"Hah ?" Dani mengerutkan dahi. Dari mana pulak Izz tahu ni ?
"Aku tak pasti sangat tapi aku pasti budak dalam gambar tu dia kan ?" Dani terkaku. Takkan Izz selongkar bilik aku kot. Dia ni memang tak guna la.
"Gambar mana pulak ni ?"
"Gambar dalam bilik kau. Kalau tak silap aku masa tu kau ambil result pt3 kan" Ryan tayang muka menyampah. Terdetik di hatinya. Takkan la orang gila ni simpan lagi gambar tu.
Tipu la kalau tak rindu kawan baik sendiri. Tapi lepas ingat balik apa yang dia dah buat, rasa marah tu tiba-tiba datang balik.
"Oh gambar tu ! Haah, dia ni la. Kalau mummy nak tahu, Ryan ni kawan Dani masa sekolah dulu. Kawan paling rapat la ni. Best friend" Dani melangkah ke arah Ryan lalu memeluk bahu Ryan dari tepi.
Dia menyimpan tawa yang nak meletus bila terpandang muka bengang Ryan. Spontan Ryan menyiku perut Dani sedikit kuat. Nak kuat-kuat kan takut Aunty Rina nampak.
"La ye ke ? Jadi, Ryan la yang selalu datang main game dengan Dani masa sekolah dulu, kan ? Bising sangat sampai nak meletop kepala aunty masa tu" Dani mengangguk laju. Tak sangka pulak mummy ingat.
"Betul la tu mummy. Dia la tu" Mummy ketawa terhibur.
"Ryan ni ha dah tak ingat mummy" Ryan tersenyum janggal.
"Nah mummy" Aku menghampiri mummy lalu meletakkan pinggan yang berisi muffin itu ke atas meja. Selesai saja, aku berlalu lalu melabuhkan punggung di tepi Abang Izz.
"Ha Ryan, jemput makan. Jangan malu-malu"
"Terima kasih, aunty" Aku memandang Ryan. Dah kenapa pulak ? Tadi bukan main usik aku. Lepas abang balik, terus diam. Takut ke apa dia ni ?
Aku tersengih. Ingat ! Patut lah lain macam je perangai Si Ryan ni. Sebab Abang Dani rupanya. Berdasarkan cerita Abang Dani, aku agak sangat Ryan benci Abang Dani.
"Ryan, makan la" Ryan mengangguk kecil sebelum mengambil satu muffin. Dalam masa yang sama, telefon mummy berbunyi kuat menandakan ada orang hubungi.
"Kejap ye mummy nak angkat call" Setelah mummy pergi, kami berempat senyap seketika. Ryan makan tanpa memandang sekeliling. Lagi-lagi Dani yang dari tadi tersenyum sinis. Mungkin ejek.
"Kau kenal adik aku sejak bila ?" Tiba-tiba Abang Izz bersuara. Aku tercengang.
"Amsterdam" Jawab Ryan tenang. Wajah Izz yang tegang dipandang sekilas sebelum menyumbat muffin ke dalam mulutnya.
"Hubungan kau dengan adik aku ?" Ryan tersenyum senget memandang ke arah aku. Dah kenapa ni ? Risau jugak aku. Dengan suara Abang Izz yang tegas, senyuman Ryan yang agak seram dan Abang Dani yang tak henti menjeling Ryan. Ugh !
"Boyfriend adik kau" Aku membulatkan mata memandang ke arah Ryan. Confident, tenang je dia jawab. Dia tak takut ke dengan Abang Izz yang dah serupa singa ni ?
"Kau ulang sekali lagi" Aku menggeleng kecil.
"Boyfriend-adik-kau" Aku menekup muka.
"Abang Izz—"
"Hara diam. Kenapa Abang Izz tak tahu langsung pasal ni ?" Aku memandang Ryan geram.
"Tahu apa ? Ryan ni suka bergurau la Abang Izz. Hara mana ada boyfriend. Kan Abang Dani ?" Aku memandang Abang Dani. Meminta simpati.
"Haah betul la tu. Weh Izz kalau Hara ada boyfriend, aku orang pertama tahu tau ? So kau fikir la takkan la orang macam ni nak dijadikan boyfriend ? Aku takkan restu punya" Ryan memandang Dani tajam.
"Kau ingat aku perlukan restu kau ke ?"
"Ha adik tengok ! Macam ni nak jadi adik ipar. Tak boleh !" Aku tahu Abang Dani nak usik Ryan. Diorang ni haih.
"Kau dah kenapa Dani ?" Dani terdiam bila Izz mula bersuara. Dia tersengih.
"Aku gurau je Izz" Wajah Dani dijeling Izz.
"Biar je la. Sekurang-kurangnya, dia lagi handsome daripada kau !" Izz tergelak kuat. Aku juga turut ketawa.
"Tengok, abang ipar dah restu !" Dani membuat muka pasrah.
"Aku cau dulu. Takut gunung berapi meletus" Sempat bahu Ryan ditepuk Izz berkali-kali. Senyuman mengejek ditayang kepada Dani yang memuncung.
"Aku haramkan kau guna kereta aku, Izz" Jerit Dani geram. Pantas dia menoleh ke arah aku. Aku terus terdiam. Kenal sangat pandangan Abang Dani ni. Mesti merajuk dengan aku.
"Adik pun, abang tak nak kawan" Laju saja langkah Dani menaiki tangga. Aku menggaru kepala yang tidak gatal.
"Er Ryan, sorry eh. Diorang memang perangai macam tu. Pelik sikit. Lagi-lagi yang merajuk tu" Aku tuju kepada Abang Dani.
"Hm tak apa. Aku tak tau pulak kau ada dua orang abang. Ingatkan Dani je" Ryan membuat muka bila menyebut nama lelaki tu. Perangai tak ubah langsung. Macam budak, poyo !
"I pun tak tahu you ni kawan Abang Dani" Aku tersenyum. Pura-pura tak tahu.
"Dia bukan kawan aku" Aku ketawa sahaja. Benci betul Ryan kat Abang Dani. Teruk betul la Abang Dani ni. Ada je nakal dia.
"Okay sorry. Ni bila you nak balik ?" Bukan halau okay ? Tapi ingatkan.
"Nak gerak la ni. Aunty mana ? Kau bagitahu je la aku dah balik. Kirim salam kat aunty and thank you for this muffin" Aku mengangguk faham.
"Oh Ryan ! sebelum i lupa, esok i ada majlis sikit tau. Mummy dengan abang la nak buat sangat majlis sempena graduate i. You datang la eh ? You kan suka makan. And you know what ? I dah inform Sabby dengan Ameer. Diorang cakap nak datang !" Aku bagitahu Ryan dengan gembira. Lama sangat tak jumpa Sabrina dengan Ameer.
"You deserve to celebrate it, Hara. Dulu masa semua orang sibuk bergambar dengan family lepas graduate, aku tahu kau sedih time tu. So esok kau enjoy la eh" Aku memandang Ryan lama.
"Okay. You jangan lupa datang tau ? Location i bagi nanti" Ryan tersenyum sedikit.
"Anything for you sa—yang !" Aku menjeling. Ulat bulu dah buat kerja hm.
"Geli la ! Dah pergi balik" Aku menolak badan Ryan yang mengeras. Sempat lagi kau usik aku dekat rumah aku sendiri ? Ryan ni memang betul-betul gila la !
<><>
next chapter, Faiq
YOU ARE READING
AMORE VELENOSO
ContoGENRE : ROMANCE START : PKP "Tolong la bertanggungjawab, Faiq. Anak kita tak ada salah apa-apa pun. Tolong, saya merayu kat awak. Kalau awak suruh saya cium tapak kaki awak, saya sunggup asalkan awak nak bertanggungjawab" "Budak tu bukan anak aku...