"Kau ugut aku ?" Faiq mengangguk laju dengan muka mengejek.
"Apa lagi yang kau nak ? Tak cukup lagi ke kau seksa hidup aku ? Kau benci aku, kenapa kau nak kahwin dengan aku ?! Sebab kau nak seksa aku ? Macam tu ?" Suara aku yang meninggi tadi mula perlahan.
"Hara, susah sangat ke ?"
"Senang betul jadi kau kan. Buat salah, lepas tu settle. Kau tak faham apa yang aku rasa, Faiq. Sakit tau tak ? Sakit sangat"
"Aku nak-"
"Diam, aku tak nak dengar lagi. Hantar aku balik" Faiq merengus kasar. Kenapa susah sangat nak turunkan ego ? Kenapa bibir ni berat sangat nak tuturkan kata maaf ?
"Teman aku makan"
"Hantar aku balik !" Aku hanya mampu menahan air mata daripada mengalir. Faiq meraup wajah serabut sebelum menarik nafas dengan tenang.
"Hara, dengar sini" Aku menarik lengan dari pegangan Faiq.
"Hara, aku-"
"Dah ! Dah, aku tak nak dengar !" Faiq hanya diam menahan sabar. Degil, keras kepala.
Faiq menghentak kuat tingkap kereta. Aku mula menggigil kecil.
"Masuk" Laju sahaja aku menurur arahannya. Aku tahu dia marah. Tapi aku takkan kahwin dengan dia.
"Bagi aku peluang" Aku menggeleng laju.
"Jangan buat aku marah, Hara. Aku tak suka orang tolak aku" Muka Faiq mula memerah. Mungkin kerana menahan marah atau geram.
"Tak nak ! Aku takkan kahwin la dengan orang gila macam kau !" Aku tersentak hebat bila tangannya naik mencengkam rahang aku kuat.
"Kau jangan main-main dengan aku, Hara. Kau kenal aku. Jangan buat aku marah"
"Sakit"
"Kahwin dengan aku, aku janji aku takkan sakitkan kau" Aku terpana. Takkan sakitkan aku ? Aku menggeleng laju. Tak, aku tak boleh percayakan Faiq.
"Lepas" aku memukul tangan dia sedikit kuat.
Faiq merengus seketika sebelum berpaling ke arah lain.
"Boleh kau teman aku makan ? Sekejap je. Aku janji" Aku hanya diam. Kalau aku tolak, dia paksa juga kan.
"I guess it's a yes. Kau nak makan apa ?" Aku mengerutkan dahi.
"Kau yang nak makan. Tanya aku buat apa ?"
"Suka hati kau la"
"Aku craving pizza so kau teman aku makan pizza je la eh ?" Aku diam tanpa banyak bunyi.
10 minit perjalanan, kereta dihentikan dihadapan pizza hut.
Aku mendahului Faiq. Malas la nak lama-lama dalam kereta dengan dia. Hati aku tak sedap je. Mungkin awkward ?
Aku pilih meja yang paling hujung. Phone dikeluarkan sementara menunggu Faiq.
"Hara, dah order ke ?" Aku menggeleng.
"Tolong orderkan"
"Kenapa aku pulak ? Kau yang nak makan, aku kena order ? Eh banyak cantik-"
"Tolong la" Aku mengangkat kening. Dia buat muka. Tapi muka dia tu-
Kejap, dia buat muka comel ke tadi ? Oh my god. Kenapa dengan Faiq ni ?
"Ye la ye la"
Baru sahaja aku nak melangkah. Dia sempat melaung kuat.
"Beli je apa-apa. Semua aku telan" Aku hanya buat-buat tak dengar. Tak malu ke jerit macam tu ?
Selesai order, aku kembali duduk di meja tadi. Aku menghulurkan tangan. Faiq mengangkat kening tanda blur sebelum tersenyum nakal.
Selamba dia memegang tangan aku. Cepat-cepat aku menepis. Dia dah kenapa ?
"Gila ke ?" Aku menanya dengan riak terkejut. Gila tak terkejut. Main pegang macam tu.
"Eleh kau yang hulur tangan. Aku pegang je la. Rezeki depan mata, takkan nak tolak kan ?" Aku terpana dengan jawapan bernas Faiq.
"Aku mintak duit ganti la. Tadi aku bayar guna duit aku. So ganti la balik" Faiq ketawa kecil. Aku terdiam. Dia ketawa ? Nampak macam ikhlas sangat. Aku berdehem seketika. Oh Hara, please.
"Tu pun nak berkira ke ? Bukannya mahal sangat pizza tu" Aku memandang Faiq lama. Aku rindu perasaan ni. Aku melarikan pandangan.
Aku tak faham dengan perasaan aku. Sekejap aku marah, benci. Sekejap aku jadi rindu, kesian. Beratus kali aku pesan pada diri aku yang dia bukan lelaki yang baik tapi kenapa hati aku menafikan semua tu ?
"Ryan !"
"Eh kau nak apa bodoh ? Penat la macam ni. Pergi situ jumpa kau, pergi sini jumpa kau. Kau dah kenapa asyik follow aku je ?" Dani tergelak. Garang betul.
"Kau asal marah-marah ? Datang bulan ke ?" Ryan merenung Dani lama.
"Weh tak payah la pandang aku macam tu. Aku tahu la aku handsome" Ryan menolak bahu Dani selamba sebelum melangkah pergi dari situ.
"Ryan, tunggu la. Haih susah la kau ni. Main tarik tali pulak. Kau tu lelaki, bukan perempuan. Jangan la complicated sangat"
"Aku complicated ? Sekarang ni kau tu yang tak faham bahasa. Kalau orang tak nak layan tu, tak payah la kacau" Balas Ryan dingin.
"Ala nak ajak lepak pun sombong. Patut la tak ada girlfriend" Bisik Dani perlahan.
Ryan ketawa sinis. Menyampah.
"Ryan, jom la tengok movie dengan aku. Takkan aku nak tengok sorang-sorang"
"Diam la. Kau yang rajin sangat ikut aku sampai sini, pandai-pandai la kau tanggung"
"Jom la Ryan. Aku belanja makan. Nak ?"
"Kau ingat aku tak ada duit ke ?" Dani tercengang. Bukan senang tau aku nak belanja orang. Lagi-lagi orang degil tahap firaun macam Ryan ni. Boleh pulak dia tolak mentah-mentah.
"Ish kau ni. Okay kalau tak nak makanan, kau nak apa ? Semua boleh" Dani menelan liur. Risau kalau Ryan minta benda pelik-pelik.
"Heh, betul ?" Ryan tersenyum sedikit.
"Ye la. Kau ingat aku tipu ke"
"Aku nak adik kau. Boleh ?" Dani membulat mata.
"What the-"
"Yes, macam ni baru kawan aku. Let's go bebeh" Dani tercengang bila Ryan menarik tangannya selamba. Dia gila ke ?
Bro, are you okay ? Senyuman kelat terukir.
risau.
YOU ARE READING
AMORE VELENOSO
Short StoryGENRE : ROMANCE START : PKP "Tolong la bertanggungjawab, Faiq. Anak kita tak ada salah apa-apa pun. Tolong, saya merayu kat awak. Kalau awak suruh saya cium tapak kaki awak, saya sunggup asalkan awak nak bertanggungjawab" "Budak tu bukan anak aku...