku semula.

"Adik, kita buka buku baru. Cukup la 5 tahun adik tinggalkan kami"

Aku diam. Tak mampu berkata apa-apa. Sikit pun aku tak pernah tanam dendam pada mummy sebab halau aku. Aku cuma anggap semua ni balasan atas dosa aku.

Pada mulanya, aku banyak terkilan dengan layanan mummy. Tapi aku sedar. Kalau aku berada di tempat mummy, aku akan buat perkata sama.

Anak sendiri berzina dan mengandung. Siapa nak senyum dan ucapkan tahniah. Aku menggelengkan kepala. Tak, aku tak nak ingat semua benda ni. Aku tak nak ingat perbuatan tak matang aku 5 tahun lalu. Cukup la aku merana disebabkan semua tu. Cukup.

"Adik nak tidur. Assalamualaikum" Aku terus meletakkan panggilan. Aku termenung. Sediakah aku untuk menjejakkan kaki di Malaysia ? Sediakah aku untuk berhadapan dengan mummy dan abang ?

Ya Allah, aku malu. Kau permudahkanlah segala urusan aku, ya Allah.

AMORE VELENOSO Where stories live. Discover now