14

2.4K 83 0
                                    

"Selamat datang" Aina tersenyum nipis kepada pekerja lelaki itu. Izz hanya melangkah perlahan. Perempuan ni nak buat apa sebenarnya ? Nak malukan aku ke apa ?

"Ehem, kau tunggu kat luar. Yang tergedik nak ikut ni apa masalah ?" Tanya Izz geram. Jatuh maruah dia !

"Laa, teman pun tak boleh ke ?"

"Tunggu kat luar, aku beli kejap je. Pergi lah !" Arah Izz kasar dengan muka tahan malu. Pekerja lelaki tadi pandang lain macam dah. Haih.

Izz tinggalkan Aina terpinga-pinga di situ. Laju Aina mengejar langkah Izz. Dari belakang, Aina hanya melihat Izz sedang mencari yang sesuai dengannya. Aina tersengih seorang diri. Pilih boxer pun handsome ! Saya dah jatuh.

"Izz, why not you choose this one ?" Aina menghulurkan kepada Izz. Membulat mata Izz. Dalam kedai n semua lelaki kot, dia sorang je perempuan. Fikirnya, Aina dah pergi dari sin. Tapi tak ! Ada lagi perempuan ni kat sini, Haih.

"Tak payah sentuh la" Nada Izz bertukar keras. Aina dipandang tajam. Perempuan ni tak faham ke orang kat kedai ni tengok ?

"What about this one ? Merah. It suits on you" Aina menahan senyum tengok muka tercengang Izz. Malau sangat ke dia ? Merah telinga.

"You pakai size apa, Izz ?" Aina mengangkat dahi.

"It's okay. I rasa you pakai size ni kan" Aina tergelak. Dia hulurkan pada Izz. Memang tak lah aku nak bayar.

"What the f—"

"Ha apa ? Mencarut je. I tunggu kat luar. Cepat sikit bayar" Nak tak nak Izz hanya bayarkan sahaja apa yang Aina pilih tadi. Malu kot ramai orang tengok. Kepala digelengkan beberapa kali. Nafas turut dihela pasrah.

Selesai bayar, Izz segera melangkah keluar. Dipandang geram Aina yang yang tersengih melambai ke arahnya.

"Dah ? Jom" Aina menarik lengan Izz namun cepat-cepat Izz menepis.

"Eh perempuan gila, selamba kau je pegang-pegang aku. Tak takut dosa ke ? Tadi bukan main halang aku dari tolong perempuan tu. And now, kau pulak yang ambil kesempatan" Sindir Izz. Bibir mengukir senyuman sinis.

"Oh lagi satu, nah ambil ni" Izz mencampakkan beg kertas yang berisi pakaian dalam yang baru dibelinya.

"Kau yang pilih tadi kan ? That's mean kau yang nak, so ambil la aku belanja. Pakai la boxer tu kat rumah" Aina tercengang. Oh, selain handsome lelaki ni jugak sombong plus annoying.

"Haih Izz sayang, i tak pakai tau benda alah tu.  That's yours"

"Eh kau ni kan"

"It's okay. You boleh marah i next time. Ambil je la. Takut nanti tak cukup pulak" Aina memaparkan muka mengejek.

"Kau ni memang gila ke apa ?"  Baru sahaja Izz nak meletop, Aina meminta diri untuk pulang.

"Izz you boleh marah i next time, okay ? I pergi dulu la. Jangan lupa pakai tau. Bye, see you again" Izz terpinga-pinga. Ayat see you again dari Aina betul-betul serabutkan kepala dia. Tak nak, aku tak nak jumpa perempuan gila tu. Beg kertas yang masih dilantai tadi dicapai sebelum dia melangkah ke parking.

**

Aku duduk di cafe menikmati makanan aku memandangkan kelas aku dibatalkan. Dah 3 minggu aku tinggal disini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan sangat baik.

Aku boleh belajar dengan tenang disini. Tiada gangguan langsung. Student kat sini pun tak ada yang mulut puaka. Semua baik dan fokus belajar. Mungkin ada juga yang bermasalah tapi aku tak pernah serempak dengan yang bermasalah tu.

Kadang-kadang, aku terasa sangat kerdil bila belajar sekali dengan diorang. Mula-mula aku masuk university ni, aku kaku seketika. Ya lah, besar gila. Ramai student pulak tu. Sekarang aku study di University Of Amsterdam.

Bayaran ? Of course la mahal gila tapi nak tak nak kena belajar jugak. Macam mana aku nak kerja kalau tak belajar, kan ? Abang Izz tak pernah berhenti masukkan duit pada aku. Mungkin dia risau sangat kot.

"Hara ! Haih penat aku cari !" Aku tersentak sebelum tersenyum manis. Sabrina. Dia la kawan paling rapat dengan aku buat masa ni. And yes ! dia dari Malaysia.

Hari pertama aku masuk sini, dia yang tegur aku dulu dan dia lah yang banyak tolong aku kat sini.

"Sorry, Sabby" Sabrina membuat muka.

"Sorry, sorry. Tadi cakap nak pergi toilet je. Lama jugak aku tunggu kau tadi. Dah la orang bising. Mentang-mentang la kelas batal" Aku tergelak dengar dia membebel.

"Memang la aku pergi tandas tapi tiba-tiba je rasa lapar. So, aku datang je la sini" Aku membuat muka simpati.

Sabrina membetulkan sedikit tudung yang terletak elok diatas kepalanya. Dalam diam aku bersyukur kerana ada kawan dari Malaysia. Sabrina memang baik. Cantik pula tu. Rasa rendah diri kalau jalan seiring dengannya.

Ya lah, sorang princess dan aku ? Mungkin taraf orang gaji. Aku pernah luahkan pada Sabrina. Tau dia buat apa ? 3 hari tak cakap dengan aku.

"Kau free tak malam ni ? Aku nak ajak kau keluar" Aku mengerutkan dahi.

"Free je. Kau nak bawak aku pergi mana pulak kali ni ?" Dari minggu pertama aku kat sini sampai lah minggu ketiga, dah 4 tempat dia bawak aku jalan-jalan. Dan kali ni mungkin yang kelima.

"Ala jom la. This time kita pergi Dam Square. Kat sana cantik gila. Lagi-lagi kalau pergi masa malam"

"Asal ajak aku ? Ajak la boyfriend kesayangan kau tu" Sabrina tersenyum nipis.

"Takkan everyday nak berkepit dengan dia je. Nak jugak spend time dengan kau"

"Hm okay, no problem. Tapi dia tak marah, kan ? Kan tak pasal-pasal dia serang aku sebab curi girlfriend dia ni" Sabrina ketawa.

"Tak de la dia nak marah"

"Suka hati kau. Kalau dia marah, bukan masalah aku tau" Aku mengangkat tangan. Saje la gurau gurau. Lagipun aku kenal sangat boyfriend dia ni dan aku jugak lah yang tolong Si Ameer nak dapatkan Sabrina.

AMORE VELENOSO Where stories live. Discover now