41

2.5K 96 9
                                    

Selesai sahaja sarapan pagi, aku melabuhkan punggung di sofa. Remote tv dicapai sebelum Tv dipandang bosan. Aku termenung sejenak. Masa makan tadi pun, Abang Izz pandang je aku. Macam aku ada buat salah.

Aku pelik. Aku nak tegur Abang Izz pun takut. Tapi aku yakin, aku tak buat salah apa-apa pun. Kenapa eh ? Atau Abang Izz nak cakap sesuatu ?

Rambut dikusutkan geram. Semalam Abang Izz cakap pasal Faiq. Kenapa tiba-tiba je ? Nafas dihela. Aku memandang sekeliling. Sunyi je.

"Adik, nak apa-apa tak ? Abang nak keluar ni" Aku memandang Abang Dani. Senyuman diukir sekilas.

"Pizza" Dani tergelak kecil. Jari disambungkan menjadi 'ok' .

"Okay la adik. Abang pergi dulu tau" Aku mengangguk. Mentang-mentang la harini cuti, memang punggung tak melekat dekat rumah la.

"Abang Dani" Dani mengangkat kening.

"Abang Izz mana ? Tadi lepas breakfast, terus hilang"

"Sambung tidur la tu" Aku meng'ooo'kan saja. Tidur eh ? Aku ingatkan Abang Izz pun keluar.

Phone yang berdering di meja aku capai. Unknown number. Teragak-agak aku nak jawab panggilan tu. Tapi kalau tak jawab, mana tahu penting ke ?

"Helo ?" Aku menyapa bila dia diam sahaja. Dia call aku lepas tu diam ? Oh damn—

"Hara" Aku mengerutkan dahi. Aku diam sahaja. Macam suara Faiq tapi mana dia dapat nombor aku ?

"Kau dekat mana ?" Aku sabarkan hati daripada memaki.

"Mana kau dapat nombor aku ?" Tanya aku kasar. Orang macam Faiq ni memang tak boleh bagi muka. Perangai mengalahkan bapak syaitan.

"Aku nak jumpa kau" Aku merengus geram.

"Apa susah sangat kau nak faham hah ? Aku tak nak jumpa kau la ! Aku dah tak nak ada kaitan dengan kau lagi. Boleh tak jangan ganggu aku ?!" Suara aku mula meninggi. Baru sahaja aku sedar yang aku berada di dalam rumah, aku keluar dari rumah segera.

"Kau nak datang jumpa aku ke kau nak aku datang jumpa kau ? Kalau kau nak, sekarang pun aku boleh pergi rumah kau" Dada aku berombak. Geram dengan perangai Faiq yang suka memaksa dan mengugut.

"Location" Kata aku sekilas. Tak lama lepas tu aku dengar dia tergelak kecil. Kenapa ? Suka buat aku macam ni ?

"No need. Kau tunggu je dekat rumah. Nanti aku sampai" Aku tercengang.

"Kau gila ke ha ? Macam mana kalau—"

"Aku tak kisah" Laju Faiq memotong ayat aku. Baru sahaja aku nak membalas, dia meletakkan panggilan. Aku tercengang seketika. Nak jumpa aku untuk apa ?

Aku berlari laju masuk ke dalam rumah untuk bersiap. Nak tak nak, kena jumpa jugak dia. Kalau tak, macam-macam masalah pula jadi nanti.

"Eh Hara, kenapa sampai berlari ni ? Nak pergi mana sampai kelam kabut macam ni ?" Aku tersengih memandang mummy.

"Hara nak jumpa kawan Hara kejap. Hara janji balik awal okay ? Hara pergi siap dulu tau mummy" Mummy mengangkat kening melihat aku berlari menuju ke bilik.





Aku memandang lama kereta Faiq yang berhenti betul-betul di depan pintu pagar rumah aku. Dia tak ada rasa takut langsung ke ?

"Masuk lah cepat. Nak aku tolong bukakan pintu dulu ke ?!" Jerit Faiq garang dari dalam kereta. Aku melarikan pandangan.

Aku tak sangka aku boleh naik satu kereta lagi dengan Faiq. Jari-jemari dimain spontan. Aku hanya diam membisu. Begitu juga dirinya.

"Kau nak bawak aku pergi mana ? Kau kata nak jumpa aku je kan" Aku membuat keputusan untuk bersuara selepas 10 minit membisu.

"Diam boleh tak ? Tak ada masa la aku nak culik kau" Balas Faiq senada.

Aku membisu lagi. Suasana di dalam kereta yang sunyi buat aku sedikit tak selesa. Aku duduk dalam satu kereta dengan Faiq ? Sumpah, aku tak boleh fikir lagi.

Tak lama kemudian, kami tiba di tepi tasik. Aku hanya mendiamkan diri. Tempat ni, tempat aku buat keputusan untuk menjalin hubungan dengan Faiq 5 tahun lepas.

"Kenapa kau bawak aku datang sini ?" Faiq hanya memandang aku sebelum dia berdehem kecil.

"Turun je la, kat sini ramai orang. Aku takkan buat apa-apa dekat kau" Aku mengerutkan dahi. Faiq ke yang cakap dengan aku tadi ? Kenapa nada dia laim sangat eh ?

Dengan langkah perlahan, aku keluar dari kereta dan melabuhkan punggung di bangku. Faiq hanya membontoti aku. Aku diam, keadaan sekarang ni mengingkatkan aku tentang masa lalu.

Dan aku tak suka semua tu.

"Motif kau bawak aku datang sini ?" Aku tanya dengan kasar. Aku tak kisah dia nak anggap aku apa.

"Saja, nak remind kau balik" Aku merengus kasar.

"Faiq, kalau kau nak jumpa aku semata-mata nak sakitkan hati aku, better stop"

"Ok chill la. Aku tak nak gaduh dengan kau Hara. By the way, aku dah fikir masak-masak. Aku nak bertanggungjawab" Aku mempamerkan wajah terkejut. Jantung aku berdetak laju. Dada mula berombak.

"Bertanggungjawab ? Wow ! After 5 years, baru fikir semua ni ? Kau memang tak guna la Faiq !" Ikutkan hati, nak je aku jerit dekat sini.

"Kenapa ? Tak boleh eh ? Hara, kau dengar sini. Kau perlu bersyukur tau sebab aku ada rasa nak bertanggungjawab"

"Untuk apa aku bersyukur ? Eh aku rela hidup macam ni la daripada kahwin dengan syaitan macam kau" Faiq menggenggam tangan erat.

"Heh, kau ingat kau hebat sangat ke Hara ?" Aku terdiam. Dapat aku tangkap matanya yang memandang aku tajam.

"Apa masalah kau sebenarnya ? Kalau kau nak buat aku sakit hati, tak payah lah Faiq. Aku dah puas sakit sebab kau. Apa sebab kau nak jumpa aku ni ?!" Faiq tersenyum sinis.

"Aku dah bagitahu kan. Aku nak bertanggungjawab. Kahwin dengan aku" Serentak itu, aku bangun berdiri. Faiq memang gila. Dia fikir aku apa ?

"Enough Faiq ! Kau siapa nak—"

"Aku tak kira. Nak tak nak, kahwin dengan aku. Kau pun tahu aku tak suka orang bantah arahan aku" Jantung aku berdegup laju.

AMORE VELENOSO Where stories live. Discover now