25

2.3K 78 0
                                    

bismillah, chapter ni bosan

**

"Mummy masak semua ni ?" Mummy tersenyum manis dan mengiyakan soalan aku.

Aku pandang masakan mummy yang dah terhidang atas meja. Dah lama aku tak merasa hidangan macam ni. Sangatlah lama.

"Makan lah. Semua ni untuk Hara" Aku hanya senyum. Laju aku menyuap nasi ke dalam mulut. Aku terharu. Terharu sangat bila mummy boleh terima aku sebagai anak dia lagi.

"Aik, untuk adik je ? Habis tu kitorang ni macam mana ? Mummy dah tak sayangkan kita, Izz. Jom lah blah" Baru sahaja Dani nak menarik tangan Izz, telinga ditarik mummy.

Aku tergelak memandang muka Abang Dani menahan sakit.

"Apa ni mummy ? Sakit lah" Adu Dani.

"Padan muka. Mengada ya ?" Dani tersengih comel.

"Dah, makan" Ujar mummy sebelum Izz dan Dani menjamah hidangan.

Sedang aku leka menikmati masakan mummy yang aku rindu, Abang Izz berdehem perlahan.

"Hara, boleh abang tanya sikit ?" Aku mengangguk. Tiba-tiba je ni.

"Er, macam mana study ?" Aku tersengih. Study apa bendanya abang oi ? Dah habis dah.

"Oh okay. Best jugak study dekat sana" Abang Izz sekadar mengangguk faham bersama segaris senyuman di bibir.

"Bila habis study ?" Aku tercengang. Abang memang tak tahu ke apa ?

"Er, dah habis dah. Beberapa hari lepas" Teragak-agak aku beritahu.

"What ? Hara dah graduate ? Seriously ? Asal abang tak tahu apa-apa pun ?" Aku mengangkat bahu. Dia bukannya nak stalk instagram adik sendiri. Kan ?

"Nanti kita buat majlis makan-makan sikit untuk Hara. Sempena graduate dan balik semula Malaysia"

"Eh tak payah lah mummy. Hara okay je tak buat majlis macam tu. Lagipun Hara tak nak la susahkan mummy dengan abang" Laju aku tolak cadangan mummy.

Tipulah kalau aku kata aku tak teringin. Tapi aku tak nak la menyusahkan orang.

"Menyusah apa bendanya ? Adik bagitahu je nak apa masa majlis nanti. Confirm Abang Izz Hara yang tak handsome ni belanja. Ice cream ? kek ? Semua boleh ! Cakap je nak berapa" Seloroh Dani. Izz sudah menghantar renungan tajam.

"Tak apa. Tak perlu lah nak buat majlis bagai" Tolak aku lembut.

"Hara, tak ada salah apa pun setakat nak buat majlis tu. Lagipun tak ada siapa yang pergi hari graduate Hara kat sana, kan ? Abang tahu Hara teringin sangat nak celebrate dengan family. That's why. Maafkan abang sebab tak dapat kesana"

Ni buat aku rasa nak nangis lagi dan lagi. Kenapa air mata mudah sangat nak mengalir ni ?

"So, abang tak nak dengar alasan atau sebarang penolakan. Majlis tu akan berlangsung dalam masa terdekat ni"

Damn, bila Abang Izz dah buat keputusan atau bagi arahan, tak ada sesiapa yang berani bantah. Termasuk la aku.

"Okey, patik menurut perintah" Mummy sekadar ketawa. Gembira mungkin.

"Oh, lagi satu abang nak jawapan Hara" Aku mengerutkan dahi. Kenapa serius ni ?

"Hara tahu kan setiap minggu abang transfer duit ?" Aku mengangguk mengiyakan. Mesti lah tahu. Dengan duit tu jugak lah aku guna untuk bayar yuran.

"Jadi, kenapa abang ?"

"Hara dah tak guna duit yang abang bagi tu sejak 3 tahun lepas. Am i right ? Kenapa tak guna duit abang ?"

Alamak. Aku tak terfikir pulak Abang Izz akan tanya pasal duit tu.

"Er, Hara ingat nak berdikari. That's why Hara dah stop guna duit abang and guna duit Hara sendiri" Perlahan aku menjawab soalan maut Abang Izz.

"Duit sendiri ? Adik rembat dekat mana duit ? Sugar daddy ke, adik ?"

pap !

Kuat Izz menampar lengan Dani. Mulut tu memang main lepas je. Aku sekarang tersengih.

"Actually Hara dah kerja" Mummy membulatkan mata.

"Kerja ? Kerja apa, sayang ? Hara study and at the same time, Hara kerja ? Macam tu ?"

"Haah mummy tapi kerja tu tak bebankan Hara pun. Hara boleh je fokus study sambil kerja" Cis, tak beban la sangat. Tak apa lah, biar aku je tahu betapa bebannya.

"Hara kerja apa sebenarnya ni ? Lepas ni berhenti kerja. Abang tak nak dengar adik abang kerja" Tegas Izz berkata. Betul-betul tak suka dengan keputusan adiknya untuk bekerja. Umur muda macam ni perlu enjoy, bukan kerja.

"No ! Hara takkan berhenti kerja" Abang Izz mengangkat kening. Aku menarik nafas sebelum menghembusnya perlahan

"Sebenarnya Hara model"

"What ?!" Aku tersengih.

"Mo— model ? So sebab tu la Adik tiba-tiba jadi bidadari ni ? Oh my god ! Sampai kitorang tak kenal Hara yang dulu" Aku tersenyum tawar.

Abang, Hara yang dulu dah mati.

"Abang nak cakap adik yang dulu buruk ke apa ?" Abang Dani menggelengkan kepala laju.

"Mana ada ! Tu Adik sendiri yang cakap. Abang tak cakap apa-apa" Aku mencebik.

"Tak sangka anak mummy ni seorang model. Mummy bangga sangat" Mummy menggenggam tangan aku erat. Senyuman manis mummy dibalas.

"Abang pun bangga. Selagi adik happy abang pun ikut happy" Aku tersentuh dengan sikap abang dan mummy yang tak habis-habis support kerjaya aku.

Bukan senang untuk terima kerjaya macam aku. Tapi mereka ? Alhamdulillah.

"Eh dah la, sambung makan. Dari tadi bersembang" Celah mummy.

"Okay mummy. Nanti Izz nak keluar kejap tau ? Ada hal sikit" Dani memandang Izz menyampah.

"Ye la tu ada hal. Hal orang-orang dating" Ujar Dani selamba. Walaupun sedikit gugup dengan pandangan Izz, tapi muka cool tetap ditayang.

"Abang Izz ada girlfriend ?" Laju aku menyoal.

Belum sempat Dani dah jawah, kakinya disepak kuat oleh Izz.

"Tak ada pun. Dani ni memang semua benda nak direka. Bodoh" Carut Izz di akhir ayat.

"Apa Izz cakap macam tu ? Tak baik lah"

"Ya, mummy. Maaf" Dani ketawa bila Izz mengalah dengan mummy manakala aku menggeleng kepala. Semoga kegembiraan ni akan kekal.

———————————

NANTI CUTI RAYA SAMBUNG UPDATE ! 🍕🍔

AMORE VELENOSO Where stories live. Discover now