22

2.3K 84 4
                                    

"Dah siap ? Ada yang tertinggal ?" Aku tersenyum sebelum menggeleng. Ya, hari ni aku akan bertolak ke Malaysia. Entah kenapa hati aku jadi gusar untuk bersemuka dengan abang dan mummy. Aku takut. Betul ke abang dan mummy dah maafkan aku ? Aku mengeluh bila terlalu fikirkan hal ni.

Aku berserah kepada Allah sahaja. Aku nak jumpa mummy. Aku rindu diorang. Sangat.

"Hara, okay tak ?" Aku mengangguk.

"Kau nampak sedih"

"I okay, Ryan. Maybe i banyak sangat fikir pasal mummy i" Ryan mengusap bahu aku.

Aku pun pelik macam mana Ryan boleh tahu aku sedih. Sedangkan aku pakai mask. Nampak sangat ke mata aku ni ? Semalam aku tak dapat tidur dengan lena. Perasaan risau menguasai hati aku.

"Jangan fikirkan sangat. Mummy kau okay. Trust me" Aku mengangguk sahaja. Malas nak berpanjang-panjang.

"Dah makan ke ?" Aku menggeleng. Aku nampak Ryan memandang aku tajam.

"Kau ni suka sangat skip makan. Nak mati ke apa ni ? Kau nak makan apa ? Aku belikan" Pandangan tajam Ryan aku hiraukan. Suka betul marah.

"Takpe la Ryan. I kenyang lagi. Semalam i dah makan"

kuk !

"Ryan !"

"Padan muka. Tunggu sini kejap. Jangan nak merayau. Kalau aku datang sini kau tak ada, siap kau" Aku menjeling. Sejak bila dia jadi overprotective sangat ni. Mungkin sebab Sabrina dah tak ada kat sini kot.

Aku buka aplikasi intagram untuk bagitahu abang yang aku bertolak harini. Teragak-agak nak send. Nafas ditarik lalu dihembus perlahan.



abang, adik balik harini



Aku pejam mata lalu button send ditekan. Tak sampai seminit, abang reply. Aku menggeleng perlahan. Abang Dani tak pernah berubah. Dari dulu sampai sekarang, cepat je reply.

Harini ?! Serious ? Nanti sampai bagitahu abang. Can't wait to see you, little princess


Air mata mula berlinangan. Selepas apa aku buat, abang masih tak berubah. Sikit pun tak berubah. Ingat kan abang dah cari adik lain. Aku tersenyum kecil.

"Ha, apa tu senyum-senyum ? Tak sabar ke jumpa boyfriend kat Malaysia ?" Ryan mengecilkan mata. Aku tersengih. Aku pandang Ryan sebelum otak aku berfungsi menghasilkan satu idea jahat. Maaf, Ryan. Bukan selalu boleh usik you. Aku menahan gelak.

"Haah. Tak sabar jumpa dia" Ryan terdiam seketika. Aku dipandang lama. Aku tak nampak sangat muka Ryan. Ya lah, pakai mask, rambut sarang burung dia tu tutup dahi. Dua biji mata dia je yang nampak.

"Kau cakap kau single. Apa ni Hara ?" Aku tergelak. Dah tak tahan. Nanti tak pasal-pasal merajuk.

"You tanya i tahun lepas, Ryan. Tahun ni i dah ada boyfriend" Aku gelak lagi dan lagi.

"Diam la Hara. Benci kau" Dia memusingkan wajah dari aku. Eleh, merajuk pulak.

"Ryan" Sekali lagi aku gelak terhibur dengan perangai Ryan yang macam budak-budak.

"Diam la Hara. Dari tadi kau gelak" Ok, Ryan versi dingin buat come back. Aku diam seketika sebelum menarik hujung baju dia perlahan.

"Nak apa ?"

"Jangan la marah. I gurau je la"

AMORE VELENOSO Where stories live. Discover now