46

3.9K 124 31
                                    

Hara melihat kepergian Ryan dan Rafiq dengan ekor matanya. Air di atas meja dihirup untuk menghilangkan debaran yang dirasakan ketika itu.

"Seronok ?" Hara menghiraukan persoalan itu. Faiq dihadapannya langsung tidak dihiraukan.

Sedaya upaya dia cuba untuk tenangkan jantungnya yang ingin meletop.

Bukannya pilihan dia untuk duduk disini dengan Faiq sementara menunggu Ryan dan Rafiq.

Ikutkan hati, nak je ikut Ryan dengan Rafiq. Tak ada maknanya nak duduk sini dengan Faiq. Tapi baru je dia nak ikut sekali, Rafiq cepat-cepat menghalang. Katanya duduk sini teman Faiq.

Nak teman buat apa ? Abang dia ni bukannya budak kecik.

"Siapa laki tu ?" Liur ditelan. Ha sudah. Tiba-tiba je tanya.

Hara memandang Faiq sekilas. Jelas terpapar wajah bengis Faiq.

"R-ryan" Jawab Hara perlahan. Sejujurnya dia takut melihat reaksi Faiq yang sebegitu tapi dikuatkan diri untuk melawan rasa takut tersebut.

"I don't want to know his dirty name, Hara. Aku nak tahu dia tu siapa bagi kau" Keras sekali suara Faiq di perdengaran Hara.

"Tak ada kena mengena dengan kau" Jawab Hara malas. Malas gaduh. Lagi-lagi dekat tempat public macam ni.

"Heh, boyfriend kau ?"

"What's your problem ? He's my friend. Just friend. Kenapa kau busybody sangat ?" Balas Hara dengan geram

"Busybody ? Hara, Kau lupa ke ?" Hara memandang Faiq di hadapannya.

"You're my future wife, Hara. Please remember that. Aku tak suka kau keluar dengan laki tu" Hara terpana seketika sebelum dia tersenyum kecil.

"Future wife ? Sejak bila pulak aku nak kahwin dengan kau ni ?" Hara menentang kata-kata Faiq dengan berani.

"Yea not now , but one day okay" Hara mengerutkan dahi. Apa hal pelik sangat laki ni ? Yakin gila aku nak kahwin dengan dia.

"Oh and one more thing" Faiq memandang Hara lama sebelum wajah cantik itu dijeling.

"Make sure kau angkat call aku and reply chat kalau taknak ada masalah" Hara tergelak kecil.

"Apa masalah kau ni Faiq ?" Hara separuh menjerit kerana menahan sakit hati seperti gunung berapi yang hampir meletus.

Tadi mengarut dengan statement future wife dia tu pastu sekarang main ugut-ugut pulak ?

Dia ni memang dah gila ke apa ?

"What ? Just saying. Kau tahu kan aku boleh buat apa so please beri kerjasama" Faiq tersenyum sinis.

Hara menghentak meja geram. Beberapa pasang mata orang awam di sekeliling tidak lagi dihiraukan.

Yang paling utama sekarang, hati dia sakit. Ditambah lagi dengan geram terhadap Faiq yang suka sangat ugut sana sini. Boleh gila dibuatnya.

Baru sahaja Hara ingin menghambur kata-kata kesat terhadap Faiq, kehadiran Ryan dan Rafiq menghentikan perbuatannya.

"Eh korang kenapa ni ? Baru tinggal kejap dah gaduh. Malu la sikit orang pandang tu" Potong Rafiq yang baru tiba disitu.

"What ?! Rafiq, abang you ni yang gila !" Rafiq dijeling dengan muka geram.

Faiq disebelahnya dipandang Rafiq. Jelas sekali riak tak peduli di wajah abangnya. Nak marah tak boleh hm redha je la.

"Hm sorry Hara, Faiq ni memang macam ni. Faham-faham je la. Kitorang gerak dulu tau" Rafiq menyiku lengan Faiq memberi isyarat untuk pergi dari situ. Lebih baik cau sebelum abangnya membuat masalah lain.

Faiq hanya memandang wajah Hara. Lama. Ada peluang depan mata. Apa salahnya kan. Nanti dah tak boleh tenung lama-lama macam ni.

Sekurang-kurangnya boleh hilangkan rasa rindu. Nak tunggu kahwin lambat lagi.

"Good ! Better you bawak abang you balik daripada duduk sini buat orang sakit hati" Balas Hara tidak mahu kalah. Rafiq hanya membalas segaris senyuman dibibir sebagai jawapan sebelum berjabat tangan dengan Ryan.

Sampai giliran untuk berjabat tangan dengan Faiq, lelaki itu hanya memandang sepi tangan Ryan dengan senyuman sinis yang terukir di bibir.

Tanpa menghiraukan kehadiran Ryan dihadapanya, Faiq mengatur beberapa langkah sebelum berhenti tepat di hadapan Hara.

Oleh kerana ketinggian mereka yang ketara, Faiq membongkokkan sedikit badannya yang tinggi lampai.

"Don't mess with me, sayang. Aku taknak sakitkan kau tapi kalau kau degil macam ni, nak tak nak aku memang kena paksa jugak kau kahwin dengan aku"

"Aku benci laki ni and aku tak suka kau rapat dengan dia. So please behave and remember, you're mine. Only mine okay sayang" Bisik Faiq tepat di telinga Hara sebelum melangkah pergi dari situ.

Hara menggenggam kedua tangannya erat. Berdebar, takut, terkejut semua bercampur baur. Dia betul-betul ke nak kahwin dengan aku. Badan Hara seperti patung tak bernyawa. Keras disitu memandang kepergian Faiq.

hi ! sorry lama tak update :(

AMORE VELENOSO Where stories live. Discover now