16

2.2K 74 2
                                    

"Izz, tunggu i lah ! Nak pergi mana laju sangat ni ?" Dengan selamba, Aina menghalang laluan Izz untuk ke kereta.

"Eh apa masalah kau ha perempuan gila ? Tepi lah ! Kau nak kena langgar ke ?" Bengang Izz melayan perangai tak matang Aina.

Entah kali ke berapa dia bertembung. Sejak kebelakangan ni, selalu sangat terserempak. Boleh dikatakan Aina selalu ikut dia. Kemana je dia pergi, selalu jumpa Aina.

Aina, Aina, Aina

Nama paling Izz anti sekarang ni. Hari dia takkan lengkap tanpa gangguan makhluk yang bernama Aina. Entah apa yang ada pada dia sampai Aina tergilakan dia. Haih, dasar perempuan gila !

"Jom lepak cafe. I belanja tau"

"Ramai lagi lelaki kat sana, yang kau nak ajak aku ni apa hal ?"

"Diorang tak best ah"

"Habis tu, aku best la ?" Kening diangkat.

"Haah, best untuk diganggu" Aina tersengih comel.

"Blah la kau. Aku banyak kerja la" Aina laju menggelengkan kepala. Tak nak ! Rindu betul dekat jejaka depan dia ni. Haih, Izz. Kenapa kau jugak yang aku suka.

"Kau jangan sampai aku tengking kau kat sini, Aina. Aku ada meeting sekarang" Aina dipandang tajam. Sengihan ditayang pada Izz. Faham la Aina yang Izz bukan sahaja-sahaja nak mengelak. Mesti betul ada meeting.

"So, i kena makan sorang la ?" Izz hanya menjeling Aina sebagai balasan. Kenapa la aku ditakdirkan jumpa kau ha ? Kalau sehari dua takpe la jugak. Ni setiap hari kot ! Sape je boleh tahan ?

"Go !" Herdik Izz geram. Perempuan ni kalau aku marah pun dia boleh buat bodoh.

"Tapi i—"

"Pergi la !" Tolok Izz kasar. Aina tertolak ke belakang.

PIN ! PIN !

"Auch" Aina jatuh terduduk. Terkejut punya pasal. Seluar jeans di bahagian lutut selamat koyak. Dia mengaduh perlahan.

Berdarah !

"Aina ! Ya Allah !" Izz segera melutut mahu menolong Aina.

"Aku— aku"

"You dah kenapa, Izz ? Kalau ye pun benci I, tak perlu la sampai tolak i. Nasib baik tak kena langgar terus. Kalau tak, memang you tidur dalam jail" Marah Aina.

"Sorry, aku bawak kau pergi klinik" Aina menjeling Izz geram.

Nasib baik jatuh biasa je. Hanya lutut dan tapak tangan yang berdarah. Tak ada la teruk sangat tapi pedih dia tu memang lain macam.

"You tau tak sakit ? Ke you tak tahu maksud sakit tu apa ?" Izz tersentak seketika. Dia tak terbiasa dekat macam ni dengan perempuan. Nak sentuh, lagi la takkan. Tapi kalau dah macam ni gayanya, nak tak nak kena tolong jugak kan.

"Boleh bangun tak ?" Tanya Izz lembut.

"Boleh la. You ingat kaki i putus ke ?" Sindir Aina. Amboi, minah ni ! Boleh tahan mulut.

"Aku tolong kau" Aina tolak tangan Izz perlahan.

"I boleh bangun sendiri la tapi pedih" Adu Aina dihujung ayat.

"Sini la aku tolong kau" Dengan selamba, Izz pegang lengan Aina yang berlapik baju lalu ditarik perlahan.

"Auu"

"Sikit je pun. Lagi nak mengada" Gumam Izz perlahan. Terbuntang mata Aina.

"Apa you cakap ? Hey Izz, i jadi macam ni sebab you tolak i tau. Kalau you tak tolak i tadi, tak ada la i dapat luka ni ? Ni macam mana i nak balik nanti ? Kalau papa dengan mama i tanya, i nak jawab apa ? This is all your fault so better you diam. Jangan nak lukakan hati i pulak" Bebel Aina geram.

AMORE VELENOSO Where stories live. Discover now