Aku turun ke tingkat bawah lepas selesai bersihkan diri dan solat. Kelihatan Abang Dani dah balik. Dia sedang duduk di sofa layan game. Aku mencebik sedikit.
"Ha, dah bangun adik abang yang pemalas" Aku duduk di sebelah Abang Dani dan memerhati dia bermain game.
"Mana ada adik tidur" Tipu aku.
"Macam la abang tak tau. Mummy dah bagitahu okey" Aku menjeling Abang Dani manja.
"Yelah yelah. Hishh" Abang Dani tersenyum menang melihat aku mengalah.
"Mana kek dengan coklat yang adik suruh abang beli tadi ?"
"Tu ada kat dapur" Aku mengangguk. Argh, craving !
"Abang, jom la makan sekali" Dia mengangguk tapi tangan dan mata masih fokus dengan game.
"Adik pergi la dulu. Nanti abang join" Aku memukul lengan dia geram. Tak habis-habis dengan game !
"Abang, jom lah. Asyik main game je. Menyampah la abang ni" Aku merungut geram.
"Ye kejap. lagi 4 orang yang hidup"
"Haih, abang ni !" Dia memandang aku sekilas sebelum menghela nafas. Dia meletak phone dia di atas meja lalu menarik tangan aku supaya bangun. Nak pujuk la tu !
"Ok dah, jom la" Aku menjeling dia tajam. Aku pantang betul dengan laki yang suka main tak ingat dunia.
"Alalala princess abang ni. Merajuk pulak. Dah la jom, nanti tak comel" Aku tetap keraskan badan aku.
"Cepat lah. Nak abang makan semua ke ?" Aku menggeleng laju sebelum berlari ke meja di dapur. Kelihatan mummy sedang memasak. Aku tersengih.
"Ha anak dara, dah bangun ?" Soal mummy. Aku tersenyum hambar. Anak dara ? Aku ni dalam kategori anak dara lagi ke ? Cepat-cepat aku senyum manis. Nak tutup sedih punya pasal.
"Maaf mummy. Ada apa-apa yang Hara boleh tolong ?" Mummy menggeleng dengan senyuman.
"Tak payah la sayang. Dah nak siap ni" Aku mengangguk.
"Adik, ni. Abang dah potongkan untuk adik" Aku tersengih. Kek yang terletak elok di atas pinggan aku ambil dan laju menyuap dalam mulut.
"Makan la dengan syaitan. Bismillah pun tak ada" Perli Abang Dani. Aku tergelak kecil sebelum membaca bismillah kuat.
Selepas beberapa suap kek masuk dalam perut aku, rasa mual datang balik. Laju aku berlari ke tandas dan melepaskan muntah. Aku mengeluh. Ya Allah, kenapa ni ?
Abang dani menghampiri aku dengan wajah risau.
"Adik okey" Bagitau aku ringkas.
"Kenapa ni Hara ? Tak sihat ke ?" Aku mengangkat bahu tanda tak tahu.
"Tadi pun Hara dah muntah sekali. Ni kali kedua" Mummy menghela nafas.
"Dah, kita pergi klinik" Aku mengangkat kening.
"Hara pergi siap-siap. Dani pun ikut sekali jadi driver mummy" Mummy tergelak dapat kenakan Abang Dani.
"Tak payah la mummy. Menyusahkan ke. Hara okey ke" Mummy laju menggeleng.
"Cepat tukar baju" Abang Dani bersuara. Nak tak nak kena pergi jugak la nampaknya.
Aku mendaki tanggan dengan malas. Muntah pun nak kena pergi klinik ke ? Haih mummy ni.
**
"Alhamdulillah anak puan mengandung 3 minggu" Aku tersentak. Jantung aku bagaj nak gugur. Berdebar-debar yang sangat hebat. Mummy disebelah aku pandang. Wajah mummy kelihatan sangat terkejut.
YOU ARE READING
AMORE VELENOSO
Короткий рассказGENRE : ROMANCE START : PKP "Tolong la bertanggungjawab, Faiq. Anak kita tak ada salah apa-apa pun. Tolong, saya merayu kat awak. Kalau awak suruh saya cium tapak kaki awak, saya sunggup asalkan awak nak bertanggungjawab" "Budak tu bukan anak aku...