4

2.5K 86 2
                                    

Akhirnya, fuh ! Lepas penat aku study dan jadi burung hantu, sampai jugak cuti sem selepas sekian lama aku menunggu. Aku berjalan keluar dari bilik kuliah. Gembira betul nak balik rumah harini. Tidur puas-puas.

Aku mencari Abang Dani. Janji nak balik sama. Tapi, entah la. Menghilang. Aku memendam perasaan geram. Bila je dia tepat masa. Selalu lambat. Dah la aku penat, nak tidur. Rosak mood happy aku tadi.

Aku berjalan-jalan sekitar parking. Lama sangat tunggu Abang Dani munculkan diri, aku duduk di bangku bersebelahan kereta abang. Sementara menunggu, aku melayan tiktok sepuasnya.

Kadang-kadang ada jugak terdetik kat hati aku. Mesti best kan jadi cantik. Semua orang suka. Kalau hodoh, selalu diketepikan.

Sedang aku syok layan tiktok, aku terdengar suara yang sangat aku kenal. rindu ? Sangat !

Aku menoleh ke arah suara tersebut. Faiq dan seorang perempuan. Aku terkejut bila dia memandang aku. Keadaan kami tersangatlah janggal. Aku tak boleh larikan pandangan aku daripada dia. Aku rindukan dia sangat.

Aku tertanya-tanya jugak kenapa dia ada kat sini ? Bukan, dia tak belajar lagi. Dia dah habis study dan sekarang mula berjinak-jinak dengan company keluarga dia.

Aku sukar nak jelaskan apa maksud pandangan dia. Akhirnya, aku mengeluh bila sedar siapa aku pada dia. Aku membuka phone lalu menyambung apa yang aku layan tadi.

Telinga aku selalu fokus ke arah percakapan mereka. Aku memandang dengan ekor mata. Kelihatan Faiq mengelus lembut pipi perempuan tu.

Perempuan hari tu ke ?

Aku cemburu bila Faiq panggil perempuan tu sayang. Aku tak pernah tahu pulak perempuan tu sama universiti dengan aku. Mungkin senior aku. Sama batch dengan Abang Dani.

Bila aku sedar yang Abang Dani terlalu lambat, aku mengambil keputusan untuk blah. Lantak la dia. Daripada aku duduk sini dengar perbualan couple di hujung sana, ada baiknya aku lari. Menyampah, cemburu semua ada.

Aku berjalan dari universiti. Penat gila ! Jauh kut tapi apa pilihan aku ada. Aku hubungi grab dan alhamdulillah dapat blah dari situ. Sejujurnya aku excited gila bila dengar suara Faiq tadi. Tapi perlu ke aku rasa excited lagi bila Faiq bersayang-sayang dengan perempuan tu ?

Aku penat dengan semua ni. Tapi, kenapa susah sangat perasaan sayang ni nak hilang ? Aku tak sanggup lagi cintakan dia bila dia tak habis-habis nak lukakan hati aku.

Sampai dirumah, aku terus berkurung dalam bilik. Aku nangis sepuas-puasnya. Macam mana aku nak buang perasaan cinta ni ? Kenapa dia buat aku macam ni ? Soalan tu selalu berlegar dalam kepala aku.

Kedengaran phone aku berbunyi. Aku mengangkat phone bila nama Abang Dani tertera.

"Helo adik. Balik dengan siapa ?" Tanya Abang Dani. Aku dapat agak dia risau.

"Balik dengan grab"

"Kenapa tak bagitahu abang ? Kenapa tak buka whatsapp ? Risau tau tak" Aku segera buka whatsapp. Oh, patutla abang lambat. Rupanya ada hal dengan kawan. Salah aku jugak tak baca whatsapp tadi.

"Maaf, abang. Tak perasan pulak Abang whatsapp" Dia menghela nafas.

"Ha ye ye takpe. Abang tak marah cuma risau" Aku mengalirkan air mata. Aku dah la tengah nangis sebab Faiq lepas tu Abang Dani buat aku sebak.

"Hm abang dah nak balik ke ?" Aku sembunyikan suara menangis.

"Belum lagi. Adik nak apa-apa tak ? Abang nak singgah mall" Soal Abang Dani.

"Belikan adik coklat, kek" Dia tergelak kecil. Aku craving gila nak makan manis-manis.

"Ok princess. Nanti abang beli. Ok la kawan abang dah bising tu. Jumpa kat rumah"

"Ok abang. bye" Aku segera letakkan panggilan. Aku mengeluh.

Aku penat dengan life aku tapi pada masa yang sama, aku masih ada family yang sangat sayangkan aku.

Sedang aku leka berangan, perasaan mual tiba-tiba hadir. Aku berlari ke tandas sebelum melepaskan isi perut. Peritnya !

"Kenapa tiba-tiba muntah ni ?" Aku meraba dahi, tak panas. Nak kata demam, tak. Habis tu kenapa ni ? Haihh. Jarang sekali aku jatuh sakit.

Aku baringkan badan di katil sebelum aku berlayar ke alam mimpi.

***

Aku terkejut bila ada tangan kecil menyentuh pipi aku. Aku terjaga dari tidur lalu bangun menegak. Aku pandang sekeliling. Semuanya putih. Suasana yang tenang tapi pelbagai soalan di dalam kepala aku.

Aku pandang budak kecil di hadapan aku. Umurnya mungkin sekitar satu atau dua tahun. Comel ! Aku tersenyum sebelum mencuit sedikit pipi dia. Dia tergelak kecil bila aku tersenyum memandangnya. Comel betul ! Anak siapa ni ?

Dia mula merangkak ke arah kanan. Aku hanya mengikut dia perlahan-lahan. Senyuman di bibirku tak pudar sedikit pun melihat telatah dia.

Terlalu leka mengikut budak tu, aku perasan ada bilik di depan aku. Aku terus mendukung budak lalu menuju ke arah bilik tu. Sampai di pintu, aku terdengar bunyi tangisan seorang perempuan. Siapa pulak ni ?

Aku membuka pintu perlahan. Budak tadi hanya diam di rangkulan aku. Aku mengintai sedikit di celah pintu. Aku nampak ada seorang perempuan di atas katil sedang menangis teresak-esak bagai kehilangan orang tersayang.

Perempuan tu seperti berada di atas katil hospital. Wayar berselerak di wajah dan tangannya. Aku memandangnya simpati. Aku nak tegur tapi kaki aku bagai di gam. Tak boleh bergerak.

"Anak aku !" Aku hanya mampu mendengar dia meraung. Anak dia ? Kenapa dengan anak dia ?

"Mama mintak maaf, sayang. Mama tak boleh lahirkan sayang dengan sempurna. Semua salah mama" Dia kelihatan sangat terluka. Jadi anak dia dah tiada ? Aku cuba melihat wajahnya tapi tak boleh sebab dia membelakangi aku.

Terasa air mengalir di pipi aku. Aku mengesat air mata yang turun. Aku bagai dapat rasakan kesakitan dia kehilangan anak. Budak di dukungan aku tadi hanya diam sahaja.

"Akak" Aku cuba menegurnya tapi aku dapat rasakan diri aku semakin jauh dengan perempuan tu. Aku pelik.

"Akak !" Aku tak faham kenapa bayangan semakin hilang. Aku menjerit memanggil akak tu berkali-kali sebelum aku kembali ke alam yang nyata.

Nafas aku tercungap-cungap. Serta merta aku bangun terduduk di atas katil. Jantung aku berdegup laju. Aku meraba muka aku sebelum aku tersedar sesuatu.

Air mata ?

Kenapa aku betul-betul nangis ? Kenapa aku rasa semua tu betul ? Siapa akak tu ? Aku seolah-olah dapat rasa kesakitan dia. Ya Allah. Aku mengucap kalimah suci Allah. Jam dipandang seketika sebelum aku menghala ke bilik air untuk mengambil wuduk.

AMORE VELENOSO Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang