"Cantiknya princess abang ! Come here !" Abang Dani menunduk hormat seperti seorang putera. Aku menjeling manja. Cantik apa ? Biasa je. Aku memandang ke arah dress cantik berwarna putih yang dah tersarung di badan aku.
Dress cantik ni hanya muat-muat sahaja dengan badan aku yang ramping. Rambut aku digayakan bun hairstyle.
"Mengada la abang ni" Aku memeluk erat pinggan Abang Dani. Heels yang aku pakai tak menjejaskan cara aku berjalan kerana aku dah tersangat biasa dengan pemakaian begini. Lagi-lagi kalau dress aku hanya paras bawah lutut sahaja. Sangat memudahkan kerja aku.
"Betul la. Adik abang ni cantik sangat malam ni" Aku tersengih.
"Thank you Encik Dani. So mana mummy dengan Abang Izz ?" Aku melilau di sekeliling rumah.
"Diorang dah gerak. Nak make sure semua lengkap. Mana tahu tak cukup makanan ke ?" Aku mengangguk faham.
"Okay la jom" Aku berlari anak bila Abang Dani melangkah laju dan meninggalkan aku di belakang.
Sampai sahaja di hotel yang ditempah khas untuk majlis aku, aku dan Abang Dani turun dari kereta. Aku memandang sekeliling sebelum aku tercengang.
"Abang, kenapa ramai sangat ni ? Abang dengan mummy cakap majlis biasa-biasa je and now what ?" Dani menggeleng kecil.
"Sayang, majlis ni untuk satu-satunya anak perempuan mummy. Satu-satunya adik abang. Takkan la simple je. Betul tak ?" Aku mengeluh.
"Kalau adik tahu majlis tu macam ni, sumpah adik tak nak !"
"Kenapa pulak cakap macam tu ?"
"Adik dah banyak susahkan abang dengan mummy. This is too much. Adik terharu" Pantas Abang Dani dipeluk. Aku menghamburkan tangisan. Tak sangka sampai macam ni diorang plan untuk aku.
"Eh mana ada susahkan ! Tak pernah sekali pun. Dah tak payah nangis. Nanti buruk" Usik Dani. Aku ketawa kecil.
"Okay dah, jom !" Aku memaut erat lengan Abang Dani. Dah macam suami aku pulak haih. Kalau orang tak kenal aku siapa, confirm diorang cakap aku girlfriend Abang Dani. Haih-
"Sayang, mewah gila majlis Si Hara ni. Ni majlis apa ? Dah macam wedding dia" Sabrina hanya mengangguk mengiyakan kata Ameer.
"Saya pun speechless ni awak" Ameer mengangguk setuju.
"Awak dah call Ryan ? Dia dah sampai belum ?" Mata Sabrina melilau mencari kelibat kawannya itu.
"Saya dah call dah tapi dia cakap yang dia lambat sikit. Maybe ada hal kot"
"Oh kalau macam tu kita masuk dulu la. Kita pun dah lambat ni" Sabrina memaut erat lengan tunangnya sebelum melangkah bersama.
Sampai di pintu masuk, sekali lagi Sabrina tercengang. Ramainya orang ! Hiasan majlis pun cantik sangat !
"Wow expensive" Ameer ketawa kecil melihat tunangnya terlopong.
"Eh dah la. Nanti wedding kita saya buat majlis lagi wow tau"
"Okay i keep you words" Sabrina mencebik. Nak jaga hati la tu. Spontan lengan Ameer ditarik menuju ke arah meja yang kosong.
Dari jauh, matanya terpandang seorang perempuan cantik memakai dress putih. Nak tegur, takut tersalah orang.
"Mana Hara ? Tak nampak pun" Sabrina mengangkat bahu. Matanya masih lagi terpaku pada perempuan tersebut. Macam Hara tapi betul ke ni ?
"Am tu Hara kan ?" Ameer menoleh ke arah yang ditujuk. Lama dia perhati.
"Hara la tu, sayang" Sabrina terkejut.
"Cantiknya ! Saya nak pergi kat Hara. Awak stay sini !" Baru saja Sabrina ingin berlari anak ke arah Hara, lengan dia dipaut.
"Mana boleh tinggal saya sorang-sorang macam tu ! Jom pergi sekali. Awak ingat Hara tu kawan awak sorang ke ?" Perli Ameer manakala Sabrina hanya mampu tersengih.
"Hara !!" Aku tersentak bila ada orang panggil nama aku dengan kuat. Baru sahaja aku berpaling, badan aku dipeluk erat.
"Aku rindu kau !" Aku tergelak.
"Aku rindu kau jugak Sabby ! Kau sihat ke ? Tak sampai sebulan kat sini, dah naik pipi kau eh" Usik aku. Tapi jujur aku cakap, aku suka betul tengok Sabby. Selalu ketawa dan ceria macam tak ada masalah.
"Apa kau ni ? Aku tak gemuk lah !" Aku ketawa terhibur.
"Mana tunang kesayangan kau ?" Tak nampak Si Ameer ni. Entah ke mana la.
"Tu kat sana. Aku tinggal dia kat sana" Aku memandang Ameer yang sedang memandang aku dan Sabrina. Aku melambai sedikit.
"Kenapa kau tinggal dia ? Kesian tu sorang-sorang" Sabrina tersenyum.
"Aku banyak benda nak gosip dengan kau. Kalau dia ada, mana boleh nak kasar-kasar. Nanti aku kena kawal ayu 24 jam. Penat jugak" Spontan aku melepaskan tawa. Ada-ada je perempuan ni ! Kawan siapa la.
Oh Hara, btw kau cantik gila malam ni. Tak ada orang berkenan ke ?" Aku mencebik.
"Thank you Sabby. Dalam ramai-ramai orang yang puji aku kan, kau je satu-satunya orang yang boleh buat aku bangga diri tau. Pasal berkenan tu pulak aku rasa tak ada kot. Dari tadi aku tunggu putera datang borak dengan aku tapi hm" Gurau aku dengan muka sedih.
"Putera kau dah otw tapi datang lambat sikit" Aku mengerutkan dahi.
"Siapa pulak ni ? Kau jangan nak pass aku kat siapa-siapa tau"
"Alah, kau kenal la putera kali ni" Aku mengangkat bahu tanda menyerah kalah.
"Bagitahu la siapa ? Aku tak ada masa nak teka teki dengan kau kat sini" Sabrina ketawa lagi dan lagi.
"Ryan !" Aku menghela nafas sabar. Senyuman palsu diukir.
"Banyak la kau Ryan. Dah la, kau pergi balik kat tunang kau tu. Kesian pulak aku tengok dia sorang-sorang tak ada partner" Halau aku cepat. Kalau dibiar, makin melebih !
"Ye lah ish" Aku menolak badan Sabrina lembut. Tak lama lepas tu, Sabrina memeluk aku sekali lagi. Aku mengangkat kening.
"Happy birthday, princess !" Aku terdiam lalu membalas pelukan Sabrina. Aku berfikir sejenak. Sekarang aku faham kenapa mummy dan abang pilih tarikh ni. Birthday aku ! Aku memejam mata erat.
"Thank you Sabby ! Kau tak pernah lupa birthday aku" Perasaan sebak mula hadir.
"Aku tak pernah lupa sebab aku tahu kau tak akan ingat birthday sendiri. Kau selalu busy Hara and kau benci birthdate kau. That's why aku selalu ingat" Aku menahan air mata daripada jatuh. Jujur, aku langsung tak ingat ni hari apa.
Betul kata Sabrina. Aku benci tarikh lahir aku. Bila tiba je hari lahir aku, aku akan sendirian dan sibukkan diri aku sampai lah aku terlupa hari lahir aku sendiri.
Begitu la hari lahir aku sejak aku tinggalkan mummy dan abang 5 tahun lepas. Aku benci hari lahir aku bila aku asyik teringatkan mummy, abang dan 'orang' tu. Aku benci !
Sampai la tiba hari ni. Aku tak percaya semua ni. Aku fikir aku takkan sambut hari lahir aku lagi. Sakit, sakit sangat tapi aku terharu bila mummy dan abang sanggup buat semua ni untuk aku.
"Thank you Sabby" Ujar aku ikhlas.
I swear to you, she's the best person i've met before.
![](https://img.wattpad.com/cover/258352968-288-k470536.jpg)
YOU ARE READING
AMORE VELENOSO
Historia CortaGENRE : ROMANCE START : PKP "Tolong la bertanggungjawab, Faiq. Anak kita tak ada salah apa-apa pun. Tolong, saya merayu kat awak. Kalau awak suruh saya cium tapak kaki awak, saya sunggup asalkan awak nak bertanggungjawab" "Budak tu bukan anak aku...