Hani terpaksa mengikut Dani dan Izz ke sebuah cafe untuk bagitahu semuanya. Tak lupa juga kehadiharan Aina di situ. Dia setuju kerana Aina mahu temankan dia. Nak harapkan Hani sorang-sorang dengan dua lelaki memang tak lah.
"Speak" Arah Izz. Dia jarang duduk semeja dengan perempuan tapi demi adik kesayangan, dia terpaksa. Dia bukan buaya macam Dani. Batasnya amat terjaga.
Hani memandang Izz yang merenungnya tajam. Kecut perut sebenarnya. Kenapa lelaki ni menakutkan ? Betul ke dia ni abang Hara ? Atau lelaki yang dah rosakkan Hara ?
Namun dalam keadaan takut Hani, ada sepasang mata yang seronok merenung jejaka sempurna di hadapannya. Siapa lagi bukan Aina yang gatal ? Siap dengan tongkat dagu lagi.
Aina tersenyum tenang memandang wajah kacak milik Izz. Hani yang perasan hanya buat bodoh. Patut la beria Si Aina ni nak teman. Ada udang di sebalik batu rupanya.
"Sabar la. Kau ni pun haih. Nama awak apa ?" Tanya Dani sopan.
"Nama dia Hani and nama i pulak Aina. Keep it in your mind" Jawab Aina laju. Eh minah ni bukan main, ek ?
"ehem" Hani berdehem sebelum membuka mulut untuk bercakap.
"Hara pergi Amsterdam" Dani berkerut. Buat apa dia kesana ? Pandai ke dia berdikari ?
Fikirnya Hara cuma ke Sabah. Tapi jangkaannya salah sekali bila adiknya pergi sejauh itu.
"Boleh saya tahu kenapa dia ke sana ?" Tanya Dani lembut. Nak tak nak, Hani terpaksa la bagitahu.
"Dia cuma bagitahu saya yang dia nak tenangkan fikiran, rawat hatinya yang luka" Izz mengeluh kesal.
'Kenapa sampai macam ni sekali, Hara ?'
"Maaf, saya dah halang Hara tapi dia tetap nak pergi. Saya tak boleh nak buat apa- apa kecuali hormat keputusan dia"
"Jadi selama ni dia tinggal dengan kau ?" Soal Izz sepatah. Hani mengangguk.
"Saya minta awak jangan ganggu Hara. Saya tahu dia adik awak tapi biarkan dia tenangkan diri dulu. Dia dah banyak sakit" Dani terasa mahu menangis tapi dia tahan perasaannya kerana ada perempuan di depannya.
Dia memang abang tak guna kan ?
"Macam mana keadaan dia masa dia tinggal dengan awak ? Hara okey je kan ?"
Hani tersenyum hambar.
"Dia selalu menangis. Sampai satu saat, dia buat keputusan untuk- bunuh diri" Tersekat suara Hani saat ceritakan itu. Dani dan Izz tersentak. Astaghfirullah !
"Makan, minum semua tak disentuh. Saya selalu pujuk dia. Cuba ingatkan dia yang dia sedang mengandung. Lepas tu, baru dia okay. Semakin hari, semakin. Katanya, nak jadi mama yang baik kepada anak dia" Izz dan Dani tersenyum hambar. 'Anak Hara'
Hani menarik nafas seketika.
"Baby okay ?" Hani tercengang. Betul ke mereka ni tak tahu apa-apa ? Ya Allah.
"Baby hm- dah tak ada"
"Macam mana-" Dani meraup wajah kesal.
"Doktor dah bagitahu dia yang baby tu mungkin tak boleh dilahirkan. Tersangatlah mustahil untuk selamatkan kandungan dia. Jadi, doktor sarankan untuk gugurkan sebab ia boleh bagi kesan kat nyawa Hara juga"
Tapi macam biasa la, Hara degil. Nak juga jaga kandungannya. Hara cakap anak dia satu-satunya tujuan untuk dia terus hidup. Jadi dia jaga kandungannya macam normal" Hani mengalirkan air mata tanpa sedar. Teringatkan penderitaan Hara.
"Sampai la pada hari tu, Hara nak pergi jumpa lelaki tu. Dia tebalkan muka jumpa lelaki tu. Minta supaya lelaki tu bertanggungjawab. Tapi entah macam mana ada orang call saya bagitahu Hara di hospital"
Izz tekun mendengar. Perasaanya bercampur baur.
"Saya ke hospital dan doktor cakap baby tak dapat diselamatkan sebab kandungan Hara masih baru. Hara pula tak sedarkan diri berminggu-minggu. Sampai doktor cakap harapan Hara untuk bangun tu mustahil" Dani mengetap gigi. Dia tak sangka sampai macam ni sekali jadinya.
Sepatutnya dia halang Hara pergi. Jaga Hara di rumah. Pujuk mummy supaya terima Hara semula. Tapi dia cuma mampu lihat Hara pergi tanpa halangan yang keluar dari mulut. Dia kecewa. Sumpah kecewa dengan diri sendiri.
"Minggu lepas, Hara dah sedar. Meracau dia bila tahu anak dia dah tak ada. Lepas tu, terus dia bagitahu saya yang dia nak pergi dari sini"
"Ya Allah" Ucap Izz perlahan. Kesian adiknya. Dia terlalu muda untuk lalui semua ni. Dia sepatutnya memberi sokongan, bukan membiarkan Hara pergi.
Nampaknya tugas dia sebagai ketua keluarga selepas daddy meninggal, tak dapat dijalankan dengan baik.
'Daddy, Izz gagal'
"Saya harap awak tak ganggu Hara dulu buat sementara ni. Biarkan dia ambil masa dulu, boleh ?" Dani mengangguk dengan senyuman plastik.
"Tolong jangan bagitahu dia apa-apa. Dia dah banyak tersakiti. Cukup la lukakan hati dia. Kesian Hara" Sambung Hara lagi.
"Kalau tak ada apa-apa, saya balik dulu la. Jom aina" Aina ditarik spontan.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam. Terima kasih Hani" Hani mengangguk seraya tersenyum tipis.
YOU ARE READING
AMORE VELENOSO
Krótkie OpowiadaniaGENRE : ROMANCE START : PKP "Tolong la bertanggungjawab, Faiq. Anak kita tak ada salah apa-apa pun. Tolong, saya merayu kat awak. Kalau awak suruh saya cium tapak kaki awak, saya sunggup asalkan awak nak bertanggungjawab" "Budak tu bukan anak aku...