34

2.3K 93 5
                                    

Alisya memandang tunangnya yang dari tadi diam. Mata dipejam rapat bila kereta yang dipandu Faiq melebihi had laju.

"Sayang, slow down" Faiq hanya diam tanpa membalas apa-apa. Otaknya masih terfikirkan perempuan yang dah dianggap mati 5 tahun lepas. Pelbagai tanda soal dalam kepalanya bila perempuan itu muncul semula.

"Faiq ! You nak bunuh i ke ?!" Alisya meninggikan suara. Dia sudah tak tahan lagi. Kalau kemalangan macam mana ?

"Diam" Alisya terdiam. Wajah Faiq dipandang dari tepi. Dia merengus geram. Ni soal keselamatan aku juga !

"Faiq ! kalau you nak mati sangat, pergi mati sorang-sorang. You lupa ke i ada sekali dalam kereta ni ?!" Jerit Alisya lagi.

"Diam la perempuan !" Tersentak Alisya bila Faiq menengkingnya. Kali pertama.

Pantas sahaja kereta diberhentikan di tepi jalan. Alisya memandang kiri dan kanan.

gulp !

"Faiq, kenapa you stop ni ? Jalan la i takut la" Faiq hanya tersenyum sinis.

"Tadi kau jugak yang memekak. Sekarang aku nak kau turun dari kereta aku" Ujar Faiq keras. Badan Alisya terketar setelau mendengar arahan Faiq. Takkan la dia berani biarkan aku sorang-sorang dekat sini ?

"Jangan la macam ni Faiq. You tak takut ke kalau papa you marah sebab tinggalkan i dekat sini sorang-sorang ?" Ugut Alisya. Memang tak lah nak turun. Kiri kanan dipenuhi hutan. Lampu jalan pun malap je.

Faiq menggenggam tangannya kuat. Alisya dipandang tajam.

"Kau jangan sebut lah nama orang tua tu depan aku ! Kau keluar sekarang sebelum aku bunuh kau dekat sini. Keluar la bodoh !" Kepala Alisya ditolak kuat sehingga terhantuk pada tingkap kereta.

"Faiq you dah ke-"

"Kau ni memang tak faham bahasa kan ? Kau tunggu" Faiq keluar dari keretanya sebelum menarik Alisya kasar disebelah pintu penumpang. Ditolaknya Alisya kasar sehingga jatuh terduduk di tanah.

Alisya menggigil ketakutan. Faiq dipandang penuh simpati.

"Sayang, jangan tinggal i dekat sini. I tunang you tau. Please, i'm sorry" Rayu Alisya bila Faiq mula melangkah untuk pergi dari situ.

"Faiq ! I call papa you !" Faiq mengetap bibir geram. Nafas direngus kasar.

Pap !

Alisya terkejut bila Faiq tiba-tiba menamparnya kuat. Alisya memegang pipi yang terasa kebas.

"Faiq, i-" Dagu Alisya dicengkam kuat.

"Aw sakit lah" Faiq tersenyum sinis sebelum menguatkan lagi cengkamannya.

Air mata mengalir perlahan. Sumpah aku takut dengan Faiq sekarang. Ni bukan Faiq yang aku kenal ! Faiq tak pernah pun tengking aku apatah lagi nak sakitkan aku.

"Aku dah cakap jangan sebut nama orang tua tu. Kenapa kau degil sangat ha ? Kau memang sengaja nak cabar aku kan perempuan ? Hey, kau dengar sini ! Aku dah lama tau sabar dengan perangai kau. Aku sabar, sabar dan sabar. Jangan sampai aku kerat badan kau satu persatu"

Nafas Alisya kini laju. Dada berombak kuat. Tak, ni bukan Faiq ! Bukan ! Mulutnya seperti terkunci manakala badan menggigil takut dengan ugutan Faiq.

"So Alisya, jangan tunjuk lagi muka kau depan aku kalau kau masih nak tengok dunia" Faih tersengih melihat muka Alisya yang ketakutan. Dirapatkan jarak muka mereka sebelum Faiq membisikkan sesuatu.

"Aku jijik dengan perempuan macam kau. Slut" Lantas itu, sekali lagi kepala Alisya ditolak kasar.






"Kau pergi mana hah ? Sekarang baru nak balik ?" Soal Tan Sri ikhmal. Faiq membuat muka menyampah. Lepas satu-satu masalah datang. Sekarang, tambah lagi. Makin semak otak aku.

"Abang, tak payah tanya la budak tak guna ni. Dia tak akan jawab" Faiq mengetap bibir geram. Datin Maria hanya tersenyum sinis.

"Kau ni Faiq dari kecil sampai besar selalu susahkan aku. Kau nak jadi apa hah ? Baik kau mati je lah !" Faiq tersengih. Dah selalu sangat dia dengar. Ayat yang sama sahaja.

"Sebelum aku mati, aku akan pastikan kau yang jumpa malaikat maut dulu" Jawab Faiq tenang.

Pang !

Faiq tersenyum lagi.

"Satu je ke ? Kenapa tak tampar aku sampai esok ? Tampar lah !" Faiq mula meninggikan suara. Sabar, sabar jugak. Harap kau bapak aku je, kalau tak dah lama aku tanam kau dalam tanah.

"Faiq, kau jangan nak kurang ajar dengan papa kau eh. Susah sangat ke nak hormat dia ?!" Tengking Puan Sri Maria bila Faiq meninggikan suara. Tiba-tiba Faiq ketawa kuat. Lucu pula bila dengar ayat mamanya.

"Hormat ? Oh, aku perlu hormat orang tua macam korang ke ? Eh perempuan ! Kau lupa ke macam mana kau dengan dia layan aku ?! Dari kecil sampai besar sedikit pun aku tak pernah dapat kasih sayang mak ayah aku sendiri ! Apa kau buat selama ni cuma pukul, pukul, pukul dan sekarang aku nak tanya kau. Perlu ke aku anggap kau sebagai mak ayah aku ? Setahu aku, aku tak pernah ada mak dan ayah"

Seketika Puan Sri Maria terdiam. Selama ni, Faiq tak pernah tinggikan suara. Apa yang dia tahu hanya bersabar dan bertenang je bila dimaki dan dipukul. Tapi, sekarang ? Kenapa dengan Faiq ? Beribu soalan berlegar di fikirannya.

"Kau keluar sekarang dari sini ! Semak aku tengok budak tak guna macam kau !" Faiq memandang Tan Sri Ikhmal tajam.

"Aku pun tak ingin la nak jejak kaki kat neraka ni. Cuma satu aku nak bagitahu. Pergi la ambik bakal menantu kesayangan kau tu. Kan tak pasal-pasal kena culik" Puan Sri Maria membulatkan mata bila Alisya disebut.

"Abang ! Apa dia cakap ni ?"

"Location nanti aku bagi. Oh lagi satu. Aku dengan perempuan sundal tu dah tak ada apa-apa. Jadi jangan paksa aku itu ini. Aku tak nak. Syarikat kau pulak, aku dah tak nak urus. Tu kau punya masalah la kan. And last, aku dah tak nak ada kaitan lagi dengan kau" Jari ditunding ke arah Tan Sri Ikhmal seterusnya Datin Maria.

"Anggap je anak yang kau selalu pukul dulu dah mati. Dah tak ada dalam dunia ni. Kau muncul depan aku, sumpah aku cabut nyawa kau"

Selesai menuturkan ayat terakhir, kakinya laju melangkah keluar dari rumah tiga tingkat itu. Hatinya membara namun dalam masa yang sama tenang selepas luahkan apa yang dia pendam selama bertahun-tahun.

"I did it" Bisik Faiq perlahan. Dia tekad dengan semua ni.

AMORE VELENOSO Where stories live. Discover now