26

2.2K 66 2
                                    

Loceng rumah yang berbunyi tanpa henti membingitkan suasana tenang Ryan. Dada turun naik menahan geram yang ketara. Dengan carutan, kakinya melangkah ke arah pintu utama rumahnya.

"Kau nak apa sial ? Dah hilang otak ke sampai nak memekak kat rumah aku ?!" Hambur Ryan kasar.

Buat apa nak berlembut kalau dari awal lagi dia dah tahu siapa yang buat bising daripada tadi. Hampir satu jam dia tahan sabar.

"Aku pulak yang tak ada otak ? Cakap la kat diri kau sendiri. Satu jam aku tekan loceng ni. Bukannya nak tolong buka pintu. Nak cakap tidur, memang tak la. Kau ingat aku buta ke sampai tak nampak kau intai aku dari dalam ? Bangang" Balas Dani dengan muka mengejek.

"Kau nak apa ? Kalau nak sakitkan hati aku, baik kau balik. Aku tak nak tengok muka kau" Halau Ryan geram.

Sakit hati bila tengok muka Dani yang seakan-akan mengejek.

"Wow chill ah. Yang kau marah-marah ni dah kenapa ? Period eh ? By the way, normal la kan kalau kawan datang rumah kawan. Kita kan dah lama tak jumpa. Takkan la kau tak rindu aku"

Dani tersengih. Perkataan kawan sengaja ditekan.

"Pergi balik sebelum aku sepak kau kat sini. Blah" Ryan mengeraskan nada suara.

"Oh kau halau aku ? Ryan, kau jangan ingat aku tak tahu tau. Dengan adik aku, boleh pulak berlembut. Risau-risau bagai. Abang dia ni, layan macam taik"

Ryan tersenyum sinis bila Hara disebut. Tak jumpa 2 hari pun dah rindu.

"Suka hati aku la. Aku nak adik je. Bukannya nak abang" Dani terpana seketika. Haih, Ryan ni dah lebih ni.

"Nak adik, kena dapat restu abang" Jawab Dani tak mahu kalah.

"Buat apa nak dapat restu abang kalau aku boleh dapat restu mak kau terus ?" Ryan tersenyum senget bila Dani tayangkan wajah cemberut. Kalah la tu. Padan muka !

"Arghh, suka hati kau ah ! Ha ni ambik. Hara bagi !" Ryan mengalihkan matanya ke arah beg kertas di tangan Dani. Kening diangkat.

"Apa benda ni ?" Dani tayang muka bengang.

"Tak nak sudah. Aku boleh sedekah dekat orang tepi jalan tu" Sejurus itu, Ryan menyambar beg kertas di tangan Dani laju.

"Ok dah. Kau boleh pusing belakang pastu balik rumah kau. Jangan datang lagi" Dani menjeling. Lelaki ni memang dari dulu tak pernah berubah. Sangat menyakitkan hati.

"Aku ingat ada la jugak orang tu nak ajak aku masuk rumah, lepak-lepak. Last, kena halau pulak. Kau tunggu eh. Ada ubi, ada batas. Ada hari, aku balas, Kau tunggu eh Ryan. Siap kau nanti"

Ryan menayangkan muka meluat. Dengan selamba dia memusingkan badan lalu dan meninggalkan Dani yang masih tercegat di situ.

"Tak guna betul dia ni" Dani merengus geram.

<><><>

"mummy, perlu ke buat semua ni ? Hara okey je la. Membazir je buat majlis macam ni" Selagi aku boleh bantah, selagi tu aku nak bantah.

Ada ke mummy nak buat majlis semata-mata untuk sambut kepulangan aku ? Aku tak kisah sangat sebenarnya tapi aku kisahkan tentang orang luar.

Apa la yang diorang akan mengata aku ? Lepas 5 tahun, baru reti nak jejak kaki kat rumah ni. Aku dah penat dengan netizen. Penat sangat.

"Tak ada bantahan. Mummy nak buat juga. Tak kira la Hara nak atau tak nak. Mummy dah banyak buat salah dekat Hara jadi mummy nak tebus kesalahan mummy. Lagipun, Hara kan suka kalau mummy buat makan-makan macam ni ? Mummy tak lupa sedikit pun kata-kata Hara 5 tahun lepas"

Aku memandang mummy yang kelihatan bersungguh dan berkeras untuk membuat majlis tu. Aku menghela nafas perlahan.

"Boleh ya sayang ? Nanti mummy tempah kek dan ice cream favourite Hara banyak-banyak. Janji Hara setuju, ya ?" Aku tersenyum kecil. Perlahan-lahan aku menganggukkan kepala. Aku tahu, macam mana pun aku tolak, mummy tetap akan buat.

"Betul ni ?!"

"Ya mummy. Hara setuju sebab ada kek dengan ice cream je" Mummy tergelak mendengar jawapan aku.

"Tak apa asalkan Hara setuju. Nanti kita tempah baju untuk Hara pakai masa majlis tu nanti lepas tu kita bincang nak tema apa untuk majlis tu" Aku hanya mengiyakan sahaja.

"Okay Hara serahkan pada mummy. Tapi, Hara ada beberapa syarat" Mummy memandang aku lalu kening diangkat.

"Syarat ? Syarat apa ni ?"

"Hehehe Boleh tak Hara nak ajak kawan Hara sekali ?" Aku tersengih sumbing.

pap !

"Of course la boleh sayang ! Apa guna buat majlis ni kalau kawan-kawan Hara tak ada. Mummy dah suruh Abang Dani jemput semua kawan-kawan Hara dekat universiti dulu. Kawan sekolah menengah pun ada tau"

Aku tercengang. Lajunya buat kerja !

"What ? Memang dah plan ke mummy ? Hara tak tau apa-apa pun" Aku menayangkan muka cemberut.

"Surprise la" Aku ketawa kecil. Dalam hati sedikit gusar. Kawan universiti ? Aku tersenyum pahit. Zaman universiti memang aku nak lupakan kalau boleh. Aku jadi sakit hati bila teringatkan 'mereka' buli mental aku dengan senang.

"Hara nak ajak sekali la kawan Hara masa kat Amsterdam" Mummy mengangguk laju.

"Boleh sayang. By the way, lelaki ke perempuan ?" Aku tersenyum manis bila mummy tersengih-sengih pandang aku.

"perempuan sorang and laki dua orang" Jelas aku merujuk kepada Sabrina dan pasangannya Ameer serta Ryan.

"Betul ke kawan ? Mana tahu dah ada cinta jati" Usik mummy.

"Tak ada masa la Hara nak bercinta. Hara ni busy orangnya, mummy. Bukan senang-senang macam tu je nak bercinta"

"Haritu Hara bercinta okay je mummy tengok. Setiap hari senyum sampai telinga" Aku terdiam. Senyuman tawar ditayang. Kenapa mummy ungkit ? Hara dah lupakan semua tu mummy. Hara tak nak ingat sikit pun.

"Hara, mummy mintak maaf. Mummy tak ada niat nak buka balik kisah Hara" Mungkin mummy perasan yang mood aku yang sudah berubah.

"It's okay mummy. Hara naik dulu. Mengantuk" Aku minta diri dahulu. Malas berlama-lama. Nanti jadi apa pulak kan.

"Okay, sayang. Goodnight princess mummy" Aku tersenyum. Bahagia dengan keluarga.

AMORE VELENOSO Where stories live. Discover now