12

2.5K 85 0
                                    

"alhamdulillah, sampai jugak !" Aku tersenyum gembira. Ramai betul orang kat sini. Dalam hati, aku bersyukur kerana selamat sampai di bumi Netherlands.

Aku pandang sekeliling. Aku pernah sampai sini dulu dengan mummy dan abang. Tapi sekarang, hanya aku sorang. Aku menggeleng kepala hilangkan bayangan tu.

Aku datang sini nak mulakan hidup baru. Tak nak kenangkan benda dah lepas.

Nasib baik aku dah aturkan semua benda sebelum aku sampai sini. Sekarang, aku cuma perlu pergi ke homestay yang aku dah sewa kat Jordaan, Amsterdam.

Aku tarik beberapa bagasi aku yang besar. Aku punya barang ni macam dah tak nak balik lagi. Aku tergelak kecil. Mungkin tak nak balik dah. Aku ingat nak stay sini terus.

Aku keluar dari lapangan terbang yang besar ni lalu melangkah ke arah taxi yang dah sedia ada menunggu penumpang.

"Hye uncle" Aku tersenyum manis.

"Hello miss. Where are you going ?"

"Jordaan" Uncle tu mengangguk dengan senyuman lalu menolong angkat barang barang aku yang sebesar anak gajah.

Sepanjang perjalanan, Aku pandang kiri kanan. Semakin cantik sekarang ! Ah excited gila !

"Where are you from, miss ?" Aku tersenyum nipis. Mungkin uncle ni nak hilangkan suasana krik krik dalam kereta ni.

"Malaysia" Uncle tu mengangguk.

"Are you alone ?" Aku hanya menjawab sahaja soalan uncle ni. Boleh bawak sembang jugak uncle ni.

"You're here to study or what ?"

"I think so. By the way, is it hard to find a job here ?"

"Kinda hard. But since you still a student, i think it's better for you" Aku mengangguk faham. Aku terfikir nak cari kerja. Takkan aku nak tinggal kat sini harap duit abang bagi tiap bulan.

Ya, aku guna duit yang Abang Izz masukkan setiap minggu. Nasib baik arwah daddy ada tinggalkan duit untuk aku sebelum dia meninggal. Aku tak pernah guna duit tu dan sekarang baru aku guna.

Tambah lagi dengan duit Abang Izz bagi. Makin banyak lah. Aku bukan jenis suka shopping sangat dan boleh la setakat berjimat tu. Disebabkan aku dah hidup sorang-sorang, nak tak nak kena survive jugak.

Aku tak nak guna duit Abang Izz pada awalnya tapi dah aku terdesak sangat nak tinggal kat sini, terpaksa la terima je.

Nanti sambil-sambil aku sambung belajar kat sini, boleh la aku cari kerja part time. Aku dah tak nak harap duit Abang Izz. Apa yang aku boleh janji pada diri aku, aku akan study betul-betul kat sini lepas tu aku terus cari kerja yang sesuai dengan bidang aku.

"Where is your homestay, miss ?"

"Mr Jordaan Hotel. Drop me there"

"Okay, as your wish" Aku tersenyum.

"Uncle, can you wake me up when you arrive there ? I'm sleepy" Aku membuat muka kesian. Uncle tu hanya tergelak dan mengiyakan sahaja permintaan aku.

***

Aina berjalan-jalan sekirat shopping mall. Sesekali dia masuk ke dalam beberapa buah kedai. Entah, semua tak kena dengan taste. Tak tahu nak beli apa sebenarnya. Cuma pusing-pusing dan kalau ada yang menarik perhatian, terus disambar.

"Apa benda ni semua kedai tak ada baju cantik cantik ? Bagi la sikit style latest. Ni macam mak cik-mak cik. Menyampah betul" Bebel Aina geram.

Buk !

"Auch" Aina memandang perempuan yang melanggarnya. Atau lebih tepat lagi, perempuan yang dilanggar Aina.

"You ni dah kenapa ? Buta ke i tengah jalan kat sini ?" Herdik Aina geram. Kisah pulak salah dia. Yang pasti sekarang ni, dia tengah stress gila jalan-jalan dalam mall ni tanpa niat.

"Seriously ? Eh perempuan, you yang langgar i, tau ? Say sorry now !" Aina mengerutkan dahi sebelum dia ketawa. Amboi, perempuan ni ! Dia tak kenal lagi siapa aku ?

"What ? Perempuan ? Excuse me. I ada nama okey. Aina Amelia Tan Sri Imran. Keep it in your mind, slut" Jeling Aina menyampah.

"Aina Amelia ? Really ?! Oh my god ! Sorry, i tak perasan you're here. Your outfit nampak macam murah. Macam bukan Aina Amelia yang orang selalu cakap" Aina mengetap gigi tahan geram. What the fuck ?

"So my outfit ada kena mengena dengan you lah ?" Aku tampar kang perempuan ni. Dah la make up tebal nak mampus.

"Sorry Aina. I didn't mean to hurt you but i'm just saying the truth. Btw, i'm your fans, Aina" Aina memandang dengan menyampah. Seriously ? Tadi hina lepas tu cakap fans aku. Oh my goshhh !!

Sebenarnya, Aina ni famous sebab dia kaya, cantik, anak tan sri dan intafamous. No wonder la kalau ramai minat dia. Tapi satu je Aina tak suka. Ramai-ramai orang yang nak kawan dengan dia semua fake. That's why dia selalu ganggu Hara dan Hani.

"Eh tepi lah ! Menyampah !" Baru sahaja Aina nak melangkah dari situ, perempuan tu tarik tangan Aina sampai tertarik ke belakang.

"What's wrong with you, bitch ? I tak kenal you tau ? Who are you suka-suka je nak pegang i ? Euw disgusting !" Aina tolak kasar perempuan di depannya. Padan muka ! Kau hina sangat aku kan. Serves you right, bro !

"Hey, what's going on ?" Aina berpaling ada suara lelaki menegur dari belakang.

"Baby, dia tolak i ! Sakit !" Perempuan tu tersenyum jahat. Eh gediknya perempuan ni !

"What ?" Lelaki tu pandang Aina sebelum Aina turun memandang lelaki itu.

Ssuppp !!!

eye contact, damn.

Dia, lelaki yang baru masuk dalam list lelaki idaman Aina. Kenapa dia ? So, dia boyfriend perempuan gedik ni ? Seriously ? Aina tersenyum nipis. Tak sangka lelaki ni dah berpunya. Lagi-lagi dengan perempuan macam tu.

AMORE VELENOSO Where stories live. Discover now