23

2.2K 87 0
                                    

Akhirnya ! Selepas berbelas jam perjalanan, sampai jugak aku dekat tanah air tercinta. Penat badan tak rasa sangat sebab aku makan dan tidur je sepanjang perjalanan.

Nasib baik ada Ryan. Boleh jugak buat borak. Dia layan je aku merapu bosan. Aku pulak tak habis usik dia.

"Okay ? Ada rasa pening ?"

"Ada la sikit. Mungkin sebab perbezaan masa" Jawab aku. Aku buang mask di muka. Lemas dibuatnya.

"Normal la tu. Kat sana malam tau sekarang. Aku tengah syok tidur" Aku mencebik. Dalam flight tadi bukan main tidur. Siap buat bahu aku jadi bantal lagi. Kebas dibuatnya. 

Selesai ambik beg semua, aku terus melangkah ikut Ryan.

"Ryan, you stay kat mana eh ?" Tanya aku ingin tahu. Ya la mana tahu Ryan ada curi barang aku ke apa.

"Asal nak tahu ? Nak datang rumah ek ?" Aku menggeleng laju.

"Buat apa datang rumah you ? Tak penting" Ryan tergelak.

"Ala area sini-sini je. Kau pun selangor kan ?" Aku mengangguk. Ni mesti kerja Sabrina yang gatal bagitahu.

"Nanti free, bagitahu ah. Kita pergi date"

"Banyak la you punya date" Ryan tersengih.

"Ala Hara. Jom la" Aku mengangguk setuju. Memandangkan aku dah lama tak jejak Malaysia. Nak jugak jalan-jalan. Dah banyak berubah.

"Ryan, siapa datang ambik you ?"

"Tak sure lagi. Family aku tak ada kat Malaysia sekarang" Aku mengerutkan dahi.

"Dah tu you balik sini ? Diorang tahu tak ?" Ryan mengangkat bahu. Dia tersengih sendiri.

"Oh i faham. You nak buat surprise la kan" Ryan mengusap belakang lehernya. Aih, kantoi pulak.

"Macam-macam la you ni Ryan" Aku tergelak melihat wajah malu-malu Ryan.

"Kau ? Siapa ambik ?" Aku hadiahkan senyum saja. Aku melilau mencari kelibat Abang Dani. Sekarang pukul 12 tengah hari. Jangan cakap masih terlentang atas katil sudah la.

Mata aku terhenti pada lelaki yang memakai baju hitam. Aku tersenyum nipis. Abang Dani ! Aku pandang lama. Ya Allah, rindunya.

Kelihatan Abang Dani sedang mencari seseorang. Tak rilek langsung kepala. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Siapa lagi kalau bukan aku. Aku nak tegur tapi takut dan malu. Tapi rasa rindu membuak-buak.

Aku memejam mata seketika sebelum kaki melangkah perlahan. Tangan digenggam erat.

"Hara, kau nak pergi mana ?" Aku diam tidak membalas. Abang Dani. Aku nak peluk abang. Aku nak cakap betapa rindunya aku dekat abang dan mummy.

Semakin melangkah, semakin hampir aku dengan Abang Dani. Hati aku berdebar-debar.

Air mata aku yang hampir menitis aku mengesat laju.

"Abang" Dani terhenti mendengar suara seseorang yang amat dirindui. Badannya terkaku seketika. Badan dipusingkan perlahan sebelum dia dipeluk seseorang.

"Abang Dani" Aku memeluk Abang Dani erat bagai tiada hari esok. Wajah disembamkan pada dada Abang Dani. Air mata mengalir laju. Ya Allah.

"Hara ? Adik abang ?" Abang Dani mengusap kepala aku. Dia membalas pelukan aku.

"Abang, adik rindu abang. Adik mintak maaf"

"I miss you too, princess. Dah la tak payah nangis" Aku mengangguk laju. Jumpa Aband Dani pun dah tak kuat. Macam mana nak hadap mummy dah Abang Izz yang macam singa tu ?

AMORE VELENOSO Where stories live. Discover now