8

2.3K 97 0
                                    

"Assalamualaikum, Hara. Wey aku datang lagi ni. Kau memang tak nak bangun ke haih. Kesian aku sorang-sorang" Adu Hani. Walaupun Hara masih terbaring kaku di atas katil, dia tetap buat macam biasa.

"Lama betul kau tidur Hara. Macam-macam benda jadi kat universiti. Dah la kau tak ada pastu si Aina tu selalu ganggu aku. Memang betul-betul lalat la perempuan tu"

"Hara, semua orang dah tau kau adik Danial Amsyar weh. Aku paling tak boleh blah muka terkejut beruk Alisya Adriana tu. Sumpah kelakar gila" Hani tergelak sendiri.

"Eh kau ni diam je. Haih, penat aku cakap sorang-sorang. Macam orang gila. Wey Hara, semakin lama aku tengok kau ni kan, semakin kurus. Kau tidur lama sangat sampai badan kurus. Pipi pun semakin hilang tu. Bangun la wey"

"Kau mimpi apa weh sampai tak nak bangun ? Cerita la kat aku. Aku pun nak dengar kau merapu. Lama weh. Aku rindu kau, Hara. Bangun la. Bangun la, Hara" Hani menahan getaran pada suara.

"Hara, aku nak pergi beli makanan. Nanti aku datang balik" Hani berlari anak keluar dari ward. Air mata yang ditahan dihamburkan juga. Dari tadi dia sebak. Dari dia mula bercerita. Macam mana nak jaga Hara kalau dia pun tak kuat ?

Ya, aku dengar semua benda. Tapi aku geram kenapa aku tak boleh bagi respon langsung. Nak buka mata pun susah. Apatah lagi nak bergerak. Aku tahu Hani nangis tadi. Aku dengar. Dah banyak sangat aku susahkan Hani.

Aku cuba gerakkan jari aku. Aku cuba paksa diri aku buka mata. Walaupun susa, aku paksa jugak. Aku nak bangun dari katil ni. Aku nak jumpa anak aku. Ya, anak aku ! Mana anak aku ?!

Nafas aku tak teratur. Anak aku. Kepala aku asyik terfikirkan anak aku. Semakin laju nafas aku. Aku gerakkan jari aku dan aku berjaya ! Mata aku masih terpejam rapat. Berapa lama aku terbaring kat sini ? Mana anak aku ? Aku masih ingat aku mengandungkan anak aku dengan lelaki tak guna tu.

Tapi mana anak aku ?

Tak lama lepas tu, Aku terdengar bunyi beberapa tapak kaki berlari masuk ke dalam ward aku. Kenapa sebenarnya ? Aku cuma nak anak aku !

"Cik Hara" Suara seorang perempuan. Mungkin doktor. Aku tak sabar nak jumpa anak aku. Tak sangka pada usia muda begini aku dah mengandung, kan ?

"Cik Hara"

"Cik Hara" Keadaan yang gelap sepi mula memancarkan cahaya. Ya, aku dah nampak semua. Silau cahaya. Kenapa aku rasa lama sangat aku terbaring kat sini.

"Cik Hara dengar saya ?" Aku mengangguk perlahan. Dahaga. itu yang aku rasakan.

"A— air" Dengan laju, salah seorang jururawat itu menghulurkan segelas air. Doktor tadi membuang alat bantuan pernafasan. Aku meneguk air perlahan. Perit.

"Cik Hara okey ?" Aku mengangguk.

"Ke— kenapa dengan saya, doktor ?" Doktor itu memberi isyarat supaya beberapa jururawat itu keluar.

"Apa kata kalau Cik Hara rehat dulu ? Nak makan apa-apa ?" Aku menggeleng.

"Saya dah penat rehat, doktor" Doktor itu tersenyum. Aku melirik sekilas ke arah tanda nama di bajunya. Doktor Rina.

"Berapa lama saya terbaring dekat sini, doktor ?"

"Dah 2 minggu" Aku terkejut.

"Kenapa dengan saya ? Saya ingat yang saya pengsan lepas tu saya dah tak ingat apa-apa" Doktor itu seperti teragak-agak nak bagitahu aku.

"Anak saya sihat ke doktor ? Dia masih dalam ni kan ?" Aku tersenyum manis dan mengusap perut. Aku perasan perut aku semakin kecil tapi aku tak peduli.

"Cik Hara, anak awak tak dapat diselamatkan. Kandungan awak sangat lemah semasa tiba di hospital. Pihak kami dah cuba yang terbaik. Memandangkan keadaan awak yang lemah masa tu, peratus untuk selamatkan baby awak sangat la tipis dan mustahil"

Aku ingat. Aku ingat doktor pernah cakap aku mungkin tak boleh lahirkan dia. Peratus untuk lahirkan dia dengan selamat tu sangat sedikit.

"Maafkan pihak kami, Cik Hara. Sabar ya ? Saya minta diri dulu. Nanti nurse akan hantar makanan dan ubat" Aku tercengang seketika.

Jadi, anak aku dah tak ada ? Nyawa aku. Aku mengalirkan air mata. Anak aku dah tak ada. Nafas aku laju. Ya Allah !

Anak aku !

"Anak mama"

"Anak mama" Aku menangis sendiri di atas katil.

"Maafkan mama sayang. Mama tak mampu lahirkan sayang dengan sempurna. Ampunkan mama" Aku dapat rasakan semua ni seperti deja vu. Aku pernah rasakan kesakitan ni sebelum ni. di mana ? aku tak pasti.

Bagai dihimpit dengan batu besar, nafas aku tidak teratur. Mimpi tu. Mimpi di mana aku jumpa seorang perempuan menangis meratapi pemergian anaknya.

Ya, itu aku sendiri ! Keadaan aku sekarang sama macam perempuan di dalam mimpi aku. Ya Allah ! Aku tak kuat Ya Allah !

"Sayang tunggu mama dekat syurga, ya ? Mama janji akan terus kuat untuk sayang"

"Walaupun mama tak sempat jumpa anak mama, kasih sayang mama hanya untuk sayang sorang je. Mama mintak maaf" Aku hanya mampu mengusap perut aku yang pernah kandungkan nyawa aku.

AMORE VELENOSO Where stories live. Discover now