27

2.2K 69 0
                                        

"Izz, kenapa you tak angkat call i semalam ? I tunggu tau tak ?" Izz memandang Aina sekilas sebelum dia fokus menyiapkan kerja yang tertangguh. 2 hari lagi sebelum majlis Hara. Makin banyak la kerja yang nak dihandle.

"Izz, i cakap dengan you ! Boleh pulak buat tak dengar macam tu" Izz menghela nafas perlahan. Matanya tidak sedikit memandang Aina kali ni.

"You tahu tak i tidur lambat sebab call you ? Buat apa ada phone kalau tak pandai nak angkat call orang ? Baik you buang je. You tahu mata i jadi macam ni sebab you ! Dah macam panda ! I malu nak keluar pergi jalan-jalan" Berkerut dahi Izz seketika.

Dia segera memandang ke hadapan. Lah, patut la suara tadi macam nak nangis. Izz memandang kiri dan kanan. Risau jugak kalau pekerjanya tanya apa dah jadi. Yang Aina ni gedik sangat pergi nangis kat sini buat apa ?

"Aina, jangan macam ni. Okay fine. Aku tak sengaja. Aku mintak maaf. Semalam aku tidur awal sebab aku penat. Sorry again" Aina masih menekup wajah dengan tangan. Izz menggaru kepala.

Perlahan-lahan dia bangun dari kerusinya dan melabuhkan punggung di sebelah Aina. Tangan Aina yang menekup muka ditarik lembut.

"Dah dah. Jangan la nangis. Aku janji tak buat lagi. Nanti kalau kau call aku, aku angkat laju-laju. Semalam je aku penat sikit. Kau tak kesiankan aku ke ?" Izz tersenyum kekok. Haih Aina, kenapa kau suka sangat buat aku rasa macam ni ?

"Betul ?" Izz mengangguk laju. Dia pun perasan jugak mata Aina yang macam panda tu tapi tak ditegur. Makin mengamuk la jadinya.

"Okay, i maafkan" Aina tersenyum comel. Izz cepat-cepat mengangguk. Nak goda aku ke apa ni ?

"Izz, comel la you pujuk i macam tu. Nanti lepas ni i nak nangis banyak-banyak. I suka you sweet macam tu. Tak la dingin 24 jam" Puji Aina melambung namun Izz beku sekejap mendengar ayat terakhir Aina.

Baru sahaja Izz menolak kerusi ke belakang untuk bangun, Aina menarik sedikit hujung baju Izz. Nak pegang tangan, takut makan penampar. Izz kan pak ustaz.

"Hm nak apa lagi ni ?" Tanya Izz tak lembut tak dingin.

"Nak hug !" Aina mendepakan tangannya besar-besar. Izz menggeleng kepala berkali-kali.

"Dah gila ke ? Datang sini, duduk diam-diam. Nanti pekerja aku tengok. Buat malu ke" Aina mengetap bibir geram.

"Ala nak hug ! Boleh la boleh la" Aina merapatkan sedikit jarak dengan Izz.

"Eh apa dekat sangat ni ? Pergi sana la !" Izz menolak bahu Aina dengan hujung jari. Ya lah, baju perempuan ni banyak terdedah. Kadang-kadang nak pandang dia ni pun takut.

"Sekali je" Aina tersengih. Sengaja dia buat macam ni. Biar padan muka Izz. Comel pulak Izz ni. Merah padam dah muka dia ni hm.

"Oh kau nak sangat kan ? Ha meh la. Bukan setakat hug, benda tu pun aku boleh bagi la kalau kau nak. Silap hari bulan, mengandungkan anak aku" Izz tersenyum senget. Dari awal dia dah agak Aina cuma usik dia. Bukannya perempuan tu berani sangat.

Aina masih lagi dalam fasa terkejut. Izz dah hilang akal ke ? Naik bulu romanya. Seram !

"Ala tadi kata nak hug. Sini la sayang" Aina membulatkan mata. Dia akui dia dah tergoda tapi ni bukan Izz ni. Jauh sangat beza dengan Izz Si Kepala Batu.

"Aina" Meleret panggilan Izz. Dia melangkah ke arah Aina. Kini, tiada jarak antara mereka. Izz memandang Aina lama. God ! Cantik ! Izz terpaku bila memandang Aina dari dekat.

"Izz, jom teman aku pergi be—" Dani terkejut besar melihat abangnya berkeadaan begitu.

Segera Izz menjauhkan dirinya daripada Aina. Merah mukanya ketika ini. Dani dipandang tajam.

"Hm nak apa ?"

"What the— awek mana kau rembat ni Izz ? Kau jangan macam-macam la. Nak aku bagitahu mummy ke ?" Dani masih memandang perempuan yang berselindung di belakang Izz. Macam kemal je. Memang dia tahu Izz ada rapat dengar seorang perempuan. Tapi dia tak tahu pulak siapa perempuan tu.

"Jangan libatkan mummy la. Kau nak kene belasah dengan aku ke ?" Dani tersengih. Ni dah kenapa garang semacam je.

"Tak payah la garang sangat. Aku gurau je. Kau kan abang kesayangan aku. Takkan la aku nak report mummy" Dani tersenyum comel. Dalam ayatnya, ada juga dia selitkan ayat perli.

"Kau nak apa datang sini ? Aku banyak kerja ni nak kena siapkan" Dani mencebik. Kerja la sangat.

"Aku nak ajak kau teman aku pergi tempah kek dengan ice cream untuk majlis adik tu. Majlis 2 hari lagi. Takut tak sempat"

"Kenapa tak call je ? Suka susahkan aku"

"Entah la. Ni arahan mummy. Bukan aku"

AMORE VELENOSO Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang