"Best la movie tadi ! Arhh hero dia sweet gila !" Hani tersenyum seorang diri teringatkan movie yang baru kitorang tengok.
"Boleh la" Aku menyokong kata-kata Hani.
"Aku tak suka ! Perempuan tu sepatutnya dengan second lead. Tapi kenapa ending dia, lelaki tu mati ? Hero dia tak handsome ! Not my taste" Aku mengemam bibir. Dah mula dah.
"Haah Aina, aku pun suka second lead tu jugak" Aku tiada pilihan lain selain menyokong Aina. Kalau tak, mengamuk la nanti. Hani memendam hasrat nak hempuk kepala Aina.
"Oh ya ! Nak pergi mana pulak ni ?" Soal Hani tak sabar nak jalan-jalan lagi.
"Haaa !! Secret recipe" Aina menarik tangan aku dan Hani serentak supaya mengikut langkahnya. Aku memandang Hani sebelum memberikan pandangan yang hanya aku dan Hani tahu maksudnya.
Sampai di Secret recipe, kami duduk di meja hujung. Kata Aina, nak privasi
dengan kawan. Celah mana yang privasi pun aku tak tahu."Sedapnya !" Jerit Aina. Sumpah aku cakap, keluar ngan Aina macam keluar dengan budak kecik. Siapa yang jadi suami Aina ni, sumpah malang gila hidup.
"Sedap jugak. Hara, nak rasa kau punya" Aku mengangguk. Tak sia-sia jugak Aina heret datang sini. Boleh belikan untuk mummy dan abang sekali. Entah kenapa sejak kebelakangan ni, aku teringin sangat nak makan manis. Jarang perut aku mintak tapi entah la. Pelik.
"Hani, rasa la yang aku jugak" Hani apa lagi. Peluang, rembat je la. Pelik betul Aina ni. Ingatkan kedekut, tapi tak. Maklumlah, ni first time aku dan Hani keluar dengan Aina.
"Ok la. Dah ke ? Jom la balik"
"Ha jom !" Kami bertiga melangkah keluar. Tak lama lepas tu, aku dengar Aina jerit perlahan.
"Kau kenapa ?" Aina menggeleng sebelum menunjuk ke arah yang dia pandang tadi.
Aku segera pandang ke sana dan hati aku kosong. Faiq.
"Handsomenya !" Aina dah terjerit-jerit di tepi aku. Aku pandang Faiq. Rindu tapi aku tak boleh buat apa-apa. Kelihatan seorang gadis di tepinya. Oh ! Perempuan haritu. Masa aku dengan Faiq gaduh, perempuan ni ada kat atas katil.
Aku menahan perasaan sebak. Aku ingatkan perempuan ni cuma maina Faiq jugak tapi nampaknya mereka macam serious. Air mata yang nak jatuh ditahan.
"Dah la jom !" Hani menghentikan bayangan Faiq di minda aku. Aku mengangguk. Aina tak habis-habis pandang Faiq. Aku akui Faiq handsome tapi tak guna kalau perangai tak guna.
"Adik !" Aku memandang ke arah gerangan yang memanggil aku. Abang Dani. What ?! Apa dia buat kat sini dan kenapa dia tegur aku ? Haduh !
Aina dan Hani memandang aku pelik. Aku tersenyum hambar. Abang Dani dipandang geram.
"Abang buat apa kat sini ?" Aku tersengih kekok. Semua sebab Hani dan Aina pandang aku.
"ABANG ?!" Tanya mereka terkejut. Aku dah agak ! Ni aku paling malas. Kenapa la Abang Dani gatal sangat nak tegur aku masa aku dengan kawan aku. Tak boleh ke pura-pura tak nampak. Siap dia balik rumah nanti !
"Hara, seriously ?! Danial Amsyar ni abang kau ?" Aku mengangguk terpaksa. Abang Dani tersengih memandang aku. Dah sedar la tu kesalahan dia.
Ya, aku rahsiakan hubungan aku dengan Abang Dani kat universiti. Abang Dani ni memang ramai peminat kat universiti and yes ! Dia memang famous.
Tak ada orang tahu aku adik Danial Amsyar. Aku menyampah dengan fans Abang. Dalam masa yang sama, aku malu. Abang Dani pujaan semua orang tapi aku ? Sampah. Buruk ! Mesti Abang Dani akan dihina sebab ada adik kolot macam aku.
"Kenapa kau tak pernah bagitahu aku, do ? Sampainya hati kau !" Aina masih lagi dalam fasa tak percaya. Mesti dia nak kutuk aku tu.
"Abang buat apa kat sini ?"
"Jalan-jalan. Pastu abang nampak adik. Tu yang abang tegur. Dah nak balik eh ?" Aku mengangguk.
"Ye, nak balik la ni"
"Balik dengan abang je la. Kesian kawan adik nak kena hantar kat rumah pulak" Aku mengangguk setuju. Kek yang berada di tangan aku serahkan kepada abang. Tak lupa juga beberapa baju yang aku selamat beli tadi.
"Aku balik dengan abang aku je la eh. Drive elok-elok, Hani. Jumpa esok !" Hani hanya mengangguk.
"Hani, hantar Aina sampai rumah dia eh ? Jangan tinggal dia kat Uni pulak" Hani tergelak. Tahu-tahu je niat dia nak tinggalkan Aina kat universiti.
"Ok, aku pergi dulu tau. Bye !" Aku menarik baju Abang Dani kasar sebelum mencubit lengan dia geram.
"Aduh aduh ! Sakit lah !" Dia menepuk perlahan kepala aku.
"Apa abang ni ? Kan adik dah cakap jangan bagitahu orang. Kenapa susah sangat ? Menyampah la abang ni !" Aku memukul Abang Dani lagi. Geram betul.
"Abang tak sengaja. Mula-mula abang nampak adik sorang. Lepas tegur baru abang perasan ada kawan adik sekali. Bukan salah abang"
"Lagi nak tutup kesalahan dia. Bagitahu Abang Izz !" Abang Dani membulatkan mata. Aku tahu dia pantang kalau aku ugut nak mengadu kat Abang Izz. Nanti dia kena ceramah percuma.
Walaupun mereka rapat, aku tetap nombor satu, okay ? Satu-satunya adik perempuan dan paling disayangi lebih.
***
"Mummy, Hara dah balik !" Jerit aku sebelum berlari ke dapur. Memang rutin harian aku. Balik je terus ke dapur.
"Ha dah balik pun. Hara pergi mana ?"
"Hara keluar dengan Hani dan Aina tadi. Tengok movie, makan-makan" Mummy mengangguk faham.
"Hani hantar Hara ke ?" Aku menggeleng.
"Hara balik dengan Abang Dani. Terserempak kat Mall tadi"
"Laa, mana Abang Dani ? Jom la makan sekali"
"Ada kat luar lagi kot. Abang ! Abang ! Mummy panggil makan" Jerit aku dari dapur. Tak lama lepas tu, muncul Danial Amsyar dengan kek yang aku beli tadi dan beberapa beg kertas.
"Nak letak kat mana ni dik ?" Tanya Abang dani lembut. Ni mesti nak pujuk aku. Dah agak dah !
"Letak je depan tv. Nanti adik ambik la. Mummy, Abang Izz tak balik lagi ?" Belum sempat mummy menjawab, satu suara mencelah.
"Ha, ada apa ?" Kelihatan Abang Izz yang baru siao mandi duduk di meja makan.
"Awalnya abang balik ?" Dia mengangguk.
"Kek siapa ni ? Abang nak" Minta Abang Izz.
"Ambik la, Hara beli untuk abang, mummy" Abang Izz tersenyum.
"Baik hati betul. Selama ni kedekut" Aku membuat muka.
"Mana ada kedekut. Kedekut tu Abang Dani. Bukan Hara" Abang Dani yang baru sampai di meja makan menjentik dahi aku.
"Apa abang ni ? Dah lah buat Hara marah pastu lagi nak cari gaduh" Abang Dani menjelirkan lidah.
"Tu la kutuk abang lagi. Dosa tau" Aku memandang Abang izz meminta simpati.
Abang Izz ketawa bila aku minta pertolongan dia. Dia berdehem beberapa kali."Dah-dah la tu Dani. Kau lelaki ke perempuan ?" Dani membuat muka menyampah bila Abang Izz berada di pihak aku dan selamanya menyebelahi aku. Rambut aku di tarik sebelum melarikan diri ke arah mummy. Aku menjerit geram.
![](https://img.wattpad.com/cover/258352968-288-k470536.jpg)
YOU ARE READING
AMORE VELENOSO
Short StoryGENRE : ROMANCE START : PKP "Tolong la bertanggungjawab, Faiq. Anak kita tak ada salah apa-apa pun. Tolong, saya merayu kat awak. Kalau awak suruh saya cium tapak kaki awak, saya sunggup asalkan awak nak bertanggungjawab" "Budak tu bukan anak aku...