35

2.4K 90 1
                                    

"Mama papa. Apa yang bising-bising ni ?" Tanya Rafiq yang sedang mamai. Tangannya menggosok mata berkali-kali.

"Ha Rafiq. Baru bangun ? Bagus la kamu tidur. Kalau tak, mesti bertembung dengan abang tak guna kamu tu" Balas Puan Sri Maria. Dengar saja perkataan abang, terus mata Rafiq terbuka luas.

"Abang ? Faiq datang sini ke ?! Betul ke papa ?" Tanya Rafiq bersungguh. Tan Sri Ikhmal masih lagi terkesan dengan kata-kata anaknya tadi.

"Jangan sebut lagi nama budak tak kenang jasa tu. Papa tak suka" Rafiq menahan sabar.

"Bila dia datang ? Kenapa mama tak kejutkan Rafiq ?" Tanya Rafiq tak puas hati. Dah la nak jumpa abang dia tu susah. Mengalahkan artis.

"Tak payah tanya lagi pasal dia, Rafiq. Ke kamu pun nak ikut jejak dia ? Dari kecil aku bagi dia makan tapi hidup selalu menyusahkan aku. Dia tu memang bala la dalam keluarga kita ni. Papa tak nak kamu jumpa dia lagi !" Rafiq terpana. Kenapa sampai jadi macam ni sekali ? Dia tahu papa dan mamanya memang bencikan Faiq. Tapi tak sangka sampai buang Faiq. Ni memang dah melampau !

Rafiq merengus kasar. Dia tak nak tunjuk amarahnya depan mama dan papanya. Terus sahaja dia melangkah laju ke biliknya untuk mengambil kunci kereta sebelum dia keluar dari rumah itu.

"Faiq mesti tak jauh" Matanya melilau mencari kereta abangnya. Mungkin ada di mana-mana.

Dia memerhati satu persatu kereta di kiri dan kanannya. Nafas dihela kesal. Nak tak nak dia kena pergi jugak rumah Faiq.

25 minit perjalanan, sampai juga Rafiq di depan banglo mewah milik Faiq. Jantungnya mula berdegup kencang. Masih ingat lagi macam mana Faiq pukul dia gara-gara jejak kaki di rumah ni.

Tapi sekarang, dia nak sangat jumpa Faiq. Nafas ditarik sebelum menghembus perlahan. Cuba untuk menenangkan hati sendiri.

"Assalamualaikum pakcik. Boleh saya masuk ?" Sapa Rafiq sopan.

"Waalaikumussalam, Rafiq. Datang nak jumpa Tuan Faiq ke ?" Rafiq mengangguk sekilas.

"Oh dia baru je sampai tadi. Tapi pak cik rasa dia tengah marah la" Rafiq tersenyum nipis. Faiq memang selalu macam tu lepas jumpa mama dan papa.

"Hm, boleh saya masuk ?" Pak cik yang bekerja sebagai security di rumah Faiq hanya tersenyum. Sebenarnya dia agak risau tapi siapa la dia nak halang adik majikannya.

"Masuk la" Sempat Rafiq mengucapkan terima kasih.

Pintu rumah Faiq diketuk. Risau juga sebenarnya kalau penumbuk singgah di mukanya.

Senyap

Diketuk lagi beberapa kali.

Senyap

Rafiq mengerutkan dahi. Dia agak risaukan Faiq. Pelbagai andaian muncul difikirannya. Dia menggeleng menepis semua andaian tak masuk akal tu.

Tangannya mula memegang tombol pintu. Tak kunci ?

"Masuk je la" Perasaan gelabahnya ditolak jauh-jauh. Dia cuma risau kalau-kalau Faiq buat benda bukan-bukan.

"Faiq !" Laungnya kuat. Sekali pun Rafiq tak pernah jejak kaki di sini. Diambilnya peluang itu untuk memandang di setiap penjuru rumah Faiq. Besar. Dia tak sunyi ke tinggal sorang-sorang ? Kalau kau tak bencikan aku, dah lama aku angkat almari tinggal sekali dengan kau kat sini.

"Eh Tuan Rafiq ! Maaf lah, Mak Timah kat belakang rumah tadi. Tak dengar sangat" Ujar Mak Timah. Dulu dia merupakan orang gaji di rumah Tan Sri Ikhmal tapi lepas Faiq beli rumah sendiri, dia rela hati untuk menjadi orang gaji di rumah ni.

"Eh tak apa la Mak Timah. Hm, Faiq kat mana ?" Mak Timah diam seketika. Dia ada terdengar juga bunyi barang-barang pecah tadi tapi tak dihiraukan sangat. Bukan kali pertama Faiq mengamuk macam tu.

"Rafiq nak jumpa Faiq ke ? Mak Timah rasa baik kamu datang esok je. Dia tengah marah tu. Nanti kamu pulak yang kena pukul" 6 tahun mengenal Faiq, dah cukup lama untuk Mak Timah nak hafal setiap perangainya.

"Tapi Rafiq risau. Rafiq nak jumpa dia, Mak Timah" Mak Timah terdiam sebelum mengiyakan.

"Cuba kamu tengok kat bilik tu. Mak Timah rasa dia ada kat situ" Rafiq mengangguk faham. Baru sahaja dia nak melangkah ke bilik itu, kedengaran kaca pecah dengan kuat sekali. Mak Timah menghela nafas.

"Kenapa dengan Faiq tu, Mak Timah ?"

"Kamu pergi la tengok dia. Mak Timah risahkan dia ni"  Rafiq berlari anak menuju ke bilik yang ditunjuk Mak Timah tadi. Dia juga pasti bunyi tadi datang dari situ.

Tanpa berfikir panjang, laju sahaja pintu itu dibuka kasar. Tercengang Rafiq dibuatnya bila terpandang badan Faiq yang dipenuhi darah.

"Faiq, kau kenapa ni ?!" Faiq menoleh ke arah Rafiq geram.

"Keluar"

"Tak nak ! Apa masalah kau ? Kenapa sampai berdarah ni ? Kau nak mati ke ?!" Tengking Rafiq geram. Jantung bagai nak terkeluar bila melihat keadaan Faiq sekarang. Dengan kaca yang berterabur di lantai. Bilik bersepah.

Faiq hanya ketawa.

"Apa masalah aku ? Penting ke untuk kau tahu ? Kau keluar sekarang dari sini sebelum aku belasah kau" Rafiq membalas pandangan tajam abangnya.

"Heh, pukul je la aku kalau kau nak. Asalkan kau tak sakitkan diri sendiri macam orang gila" Balas Rafiq tenang.

"Kau tak tahu apa pun pasal aku. Baik kau diam" Ujar Faiq keras.

"Aku tahu. Aku tahu semuanya. Kenapa kau benci sangat aku, Faiq ? Aku adik kau la bodoh"

"Aku dah tak ada kena mengena lagi dengan keluarga kau. Memang aku benci kau. Benci sangat ! Kau dapat semuanya tapi aku ? Heh, jangan buat tak tahu la" Rafiq tergamam. Kata-kata Faiq semua betul. Dia akui itu.

"Aku tak mintak la"

"Dah la. Kau pergi balik selagi aku boleh sabar" Rafiq menggeleng laju.

"Aku takkan balik kalau kau buat perangai bodoh macam ni. Aku risaukan kau la Faiq"

"Tak payah risaukan aku ! Aku tak hadap la simpati kau" Balas Faiq geram.

"Tapi kau abang aku !"

sunyi.

"Faiq, jom pergi klinik. Luka kat kepala kau teruk sangat" Rafiq memandang Faiq yang masih lagi terdiam. Jujur dia kesiankan Faiq. Sikit pun dia tak faham kenapa mama dan papa bencikan Faiq. Selama ni Faiq yang bangunkan syarikat papa. Sikit pun dia tak layak dipukul, dimaki.

Luka di kepala Faiq dipandang. Darah yang masih mengalir dipandang simpati. Kau memang tak sayang nyawa ke sampai hantuk kepala kau kat dinding ?

"Faiq"

"Balik. Tak payah risaukan aku" Balas Faiq laju. Sikit pun muka Rafiq tak dipandang. Hatinya agak terkesan bila terdengar ayat Rafiq tadi. Dia cuma menahan amarahnya daripada pukul Rafiq.

"Tapi aku—"

"Balik. Aku penat" Rafiq terdiam. Dia boleh nampak muka Faiq jelas sekali kepenatan.

"Ok aku balik. Nanti aku bagitahu Mak Timah hantarkan ubat" Faiq tidak membalas.

"Aku tak nak kau datang sini lagi. Jangan jumpa aku"

"Kenapa tak boleh ? Aku nak kawan dengan siapa kalau bukan kau ?" Tanya Rafiq perlahan. Dulu dia agak rapat dengan abangnya. Sangat rapat. Semua masalah Faiq dia tahu.

"Bukan masalah aku"

"Aku tak kira. Kau takkan boleh halang aku" Jawab Rafiq geram.

"Suka hati kau" Balas Faiq sebelum dia keluar dari bilik tu. Rafiq memandang abangnya lama.

"Kenapa kau berubah sampai macam ni sekali, Faiq ? Aku rindu kau"

AMORE VELENOSO Where stories live. Discover now